Sunday, March 25, 2012

dah dekat nak muflis pun tak bahaya lagi ke?!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kenapa menteri2 UMNO ni baik yg diberi mandat oleh rakyat mahupun yg dok menyelinap ikut "pintu belakang" semuanya suka keluarkan statement2 yg tak masuk akal?

Terkini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussain menyatakan bahawa meskipun hutang negara kini mencecah paras 53% daripada KDNK negara, ianya masih tidak merbahaya WALAUPUN TAHAP YG DIKATAKAN KRITIKAL ADALAH 55%. Katanya, "Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini CUMA BERADA PADA PARAS 53 PERATUS. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu".

Gila apa malaun ni. Dah la dulu dia yg sakan nak "halalkan" judi bola!

Aku bagi analogi mudah - katakan kita berumah di tepi tebing bersebelahan laut. Air laut itu mengikis tebing tu hingga jarak laut dengan rumah kita hanya tinggal 2 meter sahaja. Apakah itu tak bahaya? Apakah itu masih tak kritikal?

Kalau kita nak berhutang dengan bank pun - contohnya nak beli kereta - bank akan pastikan kadar hutang kita tidak melebihi 30% daripada jumlah pendapatan kita. Inikan pula melebihi separuh - awal2 lagi confirm kena rejek. Ini menunjukkan bahawa bank beranggapan jika hutang kita dah cecah 30% pendapatan kasar kita, kita dah dikategorikan sebagai "kritikal" dan "high risk" dan biasanya bank takkan bagi kita pinjam lagi dah. 30% beb! Ini dah lebih 50%!

Dengan prestasi ekonomi kita yg lembab, pemborosan tak ingat dunia oleh sang menteri perdana suami isteri, rasuah dan ketirisan yg menjadi barah yg tak mampu dirawat even menggunakan laser, projek2 yg banyak menjadi gajah putih dan pelbagai lagi kebejatan, tak mustahil paras kritikal yg dicanangkan tu akan dicapai dalam masa terdekat. Andaikata tercecah paras 55% tu, apa lagi alasan Awang Adek? "paras kritikal dah dianjakkan kepada 60%. Masih tak membimbangkan". Macam tu?

Negara kita pernah diramalkan akan bankrap sebelum tahun 2020 oleh Datuk Idris Jala secara spontan, walaupun secara tiba2 dia buat u-turn dengan tergesa2 (dapat warning kot) tetapi inilah hakikatnya. Sepatutnya kita kena sedar dan cakna serta berasa takut dengan hakikat ini.

Aku penah share dulu - apa guna mempertahankan ketuanan melayu bagai nak rak sekiranya melayu2 ini sudah tiada negara untuk diduduki lagi?

Sebagai akhiran, aku kongsikan artikel Harakahdaily berkenaan respon Presiden Teras, Cikgu Azmi mengenai perihal hutang negara ni -

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.

“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.

“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.

Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).

Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.

Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.

“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.

Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.

Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.

Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.

Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.

Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.

Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.

“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.

“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment