Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 18, 2012
Mahathir bidas Nik Aziz? Aku bidas Mahathir balik! part 2 (akhir)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Akhirnya aku kembali ke rutin selepas hujung minggu yg begitu sibuk yg menyaksikan aku hanya sekali menghadap laptop. Sepanjang 3 hari ni majoriti posting @ komen aku dibuat menggunakan fon sahaja. Sebab tu part 2 sesi bidasan ni tersangkut2.
But worry no more. Insya Allah, ini adalah sanggahan 25 lagi hujah Mahathir yg membidas Tuan Guru Mursyid al-Am sebagai sambungan entri aku yg lepas. Boleh rujuk gambar yg aku sertakan dalam blog aku untuk melihat apakah kesemua 50 hujah Mahathir itu yg aku jawab statement by statement. Cuma ada je statement Mahathir ni yg sebenarnya amat berkait atau cuma penguat statement sebelumnya so maybe aku akan combine 2-3 statement sekali.
Insya Allah, here it is -
Statement 26 hingga 28 - Apakah yg Mahathir faham mengenai ayat 36 surah al-Baqarah itu? Dia hanya faham mengenai bab "menggalakkan permusuhan" tetapi dia tak tau ke apakah yg menyebabkan permusuhan itu? Perlu diingat, Nabi s.a.w juga mempunyai musuh dan memusuhi tetapi siapakah yg Baginda musuhi? Iaitulah org2 yg engkar, org2 yg melawan Islam serta menentang Islam. Nik Aziz tak pernah menggalakkan permusuhan tetapi Nik Aziz setepatnya meminta kita, selaku org2 Islam yg beriman menolak sebuah pihak yg menggalakkan kemungkaran, melakukan kemaksiatan, menyeleweng harta rakyat dan duit zakat dan pelbagai kebejatan lain. Takkan semata2 "tak mahu permusuhan", maka org2 yg beriman harus membiarkan je maksiat dan mungkar yg dilakukan secara berdepan malah menatijahkan rakyat juga terjebak ke kancah maksiat dan mungkar?
Perlaksanaan hub hiburan malam misalnya, yg menarik golongan muda utk berhibur lagha tanpa had. Takkan sebab "jangan bermusuh", maka kita harus biarkan je? Then apa guna Nabi s.a.w bersabda, "apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu. Jika tidak kamu mampu maka cegahlah dengan lisanmu. Jika tidak kamu mampu maka cegahlah dengan hati2 kamu. Maka demikian itulah selemah2 iman."?
Berhenti menggunakan ayat2 al Quran utk menghalalkan kemungkaran, Mahathir. Nik Aziz tidak melibatkan diri dalam usaha memecahbelahkan umat Islam, sebaliknya dia melibatkan diri dalam memastikan umat Islam memisahkan diri depa dari kemungkaran dan kemaksiatan serta kebejatan - iaitulah UMNO.
Statement 28 hingga 32 - Mahathir begitu rakus merujuk kepada ayat 10 surah al Hujurat, tetapi apakah dia tau apakah maksud sebenar "org2 yg beriman"? Org2 yg beriman adalah mereka yg benar2 meyakini akan Allah, RasulNya, Islam itu sendiri serta mengikuti sebenar2nya 6 Rukun Iman yg telah ditetapkan. Kalau benar beriman kpd Allah, org2 yg beriman itu takkan langgar perintah Allah. Kalau benar2 beriman kpd Rasul, org2 yg beriman itu takkan berani menghina sunnah Nabi. Kalau benar2 beriman kepada al Quran, org2 yg beriman takkan berani mempersendakan hukum hakam yg terdapat dalam al Quran.
Mahathir buat semua tu. UMNO buat semua tu. Maka tanya diri sendiri - depa mmg Islam, tapi apakah depa itu beriman?
