Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, March 28, 2012
Sistem keadilan negara kita ni memang sewel!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tersedak aku bila ternampak sisipan tajuk utama Utusan Malaysia hari ni - tiga org penari tiang separuh bogel berbangsa melayu beragama Islam yg ditahan dalam serbuan sabtu lalu DIDENDA MAKSIMUM RM25 atas kesalahan depa tersebut.
Untuk kesekian kalinya aku ingin bertanya - gila ke apa sistem kehakiman negara kita ni?
Ketiga2 penari tiang tu didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Persoalan timbul - dalam masa yg sama wujud Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1993 Seksyen 67 - Melakukan Perbuatan Tidak Sopan: Denda RM 500 / penjara 6 bulan @ kedua-duanya sekali. Kenapa tak dakwa depa guna enakmen syariah? Kenapa enakmen ini dibakulsampahkan?
Ini hanyalah sedikit daripada pelbagai kes kecelaruan penghakiman dan keadilan kat negara kita ni, baik dari segi pendakwaan mengikut pertuduhan yg tidak sepatutnya membawaklah kepada penjatuhan hukuman yg tak masuk akal.
Siapa boleh lupa 2 kes yg paling menarik perhatian rakyat negara ini dan dunia - perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kes bunuh Altantuya Shaaribuu? Dalam kes Anwar, kita menyaksikan Anwar dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yg membawa pertuduhan "melakukan seks luar tabii dengan sukarela". Yang peliknya, bila namanya "sukarela", kenapa hanya Anwar yg didakwa sedangkan "pasangan"nya yg sudah tentulah "sukarela" juga tidak didakwa sama? Kita juga tidak boleh lupa segala fabrication bukti dan kecelaruan pertuduhan dan percanggahan serta ketidaklogikan hujah pendakwaan tetapi diteruskan juga walaupun jelas terdapat mala fidenya di situ. Malah, siapa boleh lupa ketika perbicaraan sedang berjalan separuh jalan, hakim yg mengadili kes tersebut boleh mengeluarkan kenyataan "yakin kejadian itu (liwat) benar2 berlaku"? Pembelaan tak berhujah lagi tapi hakim boleh mengeluarkan satu kenyataan yg boleh mempengaruhi keputusan judi! Kehakiman apakah ini?
Siapa juga boleh lupa kedangkalan yg diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang menyatakan bahawa "motif Sirul dan Azilah membunuh Altantuya TIDAK PENTING dan TIDAK RELEVAN". Tuan hakim yg "bijak" itu antara lain berkata dalam hujah penghakimannya, "Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan".
Belum pernah dalam sejarah, motif pembunuhan tidak dianggap relevan dalam mana2 perbicaraan mahkamah. Ndak2 pulak kes yg high profile seperti ini.
Kita juga dikejutkan dengan perbandingan yg begitu hampir berkenaan "double standard" dalam penjatuhan hukuman oleh mahkamah. Khir Toyo yang terlibat dalam kes pecah amanah dan rasuah bernilai berjuta2 ringgit hanya dikenakan penjara SETAHUN dan masih boleh merayu lagi tu, sedangkan seorg bapa di Terengganu, Mohd Hishanudin Abdullah yg menyamun RM20 kerana terdesak hendak membeli susu anaknya dipenjara 36 bulan! Kes ini begitu menarik perhatian sebab sehari selepas Khir Toyo dijatuhkan hukuman, kes Mohd Hishanudin Abdullah muncul dalam The Star. Di situ rakyat dapat menilai betapa pincangnya sistem keadilan negara ni sebenarnya.
Terkini, kita dikejutkan dengan hukuman penjara setahun yg dikenakan terhadap Imam Hoslan Hassan yg didapati bersalah membaling kasut kepada panel hakim yg mendengar kes rayuannya terhadap pengusiran beliau dari kuarters imam serta perihal penyelewengan dana masjid ar-Rahimah Kampung Pandan.
Hakim kes tersebut, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun. Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu. "Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.
Cuba kita bayangkan - menghina mahkamah sememangnya satu perbuatan yg tidak diterima oleh masyarakat, jauh sekali membaling kasut ke arah hakim, tetapi apalah sangat menghina manusia yg banyak cacat celanya ini berbanding menghina Allah seperti yg dilakukan oleh tiga org pole dancer tersebut? Cara Tan Sri Zulkefli memperjelaskan betapa "menghina mahkamah adalah perbuatan serius" tu boleh diterima, tetapi bagaimana pula pandangan Majistret Mohamad Izwan Mohd Noh yg menjatuhkan denda RM25 kepada ketiga2 pole dancers tersebut? Tidakkah beliau merasakan bahawa menghina Allah swt lebih teruk dan keji dan selayaknya mendapat hukuman yg jauh lebih berat?
Secara kesimpulannya, sistem kehakiman dan keadilan negara kita memang pincang teruk, dan dapat dirumuskan puncanya kepada 3 perkara -
1) kedangkalan dalam meletakkan pertuduhan sehinggakan kes jenayah yg berat dikenakan hukuman ringan dan sebaliknya.
2) kes yg sepatutnya melibatkan hal syarak tidak dibawa ke Mahkamah Syariah sebaliknya dibiarkan mereput di mahkamah sivil yg pastinya akan menyaksikan pembuktian dan penghukuman yg lari jauh dari ciri2 keadilan dalam Islam.
3) banyaknya campurtangan pihak2 tertentu dalam menentukan perjalanan dan keputusan penghakiman dan perbicaraan.
Jadi perkara yg perlu diambil perhatian oleh Pakatan Rakyat dalam hal ini ialah untuk "recalibrate" secara menyeluruh sistem kehakiman dan keadilan negara kita ini terutamanya dalam memberikan guideline yg lebih tepat ttg kewajaran sesuatu seksyen itu dikenakan ke atas kes2 tertentu. Memperkukuhkan kuasa mahkamah syariah juga adalah perlu supaya mahkamah syariah bukan saja menjadi mahkamah "default" untuk pesalah2 muslim tetapi juga memastikan sebarang keputusan mahkamah syariah tidak mampu dicabar oleh mana2 mahkamah lain di negara ini. Ini penting bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan tuntas.
Tetapi sehingga itu, brace ourselves for more amusing judiciaries. Bak kata Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi iaitu Pengarah JUHAM, "Mahkamah Malaysia seperti main pondok2 - semuanya tak masuk akal".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment