Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 31, 2012
PAS khawarij? Satu penipuan yg nyata
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Antara peluru yg sering digunakan oleh puak2 UMNO ketika tersepit tidak mampu membalas hujah2 fakta dari PR terutamanya PAS ialah menuduh PAS "khawarij". Tuduhan ni memuncak terutamanya jika PAS melibatkan diri dengan demonstrasi2 terhadap sesuatu isu seperti BERSIH.
Antara alasan depa menuduh PAS khawarij ialah -
1) PAS dikatakan terkeluar dari ajaran Islam sebenar
2) PAS menentang pemerintah Islam yg sah
3) PAS menolak penyatuan ummah
4) PAS memaki hamun dan mencerca pemerintah dan ulama (ulama UMNO)
5) PAS mengkafirkan UMNO
6) PAS pengkhianat Islam
Tu je yg mampu aku gali. Puak2 UMNO ni hanya tahu gunakan istilah Khawarij tapi tak mengkaji apa maksud khawarij itu. Lantaran itu, asas tembakan depa sama je. Soalnya, benarkah PAS ini khawarij?
Pertama sekali, apakah itu khawarij sebenarnya?
Puak Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, fiqh dan hadis Rasulullah s.a.w. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak membenci dan mengkafirkan sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.
Imam Al-Barbahari berkata: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (pemimpin) kaum muslimin adalah Khawarij. Dan bererti dia telah memecah kesatuan kaum muslimin dan menentang sunnah. Dan matinya seperti matinya jahiliyyiah.” Syarhus Sunnah – Imam Barbahari, tahqiq Abu Yasir Khalid Ar-Radadi, m/s. 78.)
Imam Asy Syahrastani berkata. “Setiap orang yang memberontak kepada imam yang disepakati kaum muslimin disebut Khawarij. Sama sahaja, apakah dia memberontak dimasa sahabat kepada imam yang rasyidin atau setelah mereka dimasa para tabiin dan para iman disetiap zaman.” Al-Milal wan Nihal, m/s. 114,
Itu definisi "khawarij". Maka, apakah layak PAS digelar sebagai khawarij? Jom kita jawab satu persatu.
Alasan 1 - PAS dikatakan terkeluar dari ajaran Islam sebenar.
Apakah yg dimaksudkan dengan "terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar" itu? Apakah PAS menganjurkan perkara2 yg menyimpang dari ajaran Islam seumpamanya membawa masuk arak dan judi serta memperkenalkan hub hiburan malam? Apakah pemimpin2 PAS ini menyanggah apa yg ada dalam al Quran dan Hadis, serta mempertikaikan kalam para sahabat r.a seperti yg dinyatakan dalam pecontoh di atas itu, atau memperlekehkan pandangan jumhur ulama mahzab dan mujtahidin? Sudah tentu tidak. Jika PAS benar terkeluar dari ajaran Islam sebenar, hence "Parti Ajaran Sesat", maka aku cabar mana2 pihak untuk menahan para pimpinan PAS atas alasan "menyebar ajaran sesat". Jangan sekadar tahan atas alasan "mengajar tanpa tauliah" sahaja!
Segala apa yg dikongsikan dalam PAS berkenaan tahalluf, fiqh siyasah, fiqh daulah seumpamanya bukan hasil rekayasa para tok guru dalam PAS, tetapi semuanya hasil perkongsian dan ilmu para ulama mujtahidin, mufassirin dan muhadisin yg terkemuka sejak zaman dahulu hingga kini seperti syeikh Karim Zaidan, syeikh Al-Buti, Dr Yusuf al Qardhawi, Imam Nawawi, Fathi Yakan dan seumpamanya. Jadi jika depa tuduh PAS membawa ajaran yg salah, silalah sangah para ulama2 terkemuka sunni ini juga. Kalau boleh.
Alasan 2 - PAS menentang pemerintah Islam yg sah.
Pertama sekali, apakah sistem di negara ini? Ya, demokrasi. Jadi, PAS dibenarkan melalui undang2 negara ini yg digubal oleh pemerintah semasa itu sendiri untuk menyuarakan bantahan, sanggahan dan penentangan depa terhadap satu2 isu dalam negara.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Jihad yg paling afdhal adalah perkataan yg benar di sisi pemimpin yg zalim" (riwayat Nasaie).
PAS tidak menganjurkan untuk memberontak, PAS tidak memerangi kerajaan pun. "Penentangan" (kalau hendak digelar sedemikian) PAS adalah mengikut undang2 pemerintah sendiri iaitu memasuki pilihanraya, rakyat yang memilih, kebebasan bersuara dan memberi pendapat dan pandangan. Semuanya dijamin perlembagaan. Dan PAS bukan seperti khawarij yang berlebih2an (ghuluw) dalam beragama. Tetapi PAS hanya bertindak MENEGUR kerajaan, kerana terlalu banyak korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan. Dan menerusi sistem demokrasi yg ada, PAS mempunyai segala hak untuk mendedahkan kepincangan kerajaan kepada umum bagi memberikan rakyat kefahaman agar depa mampu memilih pihak mana yg lebih layak utjk menerajui negara pada masa akan datang.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis sahih yg amat popular, "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman."
Dan UMNO sendiri tidak layak digelar pemerintah Islam sebab depa sendiri bersepakat dengan MCA dan MIC serta belasan parti komponen lain membentuk BN, dan BN itu sendiri tidak meletakkan Islam sebagai dasar perundangan negara mahupun dasar dalam UMNO itu sendiri. Maka, tidaklah layak dikatakan PAS khawarij kerana "menentang pemerintah Islam". Ya - UMNO mungkin terdiri dari melayu muslim, tetapi UMNO itu sendiri tidak membawa wadah Islam. Aurat pun fail la!
Alasan 3 - PAS menolak penyatuan ummah.
Ini adalah satu alasan yg amat2 dangkal. Apakah penyatuan itu SEWAJIBNYA melibatkan UMNO semata2? Kalau kita masih ingat, Tuan Guru Mursyid al Am pernah berkata secara on record, "Jika UMNO melaksanakan Islam dan menjadikan Islam itu sebagai dasar, maka PAS akan terbubar." Ini merupakan satu signal bahawa PAS sedia untuk mengorbankan diri demi penyatuan ummah - asalkan kena dengan gayanya. Yg menjadi masalah ialah penyatuan dengan UMNO tidak seperti persepakatan dengan PKR dan DAP. Persepakatan dengan PKR atau DAP ini lebih bersifat "tahalluf" iaitu kerjasama, tetapi penyatuan ummah ini lebih bersifat "aqad" iaitu mempunyai bond yg kuat. Takkan kita hendak beraqad dengan pihak yg terang2an fasiq?
Sebagai alternatif, PAS menyeru rakyat bersatu di bawah panji2 Islam yg dibawa PAS untuk menegakkan Islam dan menjatuhkan kemungkaran. Tidakkah ini merupakan seruan agar ummah bersatu? Mana lebih aula' - bersatu bawah panji2 bangsa atau bersatu bawah panji2 agama?
Sebagai renungan, khilafah Islam terakhir iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah hancur lebur akibat penularan semangat kebangsaan turki yg melampau oleh Ataturk.
Alasan 4 - PAS memaki hamun dan mencerca pemerintah dan ulama (ulama UMNO.
Jika inilah yg menjadi ukuran secara harfiah, maka apalah bezanya UMNO di negeri2 PR dengan PAS?
Ada beza yg besar dalam mengenakan perkataan yg keras terhadap pihak2 yg melakukan kemungkaran dengan "maki hamun suka suki". Ini adalah satu alasan dangkal bagi memburukkan PAS. Barangkali depa tak tahu bagaimana keadaannya di Parlimen dimana ahli2 Parlimen UMNO memaki hamun dengan lebih teruk lagi. Dan apa yg disebutkan oleh penceramah2 PAS dalam menyatakan kejengkelan depa terhadap pemerintah tidak dibuat dengan emosi, tetapi berdasarkan dalil yg nyata dalam al Quran.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
Alasan 5 - PAS mengkafirkan UMNO.
PAS sering dituduh UMNO mengkafirkan UMNO. Tapi, tahukah kita bahawa TIDAK PERNAH walau sekalipun, di dalam mana-mana Ucapan Dasar Presiden semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, menyatakan yang UMNO itu kafir?
Hakikatnya, mengkafirkan UMNO itu bukan polisi dan dasar PAS. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.
Yang mula mengkafirkan UMNO adalah Tok2 Guru Pondok dari Kelantan dan Kedah semenjak tahun 60an lagi. Isu-isu yang membawa Tok2 Guru ini berijtihad bahawa UMNO kafir adalah:
- Loteri UMNO 1951
- UMNO menghalalkan arak
- UMNO menghalalkan judi
- UMNO menolak hukum shariah Islam dan hukum jenayah Islam
- UMNO menolak Negara Islam
- UMNO menyokong murtadnya Natrah
- UMNO bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menghalang terlaksanya hukum Islam
- UMNO menyebarkan fahaman “Politik Suku Agama Suku” kepada orang2 Melayu Islam
- UMNO menindas institusi-insititusi pondok dan “sekolah2 agama “ rakyat
- UMNO menghalalkan hiburan yang mengkhayalkan
- UMNO membuka kilang arak
- Pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu ramai yang kaki botol dan kaki minum arak
- Pemimpin2 UMNO pada masa itu majoriti meninggalkan solat (kecuali pemimpin2 UMNO dari Johor)
dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa kepada ijtihad sedemikian.
Hingga kini kalau kita selidiki, tok2 guru pondok ini walaupun telah tua, masih berpegang dengan ijtihad bahawa UMNO itu kafir. Ertinya mereka tidak pernah berganjak dari ijtihad mereka.