Dan tidakkah Mahathir juga merujuk kepada ayat 14 hingga 17 surah yg sama yg bermaksud, "Orang-orang A'raab berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Katakanlah (kepada orang-orang A'raab itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
Nah, disitu dengan jelas bahawa Allah menerangkan sekadar menjadi satu bangsa yg bermajoriti memeluk Islam tak bermakna dia Islam sepenuhnya, dan org2 yg mengaku Islam itu tak semestinya beriman! Dan sekali lagi, menyeru manusia meninggalkan kebatilan itu dikategorikan sebagai memecahbelahkan ke?
Statement 33 - Mahathir benar2 tidak belajar sirah. Nik Aziz mencontohi Nabi, bukan nak jadi Nabi. Nabi menyeru manusia meninggalkan kejahilan dan kebatilan lalu masuk ke dalam Islam menyembah Allah yg Esa. Nik Aziz pula menyeru rakyat malaysia meninggalkan satu pihak yg terang2 melakukan kebatilan, kebejatan dan kemungkaran seperti yg aku dah highlightkan sedari tadi utk bersama2 bersatu bawah panji2 Islam. Malah, sebagai tanda perjuangan ini bukan bersandarkan partisan, Nik Aziz pernah mengatakan dengan jelas "kalau UMNO benar2 perjuangkan Islam, saya tak kisah kalau PAS dibubarkan kerana PAS sudah tidak relevan pada waktu itu". Nah! Inilah tandanya bahawa Nik Aziz tidak mahu memecahbelahkan umat, sebaliknya hanya mahu manusia bersatu bawah Islam menentang kemungkaran dan kebejatan serta mewujudkan satu kerajaan yg lebih diberkati.
Ada faham? Berhenti menyalahnafsirkan ayat, Mahathir.
Dan bukan lagi rahsia, kelemahan UMNO adalah rahmat utk rakyat Malaysia. Kerana lemahnya UMNO, rakyat Selangor tak kira apa jua bangsa dan agama dapat kemudahan air percuma. Kerana lemahnya UMNO, nasib umat melayu Islam di Penang lebih terpelihara. Kerana lemahnya UMNO, majlis2 agama dan kuliah2 ilmu pesat berkembang di serata negara terutamanya di negeri2 PR. Mahathir lupa ke, masa zaman dia dulu, dialah yg paling menentang majlis2 ilmu ini dari berjalan?
Statement 34 dan 35 - UMNO mungkin tidak pernah menculik adun PAS, tetapi depa MEMBELI adun PAS tersebut. Dan mengejutkan, depa "menculik" MP2 depa sendiri ke Taiwan dalam usaha mengelakkan "16 September". Dan perlu diingatkan juga, tahun 2004 mmg PAS kalah teruk, dan Pak Lah masa tu yg meneraju. Ini membuktikan bahawa rakyat muak dengan Mahathir. Tu je.
Dan Mahathir skang ni cuma hidup dikelilingi "past glories", tapi tetap nak menyibuk dalam urusan politik negara. What a loser old man.
Statement 36 - Polis ditembak mati? Depa tembak pakai apa? Parang? Cangkul? Tombak? Dey matchaaa...org2 kampung Memali semuanya org kerja kampung la. Tak de pengganas atau apa2 jua pertubuhan tempur strategik! Depa dituduh pengganas dan dikepung lalu dibunuh tetapi apakah kesalahan depa sebenarnya? MENYAMPAIKAN ILMU ISLAM KEPADA PENDUDUK KAMPUNG. Itu sahaja.
Statement 37 hingga 43 - Mahathir benar2 lupa sejarah.
Semua ilmu2 yg ada adalam dunia ini diexplore oleh siapa? Ilmu sains, matematik, biologi, perubatan, kimia dan seumpamanya diexplore oleh siapa? Ya, umat2 Islam. Dan depa semua menulis hasil kajian depa dalam bahasa apa? Bahasa Arab semata2 dan bukan bahasa2 lain. Kitab2 ilmu depa dalam bahasa greek ke apa ke tu semuanya adalah TERJEMAHAN. Dan Mahathir harus ingat, ilmu2 yg disebut dalam bahasa inggeris yg dibangga2kan sangat tu pun sebenarnya cedokan dari ilmu2 yg disampaikan oleh ilmuwan2 Islam terdahulu. Contoh terbaik? salah satu term bahasa inggeris dalam matematik ialah "algebra". Ianya berasal dari kajian ilmu oleh al-Khawarizmi yg disebut "qanun al-jabar". Faham?
