Saturday, March 24, 2012

Promosi negara? Alasan yang cukup dangkal!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nampaknya posting aku mengenai "1Malaysia Chopper" mengundang perdebatan antara aku dan puiak2 UMNO. Begitu sakan depa tuduh aku sebagai pemfitnah - atas alasan aku tak tau berapa jumlah wang rakyat yg dibelanjakan ke atas pembelian motor tersebut, dalam ertikata lain tuduhan aku bahawa kerajaan membazir kononnya tak berasas - juga sebab aku tak tau jumlah wang yg keluar. Depa juga berhujah kononnya "ini adalah satu bentuk promosi untuk Malaysia" atas sebab American Chopper akan menyiarkan proses pembuatan motosikal ini dan ini kononnya akan mempromosikan negara.

Secara jujur, aku boleh katakan yg depa ni bengap. Dangkal dalam berhujah. Dalam maksud lain, they are simply insulting their own brain.

Baik, depa kata "mcm mana nak dikatakan membazir sedangkan jumlah duit yg dibelanjakan pun tak tau". Dalam ertikata lain, bagi depa "pembaziran" itu hanyalah jika pembelian atau perbelanjaan itu melibatkan sejumlah wang yg besar. Kalau sikit duit yg terlibat, ianya tidak membazir. Apa punya dangkal la pemahaman depa ni berkenaan takrif "membazir".

Meh sini aku nak bagitau - tidak kira la sikit atau banyak duit rakyat yg dibelanjakan untuk chopper tu, PEMBELIAN CHOPPER ITU SENDIRI MERUPAKAN SATU PEMBAZIRAN. Aku bagi contoh - katakanlah aku mempunyai 3 buah handphone - satu iPad, satu Samsung Galaxy Tab dan satu Blackberry Bold - tetiba aku beli sebuah lagi handphone berharga RM100 untuk kegunaan sendiri. Bagi puak2 UMNO, ini tidak membazir sebab hanya melibatkan jumlah RM100 - kecil je jumlah tu - tetapi PEMBELIAN HANDPHONE ITU SENDIRI MERUPAKAN SATU PENBAZIRAN memandangkan aku masih mempunyai 3 handphone yg masih cantik dan elok - mahal2 pulak tu! Jadi di sini, bukan jumlah duit itu yg menjadi item pembaziran tersebut tetapi handphone itu sendiri yg merupakan manifestasi pembaziran.

Begitu juga dengan pembelian chopper ini. Kita lihatlah dari mana2 sudut pandang pun - ini adalah merupakan pembaziran yg memualkan. Dalil apakah yg memberikan status "keperluan" kepada kita untuk menempah chopper ini seterusnya membelinya? Baik, point "promosi negara" itulah saja yg boleh dianggap credible, tetapi itu juga sebenarnya tidak cukup.

Cuba kita bayangkan, negara kita tak pernah lekang dengan promosi. Dari Tahun Melawat Malaysia yg kali terakhir diadakan pada tahun 2007, penganjuran F1 dan MotoGP, Monsoon Cup, Le Tour de Langkawi and to some extent, penggunaan BBC utk menyiarkan program khas mengenai Malaysia (RM80 juta tu beb...), penyewaan satu page penuh akhbar New York Times untuk mempromosikan First Lady of Malaysia dan banyak lagi. Jadi perlu ke lagi untuk satu lagi promosi? Dana kita banyak2 nak abis kat promosi je ke?

Aku bagi satu lagi contoh - Najib ada sebuah restoran makanan. Dia promosi kedai dia setiap hari - tiap2 hari beli ruang iklan dalam akhbar, beli slot kat radio, sewa billboard DBKL, cetak flyers dan sebagainya (u get the idea). Tetapi dalam masa yg sama, kedai dia jual nasi yg mentah, lauk basi, servis lembab macam siput, kedai tak terjaga kebersihan, harga mahal, boss dan pekerja sama2 menyombong menongkat langit - apakah berguna segala macam promosi tu? Berbaloikan segala wang yg telah dibelanjakan untuk promosi tersebut? Ya, jawapannya TIDAK BERGUNA dan TIDAK BERBALOI. Sebab apa? bila dia promosi, org akan datang kedai dia tapi lepas org dapat bad experience kat sana mengakibatkan kedai Najib tu terpalit imej yg amat buruk, we can guarantee dia promote la mcm mana pun - even kalau dia hire Phillip Morris sekalipun utk mempromosikan kedai dia - pelanggan takkan nak datang dah.

Begitu juga Malaysia. Kita dah terlalu banyak promosi berkenaan negara ni - sampai belanja RM1.8 juta untuk Facebook Cuti-Cuti 1Malaysia - TAPI SELAGI NEGARA INI TERUS MERUDUM DALAM INDEKS RASUAH DAN KEBEBASAN AKHBAR, KADAR INFLASI TINGGI, HUTANG NEGARA YG MENAKUTKAN, PEMIMPIN TERLIBAT DALAM PELBAGAI SKANDAL TERMASUKLAH SKANDAL SCORPENE, ALTANTUYA, DAKWAAN BOROS BERBELANJA DI SYDNEY dan pelbagai lagi, promote la mcm mana pun - org takkan datang utk invest di negara ni. Pelancong lak? negara kita sediakan banyak tempat perlancongan - tu tak nafi - tapi kita pi sediakan tempat2 perlancongan yg sememangnya dah wujud kat negara depa mcm kelab, pub, disko dibawah nama HUB HIBURAN MALAM. So buat hapa depa nak datang Malaysia untuk pi ke tempat2 yg negara depa sendiri dah ada?

Sepatutnya contohi la mcm Mahathir. Lupakan kejap kejahilannya pasal Islam - dari segi strategi mempromosi dan membangunkan negara, he is proven. Dia gagaskan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 - first of its kind - and he build everything based on that selama 10 tahun dikulminasikan dengan penganjuran SUKOM tahun 1998. Sejak 1990, dia tak menumpukan dana utk lebih banyak program promosi sebaliknya dia menambahbaik imej negara menerusi pembangunan dan pembinaan banyak mercutanda seperti KLCC dan seumpamanya. Nampak?

Ini imej negara lebih teruk dari Myanmar, ada hati nak promosi sana sini menghabiskan duit. Sudahnya duit rakyat terbang melayang, negara terus dicengkam hutang. Tumpukan dana banyak2 tu utk pulihkan balik imej negara secara bersungguh2, bukan secara retorik!

Menyebut tentang promosi, aku ingin kembali menyentuh point puak2 UMNO ni kononnya "Malaysia akan terpromosi menerusi American Chopper". Meh sini aku bagitau - aku adalah peminat setia rancangan tu sejak dulu dan aku faham sangat perjalanan cerita dalam garaj OCC tu. Buatlah motosikal apa pun, yg menjadi tumpuan rancangan itu HANYALAH PERGADUHAN DAN PERSELISIHAN FAHAM ANTARA PAUL TEUTUL sr, PAUL TEUTUL jr dan MIKE TEUTUL. ITU SAHAJA. Ntah berapa kerat sangat la akan diceritakan pasal Malaysia. Apakah akan diceritakan dalam rancangan tu Malaysia ada pantai yg cantik? Ada KLCC? Ada segala macam gunung dan tumpuan perlancongan? JANGAN HARAP.

If that is so, PROMOSI APAKEJADAHNYA INI?

No wonder la ekonomi negara kita kelam kabut. No wonder la hutang negara dah hampir mencecah paras kritikal (tu pun siap kata tak merbahaya lagi. Bodoh punya timbalan menteri). No wonder la rakyat makin sengsara. Inilah puncanya.

No comments:

Post a Comment