UMNO sudah tentu menggelabah dan berpeluh2 dengan ijtihad yang datang dari Tok-Tok Guru Pondok ini. Rata-rata Tok2 guru ini dihormati dan disegani di atas keilmuan mereka.
Kalau UMNO cuba untuk mendakwa Tok2 guru ini di Mahkamah Syariah, nescaya tiada hakim yang sanggup mendengar kes mereka kerana kesemua hakim2 mahkamah syariah pada masa itu menghormati tok-tok guru pondok ini. MAjoriti mereka adalah anak2 murid kepada tok2 guru tersebut.
Maka, strategi telah dirangka dan akhirnya UMNO membuat cerita fitnah kononnya tuduhan kafir ini datangnya dari PAS dan bukannya dari pondok.
Pada masa itu, secara kebetulan, kubu2 PAS adalah di kawasan yang banyak institusi pondok. Maka, apabila UMNO melayangkan fitnah ini, mudahlah rakyat Melayu mempercayainya. Ini kerana pada tahun 60an rakyat tidak dapat membezakan antara Pondok dengan PAS. Dan oleh kerana media amat jarang pada masa itu, fitnah UMNO ini mudah sahaja ditelan oleh majoriti orang Melayu.
Dan berapa ramaikan orang Melayu pada masa itu yang dapat mendengar Ucapan Dasar yang dibaca oleh Yang Dipertua Agung PAS?
Juga, ramai Tok2 Guru pondok pada tahun 60an memegang jawatan dalam PAS, bertanding pilihanraya mewakili PAS, menjadi Ahli Parlimen dan ADUN PAS serta berkempen dan berusaha mengembangkan pengaruh PAS.
Misalnya kerusi Pengkalan Chepa. Waktu Tok Guru Nik Aziz bertanding dalam pilihanraya kecil pada tahun 1967, beliau bertanding kerana wafatnya Tok Guru Haji Ahmad Kerian akibat dari penyakit yang beliau dapat selepas beliau ditahan di bawah ISA. (Soalan kepada UMNO: Tok Guru Haji Ahmad ni kominis jugak ke?). Ertinya, semenjak dahulu lagi PAS adalah parti yang mengangkat martabat ulama dan tok-tok guru, tidak seperti UMNO.
Maka, fakta ini memudahkan lagi UMNO menyebarkan fitnah kononnya PAS mengkafirkan UMNO.
Jadi, berani ke kita nak kata tok2 guru pondok ni sebagai khawarij atas ijtihad depa?
Alasan 6 - PAS pengkhianat Islam.
Kat sini aku tak nak ulas panjang lebar. Cuba kita renung kembali perjalanan sejarah negara ni terutamanya dari aspek Islam. Cuba kita kaji betul2 -
- siapakah yg melenyapkan perundangan Islam yg menjadi asas kesultanan kita sekian lama untuk digantikan dengan perlembagaan sekular?
- siapakah yg membawa masuk segala kemungkaran dan maksiat ke dalam negara? Aku siap share kat bahagian "alasan 5".
- siapakah yang menolak undang2 Islam digunakan di negara ini?
- siapakah yg menggam para ulama, memecat mufti kerana fatwa2 yg tidak bersekali dengan kerajaan serta mensenyapkan para ilmuwan Islam di dalam parti?
- siapakah yg galak menutup sekolah agama rakyat atas alasan "menjadi medan menyebar fahaman membenci kerajaan" yg sehingga kini terbukti tidak berasas?
- siapakah yg memperlekehkan undang2 Islam dan sunnah Nabi?
- siapakah yg selama ini menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal dalam negara?
dan banyak sekali soalan2 yg tak termampu aku tanya. Sendiri mau ingat je la.
Secara kesimpulan, apakah selayaknya PAS digelar sebagai khawarij? Tidak sama sekali. Berhenti mengelirukan org ramai dengan istilah agama yg disongsangkan maksudnya dan kepada para ilmuwan agama yg menjilat punggung pemerintah, berhentilah menjadi ulama suuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NIK AZIZ TU , PERJUANG AJARAN WAHABI... WAHABI TAK SESAT?? DIA PENENTANG SIFAT 20, MENENTANG TAHLIL & TALKIN, JUGA MAULID... APA DIA TAK MENENTANG TOK2 GURU PONDOK???
ReplyDeleteNIK AZIZ TU , PERJUANG AJARAN WAHABI... WAHABI TAK SESAT?? DIA PENENTANG SIFAT 20, MENENTANG TAHLIL & TALKIN, JUGA MAULID... APA DIA TAK MENENTANG TOK2 GURU PONDOK???
ReplyDeleteapa bukti dia wahabi? jelaskan boleh?
ReplyDeleteko tau ke wahabi tu apa?
tahlil, talkin dan maulid tu SYARAK WAJIB atau KHILAF?