Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, March 14, 2012
Dalam diam, depa berdagang dengan Israel lagi!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebetulnya, aku dah malas nak highlight isu Israel ni. Memeningkan. Kat Dewan Rakyat tadi pun banyak masa dihabiskan untuk membahaskan isu Israel je. Malah, media talibarut sakan menyiarkan portion2 perbahasan mengenai isu Israel (ikut kesukaan depa..biasa laa..)
Tapi kali ni, aku nak tau sangat apa jawapan depa mengenai hal ini. Satu lagi bukti jelas bahawa sememangnya negara ni ada hubungan dagangan dengan Israel secara direct. Tak kira la swasta ke apa ke, yg pentingnya segala urusan kena melalui kastam.
Kalau kemasukan rakyat Israel ke negara ni diharamkan (tu pun tak guna jugak. Pasukan kriket Israel dengan peninju Israel boleh je masuk negara ni) apatah lagi dengan perkara2 yg boleh membantu menjana ekonomi Israel secara direct mcm ni.
Ini tak sama dengan KFC. Tak sama dengan McDonalds yg sememangnya mempunyai syarikat depa sendiri di Malaysia yg diterajui oleh rakyat Malaysia. Ini adalah hubungan dagangan terus dengan Israel tau.
Mungkin menteri yg berkenaan boleh menjawab? Atau Ketua Pengarah Kastam boleh jawabkan? Atau cik Norsalawati Shamsuddin yg melepaskan urusniaga sebegini boleh tolong jawabkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment