Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, March 28, 2012
Kalimah Allah - Harus, tapi tak semestinya setuju
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Akhirnya, penerangan jelas mengenai polemik "kalimah Allah" telah berjaya aku keluarkan selepas sekian lama tertangguh. Perkara ni penting sebab begitu banyak sekali tohmahan yg terlempar kepada pimpinan PR terutamanya Ir Khalid Samad dan Anwar Ibrahim berhubung isu ini. Yang paling galak? Hasan Ali - yg begitu ghairah bercerita ttg hal "akidah"nya.
Penerangan yg aku kongsikan kat dua artikel terdahulu itu sebenarnya aku kupas serba sedikit berdasarkan pandangan dan perkongsian Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Ternyata, walau sebegitu detail pun penerangan diberi, masih ada pihak yg tak faham (atau buat2 tak faham) mengenai hakikat sebenar tentang "kalimah Allah" ni.
Sekali lagi, ustaz Zaharuddin dan kebanyakan ulama utama dunia termasuk dr al Qardhawi dan dr az-Zuhaily menyatakan dengan jelas bahawa hukum asal bagi penggunaan kalimah Allah bagi non muslim ini adalah harus. Dalam artikel 1 mengenai isu ni, aku telah sertakan pelbagai dalil dari al-Quran untuk menguatkan hujjah ini. Ini kerana tidak ada nas yg qat'ie yg mampu menjadi pemutus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan, tetapi dalam masa yg sama begitu banyak ayat2 al-Quran yg bersifat zhonni sekaligus menunjukkan ciri2 KEHARUSAN bagi golongan ini menggunakan kalimah Allah. Itu fakta.
Namun, memandangkan tidak ada nas yg qat'ie, jadi perbincangan seperti ini pastinya mengundang khilaf. Aku jelaskan dengan detail perihal khilaf tak lama dulu dalam satu lagi entri blog ni. Bila ianya melibatkan khilaf, maka apa jua pegangan kita terhadap sesuatu masalah - asal saja kita menurut pendapat ulama yg memperbincangkan perkara ini - maka kita dikatakan "keluar dari khilaf". Tetapi ini tidak bermakna kita sahaja yg betul. In fact, dalam hal khilaf ini, tiada siapa yg salah atau silap.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seorang Penguasa berijtihad dan benar maka ia mendapatkan dua pahala dan bila salah maka ia mendapatkan satu pahala” (riwayat al Bukhari).
Perlu dijelaskan bahawa "penguasa" ini tak bermaksud pemerintah semata2 tetapi ia juga membawa maksud para mujtahidin yg telah membahaskan pelbagai isu yg tidak jelas penghukumannya sekian lama, termasuklah hal kalimah Allah ni. Jadi, kita selaku umat Islam yg tentunya tidak mencapai darjat mujtahidid waima mujtahidin paling koman seperti dr al Qardhawi sekalipun, haruslah berlapang dada dan menerima kekhilafan ini sebagai satu rahmat kepada umat Islam.
Yang kelakarnya, puak2 yg sebenarnya mempergunakan agama untuk politik ni tak dapat menerima hujah aku yg berlandaskan dalil. Dituduhnya aku ni sesat dan kononnya aku membuat artikel yg songsang dan tidak mengambil intipati penuh. Diusungnya pandangan Datuk Dr Haron Din (pelik - tak sokong PAS tapi pandangan ulama PAS depa ambil pulak? Bukan ke PAS tu "parti ajaran sesat"?) yg tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh non muslim. Tapi perlu diingatkan, Datuk Dr Haron Din juga mempunyai pandangan tersendiri dan jika ditanya kpd beliau, pastinya beliau mengakui kekhilafan ini dan beliau mengambil keputusan untuk keluar dari khilaf tersebut. Tu je.
Perihal ini juga menyaksikan sebilangan ilmuwan dalam negara seperti Dr Maza dan Ir Khalid berpegang kpd hukum asal perkara ini - dan depa tak layak dikatakan "menggadaikan akidah" kerana sudah jelas pegangan ini tidak ada kesalahannya!
Cuma, walaupun hukum asalnya harus, tidak semestinya kita bersetuju utk perkara ini dibenarkan. Dalam hal ni, semuanya terpulang kepada pembawaan masing2 dalam menentukan kesesuaian. Seperti yg aku sharekan dalam artikel aku yg lepas, biasanya pihak2 yg berpendirian berbeza dalam hal ini mengutarakan hujah depa berdasarkan dua perkara -
1) Mengukuhkan aqidah Islam melalui ajaran, ajakan dan sebaran kefahaman tauhid yang betul.
2) Mempertahankan aqidah Islam dari penyelewangan, pengeliruan dan gangguan gerakan bukan Islam.
Para ulama terkemuka dunia di luar Malaysia cenderung mengikut perkara pertama tetapi kerajaan Malaysia dan ramai pihak di negara ini cenderung meneliti perkara kedua. Kedua2nya tidak salah. End of the day, terpulang kepada semua pihak untuk bermuzakarah dan menentukan kesesuaiannya.
Sebagai kesimpulan, aku nyatakan sekali lagi bahawa hukum penggunaan kalimah Allah bagi non muslim adalah harus, makanya sesiapa yg berpendirian sedemikian tak patut kita katakan mereka ini penggadai akidah. Tetapi apakah kita setuju dengan perlaksanaannya? Belum tentu.
Sama2lah berlapang dada dan elakkan terjebak dalam perbalahan perkara khilafiah.
Sepatutnya daripada kita dok kecoh2 pasal hal kalimah Allah ni, kita patut lebih kecohkan tentang pihak2 yg terang2an menolak agama Allah, mempersendakan hukum Allah , menghina sunnah Rasulullah dan melakukan kekufuran terhadap Allah sepanjang waktu. Banyak lagi isu2 yg lebih jelas dan qat'ie yg patut kita berikan penekanan!
Tak guna kita melolong konon memperjuangkan kalimah Allah tapi dalam masa yg sama, hukum Allah kita langgar mcm mat rempit langgar traffic light merah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bodoh PAS....PAS memang BABI..
ReplyDeleteselagi aku hidup..aku akan menentang PAS habis-habisan
Kalau benar kalimah Allah boleh diguna sebagai kata ganti "God" oleh bukan Muslim khususnya Kristian maknanya kita merelakan bahawa Allah itu ada anak sebab Kristian mempercayai Jesus itu "son of GOD"...bukankah sekiranya diterjemah membawa maksud Isa itu anak Allah...tidak kah kita sedar bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan..Surah Al-Ikhlas..
ReplyDeleteSebab politik kebencian sesama Islam, kalimah Allah pun sanggup digadaikan.
ReplyDeleteBoleh kita membenarkan bukan Islam menggunakannya tetapi mereka harus mengESAkan Allah...bersyahadah..mengakui hanya Allah sahaja yang satu...hanya Allah sahaja tuhan yang layak disembah...mengakui Nabi Muhammad SAW itu Rasulullah...
ReplyDeleteSalam. Saya mengakui kekhilafan ini. Al maklum bagi semua pihak apabila seseuatu muzakarah dan fatwa telah di putuskan bagi sesuatu tempat, kawasan bah kan negara maka ia wajib di patuhi.
ReplyDeleteKalimah Allah dalam kontek negara Malaysia adalah berbeza dan jika di lihat pada jarak masa yang jauh ia boleh mengundang kepada perpecahan dan persengketaan di kalangan umat Islam khususnya dan warga negara ini amnya.
Maka dengan itu perkara yang samar dan melibatkan hukum Allah iaitu "Harus" ini bukanlah bersifat individu tetapi ian melibatkan majoriti masyarakat keseluruhannya. Ianya melibat kan hala tuju dan pemberat kepada kerosakan. Maka dengan itu ia perlu di putuskan sebagai sesuatu yang boleh di pegang bukan membiarkan nya terumbang ambing dengan hanya bersifat "Harus".
Pihak ynag menpertikaikan aqidah ini wajib di hentikan bahkan menuduh orang lain bersifat "Kafir" itu juga wajib di hentikan. Melihat hanya kepada kebenaran di pihak sendiri tanpa menoleh melihat kesalahan sendiri juga sesuatu yang menduka citakan. Ini lah sudut perpecahan yang di maksudkan. Manakah kekhilafan yang merupakan rahmat tadi?
Menjunjung Kalimah Allah dalam masa yang sama mengabaikan sebahagian dari hukum hakam nya juga tidak kena pada tempatnya. Ianya perlu berjalan selari. Berjalan selari merujuk kepada usaha dan kaedah yang di jayakan bagi mencapai matlamat menjunjung Hukum Allah. Penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai suatu peristiwa kepada penghijrahan Nabi kepada usaha mengembang dan menjayakan Agama Islam itu sendiri. Ia mengajar kita bagaimana masa, usaha, sokongan dan kebijaksanaan SAW dalam menjayakan perintah ALLAH.
Sebagai negara yang mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu perkara ini perlulah di buat secara berhikmah seperti menarik rambut dari tepung. Nabi SAW tidak sama sekali mengadaikan Islam sebagai pegangan nya iatu Allah yang satu walaupun usia Islam itu baru mencapai setahun jagaung. Pengajaran Tauhid semasa Baginda di Mekah sebelum ke Madinah adalah agenda utama Islam ketika itu.
Berbeza dengan hukum dan perlaksanaan perintah Allah ketika itu yang datang kemudianya semasa Baginda di Madinah. Jangan sampai kita lupa hanya ingin mencapai cita-cita kita sanggup mengadai nama yang hak iatu Allah kepada bukan haknya. Kita hanya memikirkan strategi kita tanpa ingat strategi musuh mungkin jauh lebih kehadapan.
Bersabar lah kawan-kawan ku. Jangan hanya kerana beliau seorang pemimpin berjawatan Presiden,Mursidul atau Perdana Menteri maka kata-kata mereka benar semuanya. Itu hanyalah jawatan yang di pinjam oleh Allah kepada mereka. Kita sebagai khalifah perlu memikirkan secara halus untuk hari ini dan masa hadapan.
Wajarkah Islam merempat di tanah air Melayu ini? 56 tahun kemerdekaan yang di capai memperlihatkan perkembangan Islam subur berkembang dengan bijaknya. Tiada bumi yang tidak di timpa hujan. Cacat cela yang terungkai dari tubuh ini adalah asam perjuangan Islam dari dulu hingga kini. Insyaallah perjuangan di bawah kepimpinan yang ada hari ini di bawah bendera UMNO dapat menjayakan segala strategi dan kebijaksanaan untuk Islam khususnya dan Melayu amnya. AMIN
Penjelasan Isu Kalimah Allah
ReplyDeleteNote: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan saya.
Saya sebenarnya sibuk nak exam ni,jadi online kejap2 je,tapi tiap kali online,soalan sama yang sering menyerang ialah berkenaan kalimah allah digunakan orang kristian...hmmm...
Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...
Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....
Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM
Ibnu Batoota pulak cakap...
Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...
Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:
1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?
2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...
3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.
4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN",kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.
5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam tu,kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian,sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.
6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.
ReplyDelete7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.
8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akan murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut,tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH,maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?
9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik,mereka yang sokong kristian,mungkin akan dapat sokongan orang kristian pulak)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.
Delete10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.
11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan,senang lenang,duduk depan laptop dan carik agama dari internet,kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....
-via ustaz Zakuan-
Note: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan saya.
ReplyDeleteTERIMAKASIH; Mata kebenaran dan kerisauan adalah kunci kepada petikan di atas. Hanya mata melihat kebenaran dan benak hati tersimpul kerisauan mencerminkan peringkat kelemahan diri kita sendiri. Namun ia lebih baik dari tiada langsung. Tahniah saudari kerana hanya itu kemampuan kita.
Memisahkan agenda ini dengan politik nampaknya kurang tepat bagi saya. Pekara ini adalah urusan pentadbiran yang memutuskan arah tuju dan pegangan supaya tali Allah di pegang erat oleh semua pihak. Nakhoda mengepalai arah laluan yang perlu di ikut agar kapal tidak berpecah dalam mengharungi lautan bergelora.
Kekusutan ini perlu di muktamatkan oleh nahkoda pengemudi kapal. Di sini lah politik menjadi teras dalam memilih kebenaran dan memuktamatkan kerisauan dalam benak pemikiran. Lautan yang di lalui tidak semuanya sama. Dalam konteks lautan kita ianya telah di muktamatkan.
Alhamdulillah perkara ini telah pun sama-sama di persetujui iaitu Kalimah Allah hanya lah hak ekslusif untuk umat Islam di negara ini. Cuma keputusan yang di capai begitu lambat di buat. Adakah ini permainan politik atau kekusutan dalam kekeliruan? Apa yang di bimbangi anak-anak kapal terlepas pegangan tali yang di kemudi apabila keputusan yang di nanti berkecamuk.
Renung-renungkan, kenapa persoalan pokok seperti ini dalam kontek Malaysia begitu komplek untuk di terjemahkan? Adakah kita sudah mula luput pegangan kita pada kalimah Allah? Maka kita hampir-hampir mengadai nama Allah itu pada orang lain.
Tersenyum musuh-musuh agama Allah ini. Mencuba nasib, untung batu timbul untung sabut tengelam. Kawan-kawan, pihak musuh Islam ini tidak gusar walau sekelumit pun tentang keputusan yang telah kita capai ini. Bahkan mereka berbangga objektif mereka telah pun berjaya memecahkan kotak pemikiran kita untuk membuat keputusan. Ini lah yang di katakan "Sucessful Failure". Mereka berkata "It too difficult to make a decision for them even about their own head and mouth".
Tenang-tenagkan dan renunglah kelubuk sanubari mencari kekusutan dalam menjawab persoalan dan permainan mereka. Bagaima agaknya untuk memimpin suatu agama, bangsa dan negara kalau kita tidak tetap pendiriannya.
~via aecha kim