Kalau nak ikutkan juga, peradaban melayu sebenarnya jauh lebih hebat banding inggeris satu ketika dulu. Lupa ke Mahathir akan kuasa kesultanan Melayu Melaka yg begitu hebat sehinggakan tak kira siapa yg hendak datang ke Tanah Melayu ini kena bertutur dalam dua bahasa sahaja, iaitu arab dan melayu. Bahasa inggeris wujud tak masa tu di Tanah Melayu? Ia hanya wujud dalam "Hikayat Merong Mahawangsa" terbitan KRU films. Malahan, penjajah2 inggeris yg datang ke negara ni TERPAKSA BELAJAR BAHASA MELAYU dan bukan the other way round!
Mahathir mengaku dirinya pejuang melayu tulen - ultra melayu - tetapi dalam masa yg sama dia sendiri meragui keupayaan bahasa melayu ini menjadi bahasa ilmu yg unggul. Sehingga kini, dia tak dapat menyanggah fakta bahawa negara2 yg jauh lebih maju dari Britain seperti Jerman, Russia, malahan China sekalipun TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS sebagai bahasa ilmu depa. Jepun apatah lagi!
Mahathir juga kononnya memperkenalkan "dasar pandang ke Timur" suatu masa dulu. Apsal dia terhegeh2 nak anak melayu membelitkan lidah depa dengan term2 inggeris? Why not suruh je anak2 melayu tu belajar bahasa Jepun selaras dengan dasar klasik dia tu?
Dan untuk counter soalan Mahathir terhadap Nik Aziz mengenai menunjukkan sorg melayu yg boleh membentangkan hasil kajian sains dalam bahasa melayu di peringkat antarabangsa, sila pula Mahathir tunjukkan walau satu manual dekat Soyyuz (space shuttle russia) yg tertulis dalam bahasa inggeris. Kalau boleh la.
Statement 44 hingga 46 - Apakah melalui hujah2 di dua statement ni menunjukkan Mahathir mengakui dia itu munafik?
Ingin aku bertanya pada Mahathir - sempurnakah iman seorg muslim itu jika hukum hakam Allah tidak diikuti sepenuhnya? Aurat yg terbuka, maksiat bermaharajalela, penyelewengan, rasuah, hub hiburan, saham syarikat arak dan judi dan lain2 kemungkaran dilakukan? Check balik takrifan "iman".
Dan bebetul tak sangka bila Mahathir mengungkit jasa Abdullah bin Ubay, bapa kaum munafik terhadap Islam. Apakah Mahathir membandingkan dirinya dengan Abdullah bin Ubay? Apakah Mahathir mempertahankan Abdullah bin Ubay? Amatlah tak mengejutkan.
Berjasa kepada Islam itu bukannya semata2 bina sekolah agama je Mahathir. Berjasa kepada Islam tu konteksnya luas. Apa guna ko bina masjid banyak2, buat sekolah agama banyak2 kalau hukum Allah pun ko tentang? Apa guna semua peruntukan yg keluar utk pembinaan institusi agama jika sunnah Nabi pun ko perlekeh? Kerajaan Thailand yg membenarkan pembinaan sekolah agama itu, walaupun dikategorikan sebagai "berjasa" dan "membantu umat Islam", tetap akan masuk neraka jika matinya dalam keadaan kafir - antara hukumannya di dalam neraka tu diringankan atau tak. Tu je.
Ada riwayat mengatakan secara daif bahawa siksaan terhadap Abu Lahab diringankan setiap Isnin kerana jasanya menyambut kelahiran Nabi s.a.w dengan begitu hebat sekali sampai menyembelih 100 ekor unta dan membebaskan hamba. Apakah Abu Lahab tidak berjasa kepada Nabi? Tetapi kenapa dia diseksa juga?
