Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 4, 2012
mahathir perlekeh Allah dan Rasul - dulu kini dan selamanya
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
aku jadi pelik bila TIDAK ADA ULAMA MAHUPUN MUFTI yg berani menegur mahathir berkenaan kenyataan dia baru2 ni bahawa hudud itu tiada dalam al Quran dan merupakan hukuman yg keras dan tidak adil. secara jujur, apabila kita mempersendakan hukum hakam Allah, maka kita boleh dikira terkeluar dari Islam.
Allah berfirman dalam al Quran, "Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." (al an'am, 70)
bagaimanakah dikatakan mempersenda agama itu?
· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
· Memperkecilkan tuntutan agama
· Bangga apabila melanggar larangan Allah
· Menghina orang yang bertakwa
· Menjunjung perbuatan maksiat
· Tidak bersolat
· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
· Tidak membayar zakat yang difardhukan
itu bab persenda agama secara literal. bagaimana pula dengan mempersenda Nabi?
tak lama dulu kecoh dari kalangan puak2 UMNO kononnya nik aziz menghina Nabi Muhammad s.a.w bila beliau menyatakan yg Nabi Muhammad "sama seperti budak kampung lain di zamannya sebelum keNabian". org2 UMNO yg kebanyakannya jahil agama terus menyerang sana sini dan menggunakan statement ini utk menghentam nik aziz dan PAS - sedangkan mereka itu sendiri cetek ilmu. mana mungkin mereka yg jahil agama bisa menyanggah kata2 seorg ulama yg amat berpengaruh di dunia Islam?
aku nak tanya, statement mana lebih teruk antara "Nabi sama seperti budak kampung lain di zamannya" (yg sebenarnya bersifat harfiah. aku pernah jelaskan hal ni dulu) dengan satu lagi "ayat klasik" mahathir mengenai Nabi Muhammad s.a.w ini -
"Oleh itu tidak perlulah kita mengagung2 kan Nabi Muhammad SAW. Memandailah bersyukur kepada Allah swt sahaja."
nah, apakah maksudnya? mahathir menyeru rakyat supaya tidak mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w lelebih. hanya perlu bersyukur kepada Allah semata2. tidakkah mahathir tahu firmanuLlah ta'ala yg bermaksud -
"dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat ke seluruh alam" (al-anbiya, 107)
aku bukanlah berilmu tinggi utk menyatakan apakah status akidah mahathir sekarang ni. malah kalau nak ambilkira ayat2 dia yg dok kutuk Nabi Muhammad dan Islam sejak dulu ("Nabi simpan janggut sebab zaman tu tak de gillette", ingat tak?) agaknya ntah berapa lama akidah dia dah gugur tetapi aku bukanlah layak utk menyatakan status akidah mahathir ni. cuma kita sebagai hamba Allah yg dimuliakan dengan ilmu dan iman dalam Islam boleh berfikir dengan jelas dan terang apakah natijah di sebalik kata2 mahathir ni.
mahathir bukannya org biasa dalam negara. dia bukan tukang jual roti canai. dia adalah mantan PM yg paling lama berkhidmat kat negara ni dan paling berpengaruh - malah pengaruhnya juga sampai ke dunia antarabangsa. jadi kata2nya bukan boleh diperkecilkan dan pengaruh akibat kata2nya juga bukannya boleh diperkecilkan. macam masa kata2 dia kat UNIMAS pasal hudud tu - ingat takkan ada org terpengaruh ke? pastinya ada terutamanya totok UMNO. yg jahil bertambah jahil. na'uzubillah.
sekali lagi, adalah malang bila para ulama selain ulama2 yg tidak sefikrah dengan kerajaan UMNO BN bertindak mendiamkan diri seperti pondan bila berhadapan dengan mahathir. malah dr juanda yg agak lantang mengkritik najib juga diam seribu bahasa. dr MAZA pun ambil pendekatan "tak nak kritik lebih2". apalah yg boleh diharapkan dengan mufti2 lain seperti harussani? yg ada menegur pun cumalah ustaz fathul bari - tu pun secara berlapik yg amat sangat seolah2 mahathir ni maksum.
kepada semua ulama yg penyegan ni terutamanya dr MAZA, ingatlah kisah ketegasan Ibnu Taimiyyah menegur rasa Qazan sehingga menyebabkan para ulama lain yg ada di majlis itu mengangkat kain2 jubah depa lantaran takut kalau2 kepala Ibnu Taimiyyah dipancung lalu darah yg mengalir itu akan mengotorkan jubah2 depa. ironinya, dr MAZA yg membawakan kisah tu dalam blognya iaitu Minda Tajdid.
tak guna bawak kisah tu dalam blog kalau tak mengambil iktibar daripadanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment