Monday, March 5, 2012

maaf semata-mata tidak akan dapat menebus dosa...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

pada zaman dahulu, terdapat seorg lelaki yg sungguh kejam yg telah membunuh 99 org mangsa. dia pergi berjumpa dengan seorg mu'allim lalu bertanya, "wahai guru! aku telah membunuh 99 org. jika aku bertaubat sekarang ini, apakah Allah akan menerima taubatku?"

mu'allim itu menjawab, "sungguh berat sekali apa yg telah kau lakukan itu wahai anakku. ku khuatir Allah tidak menerima taubatmu." mendengar kata2 itu, lelaki itu membunuh si mu'allim tadi - kini sudah 100 org yg telah dia bunuh.

dia kemudiannya berangkat berjumpa dengan sorg mu'allim yg lain lalu bertanya, "wahai guru! aku telah membunuh 100 org. jika aku bertaubat sekarang ini, apakah Allah akan menerima taubatku?"

mu'allim itu menjawab, "sesungguhnya jika dikira perbuatanmu, engkau sudah pasti akan masuk ke dalam neraka, tetapi beginilah: di sebelah timur kampung ini terdapat perkampungan org2 yg soleh dan di sebelah barat kampung ini terdapat perkampungan org2 yg seperti kamu. jika kamu benar ingin bertaubat dan ingin Allah mengampunimu, mana pergilah ke perkampungan org2 soleh tersebut."

lelaki itu pun bangun lalu bergerak menuju ke perkampungan org2 soleh kerana sememangnya dia mahu bertaubat. namun ditakdirkan Allah, di tengah perjalanan lelaki itu pun menemui ajalnya.

maka ketika itu turun malaikat rahmat dan malaikat azab berbahas mengenai keadaan lelaki itu - sama ada perlu dibawa ke syurga atau dibawa ke neraka. akhirnya Allah mengilhamkan mereka supaya mengukur jarak kedudukan lelaki itu dengan 2 perkampungan tersebut dan ternyata, lelaki itu lebih dekat dengan kampung org2 soleh itu dengan jarak cuma satu jengkal, lalu Allah mengampuni dosa2nya dan dimasukkan ke dalam syurga.


apa moral kisah ni?

perbuatan taubat atau meminta maaf ini bukan semata2 lisan dan dibuat dengan separuh hati. ianya mesti dibuat dengan bersungguh2 dan disulami dengan azam yg cekal serta perbuatan yg konsisten dengan permohonan maaf tersebut.

kalau benar kita nak minta maaf, pertama sekali kita kena bertaubat kepada Allah terlebih dahulu atas segala dosa2 kita. lakukanlah perkara2 yg baik terlebih dahulu sebagai bukti kita benar2 insaf dan sambil2 itu minta maaflah. insya Allah maaf itu akan menjadi sesuatu yg bernilai.

tetapi kalau sekadar melepaskan batuk kat tangga dan disulami dengan kata2 memaksa seperti yg telah diungkapkan oleh muhyiddin yassin, "kita tak patut dihukum dengan kisah silam semata2, sebaliknya kita harus pandang ke depan" adalah satu permohonan maaf yg bersifat tidak ikhlas dan penuh kejengkelan dan separuh hati. tambahan pula, kesalahan2 yg dilakukan itu masih dilakukan pada ketika ini.

jika benar maaf itu ikhlas, maka buktikan. pulangkan kembali duit RM250 juta itu dan minta maaf secara DETAIL setiap kesalahan yg telah dilakukan oleh UMNO BN selama 54 tahun ni. atau jika itu tidak begitu adil bagi mereka (depa kan kecoh sangat pasal keadilan?) maka senaraikan sahaja secara detail kesalahan yg depa kata depa telah lakukan selama pemerintahan najib. mampukah UMNO berbuat demikian?

sesungguhnya, situasi permohonan maaf oleh najib dan muhyiddin ini, disusuli pula dengan kata2 yg memperlekehkan kredibiliti PR menunjukkan, dari satu segi mereka terus hendak mempertahankan parti yang sudah tentu melakukan segala gejala buruk untuk negara dengan memberikan alasan yang PR belum tentu memberikan pentadbiran yang lebih baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokongnya mahukan rakyat memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar dengan alasan yang PR belum tentu baiknya. Alasan yang menghina perasaan rakyat yang berfikir ini membuatkan UMNO telah menunjukan sikap yang ‘arrogant’ dan memporbodohkan rakyat yang mempunyai pemikiran.

Najib dan Muhyiddin meminta kita sentiasa memaafkan mereka walaupun melakukan perkara-perkara yang buruk. depa mahukan kita menjadi seperti Tuhan yang sentiasa memaafkan umatnya yang membuat kesalahan dan depa sentiasa mahu melakonkan watak syaitan kerana mendapat laba yang besar. Setelah melakunkan watak syaitan, mereka memohon ampun dan maaf terus-terusan. dimanakah keikhlasannya?

ada satu pepatah melayu yg amat sesuai utk mengungkap situasi ini - jika kita termakan permainan kata maaf UMNO BN ini, samalah seperti "melepaskan anjing tersepit".

No comments:

Post a Comment