Friday, March 2, 2012

dunia adalah jambatan untuk akhirat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

sepatutnya aku nak ulas perkara lain dalam entri ni tetapi sebagai menghormati permintaan sorg sahabat, aku akan ulas mengenai isu "kesederhanaan dalam mencari harta dunia" ni.

tidak dapat dinafikan, ramai umat Islam sentiasa keliru dengan makna "zuhud". disebabkan kekeliruan itulah, ada pihak yg beranggapan adalah sesuatu yg berdosa dan tidak bagus jika seseorg itu bekerja keras mengumpulkan kekayaannya. apakah Islam ini mahukan penganutnya miskin belaka? di sinilah yg mereka sangkut.

Banyak sekali penjelasan ulama tentang makna zuhud. Umumnya mengarah kepada makna yang hampir sama. Di sini akan disampaikan sebahagian dari pendapat tersebut -

Makna secara bahasa:

Zuhud menurut bahasa bererti berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang berarti “sesuatu yang rendah dan hina”.

Makna secara istilah:

Ibnu Taimiyah mengatakan – sebagaimana dinukil oleh muridnya, Ibnu al-Qayyim – bahawa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.

Al-Hasan Al-Basri menyatakan, "zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah kamu lebih mempercayai apa yang ada di tangan (hadrat) Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran."

nah, itu definisi zuhud menurut takrifan ulama. bukannya maksud zuhud itu ialah "tinggal dunia, kejar akhirat" semata2! definisi yg keliru inilah menyebabkan umat Islam kebanyakannya jadi "segan" nak kumpul harta banyak2.

Daripada A’mir bin Saad, bapanya berkata; Rasulullah s.a.w telah menziarahiku ketika mana aku jatuh sakit teruk ketika haji wada’, aku berkata kepadanya, "aku telah jatuh sakit seperti mana engkau lihat sekarang, dan aku mempunyai harta yang banyak dan tiada pewarisku melainkan seorang anak, perlukah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku itu?" Rasulullah menjawab, "tidak". Aku berkata, "separuh daripadanya?" Rasulullah menjawab, "tidak". Aku berkata, "satu pertiga daripadanya?" Rasulullah menjawab, "satu pertiga masih banyak, sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu (anak / keluarga / isteri) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan reda Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah".

dalil di atas menunjukkan bahawa adalah lebih baik kita mempunyai harta yg banyak berbanding harta yg sekadar cukup makan dan seterusnya. Islam sama sekali tidak menghalang umatnya untuk bekerja keras di dunia bagi mengumpul kekayaan dan harta asal saja niatnya untuk mencari keredhaan Allah swt.

bagaimana pula kumpul harta banyak2 itu boleh menjadi pahala kepada kita sedangkan ianya akan menyebabkan kita sibuk dan lalai dalam solat? persoalan ini selalu diungkapkan dan sekali lagi, ianya diselami kekeliruan.

setiap pekerjaan yg diniatkan untuk mencari redha Allah dan dimulakan dengan asma' Allah pastinya akan diberkati oleh Allah. maknanya, walau mcm mana sibuk pun, pastinya kita akan punya ruang waktu yg cukup utk kita beribadah kepada Allah. tapi jangan lupa - bekerja dan mencari harta juga adalah ibadah! malah Allah lebih menyukai hambaNya yg kaya tetapi tawadhu' berbanding hambaNya yg sederhana hartanya atau miskin dan tawadhu'.

cuba bayangkan - jika kita bekerja keras dan menjadi kaya, tentunya kita punyai harta yg banyak. maknanya, kita mampu berzakat dengan lebih banyak. mampu bersedekah dengan lebih banyak. kita mampu membantu saudara seIslam kita dengan lebih banyak berbanding org2 yg hartanya biasa2 atau miskin. "tangan yg berada di atas itu lebih baik berbanding tangan yg berada di bawah".

Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)

dalam ayat ini, para mufassirin bersepakat bahawa inilah dalil Allah mahukan hamba2Nya turut berusaha mengejar dunia dan dalam masa yg sama, menjadikan apa yg dikejar di dunia itu sebagai jambatan ke akhirat. aku penah lihat satu contoh depan mata seorg usahawan yg begitu kaya raya yg mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada begitu ramai umat Islam dan juga membuka yayasan, tetapi dalam masa yg sama beliau begitu tawadhu' orgnya. bila ditanya, beliau mengatakan bahawa beliau bermula dengan sebuah motosikal buruk! bagaimanakah darjat org itu di sisi Allah?

juga aku pernah lihat seorg hamba Allah yg juga merupakan usahawan yg satu ketika dahulu seringgit pun tak ada dalam poket, dan dia berusaha keras berniaga, yg kini dia merupakan imam di madrasah kawasan rumahnya, dan dalam masa yg sama dia melibatkan diri dalam aktiviti jemaah sahsiah dan siasah. setiap malam, madrasahnya mengadakan majlis ilmu dan di saat jemaah lain menderma seringgit seorg secara purata, hamba Allah ini setiap malam meletakkan not RM50. SETIAP MALAM!

mcm mana aku tau? bukan dia bagitau aku. aku bendahari madrasah tu dan acapkali aku nampak tangan dia menyelitkan RM50 dalam tabung derma. apakah kedudukannya di sisi Allah?

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka mengubahnya sendiri".

kesimpulannya, bekerja keras di dunia adalah dituntut, dan niatkan usaha itu untuk mencari bekal di akhirat. jangan kelirukan maksud "kesederhanaan" itu.

No comments:

Post a Comment