Statement 47 - Arak dijual di bawah pemerintahan PAS atas legasi siapa? Perundangan mana yg membenarkan penjualan arak2 ringan seperti itu tidak memerlukan lesen khas? Ya, kerajaan PAS mampu menghalang permohonan menjual arak2 berlesen khas tetapi kalau kedai serbaneka yg turut menjual barangan biasa lain dan menjual arak runcit pada masa yg sama, apakah terdapat peruntukan utk menghalang perkara tersebut? Ya, jawapannya tidak ada. Oleh kerana penjualan arak2 runcit mcm beer, stout dan lain2 itu tidak memerlukan lesen khas, maka sesiapa sahaja yg ada lesen runcit boleh menjual apa sahaja yg dia nak, dan ini termasuklah arak. Selagi syarat2 pembukaan kedai runcit itu dipenuhi dan dipatuhi, tidak ada mana2 kerajaan dalam Malaysia yg berhak membatalkan lesen peruncitan sesuatu pihak tanpa alasan yg hak mengikut undang2.
Apa yg PAS boleh buat utk mengawal keadaan ialah dengan mengetatkan penjualan arak terhadap org Islam seperti di kelantan, kedah dan selangor.
Soalan aku - kenapa pentadbiran UMNO sejak merdeka dulu tidak mengenakan lesen khas untuk semua jenis arak hence "no more arak runcit"?
Statement 48 - Kenapa dia mesti cabar PAS? Kenapa dia tak suruh UMNO sendiri buat benda tu? Kan awal2 tadi dia kata "UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara"?
Perlu diingat, UMNOlah yg membawa masuk judi dan arak hingga berakar umbi di Malaysia. Sendiri buat najis, sendiri bersihkan la! Apsal nak suruh2 org pulak?
Begitu juga dengan hudud. Aku nak tau apa reaksi Mahathir berkenaan Chua Soi Lek yg terang2an menghina Islam, melayu dan hudud secara berulangkali. Atau apakah Mahathir ini kecut telur dan UMNO adalah semunafik itu dan terus berdiam diri?
Jika DAP nak kekalkan arak dan judi, tu hak depa sebagai org bukan Islam. Tugas kita ialah mengawal agar umat Islam tak terjebak. Benda ini dah dijayakan pun di Kedah masa Ramadhan dulu menerusi penguatkuasaan enakmen hiburan masa bulan Ramadhan tu - sesuatu yg tak terlaksana oleh UMNO selepas 14 tahun enakmen tu diwartakan. Begitu juga hudud - jika kita tak mampu laksana, tugas kita adalah terus menerang dan mencerah tanpa jemu utk memastikan rakyat terutamanya org bukan Islam memahami qawa'id hudud. UMNO ada tolong bagi penerangan selaku sesama muslim? HARAM! Diperlekeh lagi ada la! Hudud tak de dalam al Quran, hudud tak adil la...
Aku cabar UMNO memutuskan perhubungannya dengan MCA atas dasar MCA tidak lagi menghormati UMNO, tidak lagi menghormati melayu serta menghina Islam dan ini semua fakta yg jelas. Jika tidak, UMNO lebih2 lagi yg menggadaikan kehormatan bangsa dan agama demi PRU.
On the second tought, UMNO pernah bertanding secara solo ke? Ke UMNO penakut?
Statement 49 hingga 50 - Kalau Mahathir mengakui ilmu agama Nik Aziz, siapalah dia utk mempertikaikan kata2 Nik Aziz? Dia sendiri harus menjawab kat Allah lantaran dia memperlekehkan hukum Allah, menghina sunnah Nabi, mempertikai dan merendahkan para ulama mujtahidin dan legasi2 kemungkaran yg dia tinggalkan utk negara ni. Dan juga dia kena jawab kenapa dia tak terdidik isterinya utk menutup aurat.
Berhenti menyeleweng dari agama, Mahathir. Allah benarkan ko hidup sekian lama ni ada sebabnya walaupun selepas ko hampir mati akibat jantung.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment