Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, March 22, 2012
Sanggahan oleh Dato Tarmizi Mohd Jam
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semalam aku dah sanggah fitnah terbaru oleh puak2 UMNO terhadap PAS yg kali ini tertempias kepada Cikgu Ishak Surin, sehingga depa TAK MAMPU MENJAWAB SANGGAHAN TERSEBUT. Seperti biasa, depa berpusing ke isu kalimah Allah (juga benda khilafiah) dan tiba2 lak depa kata "kami tak kata salah baca doa dalam tokong, tapi kami sentuh ttg PAS suka putar belit agama". Pulak dah. Nampak sangat dah kantoi isu.
Dalam posting aku berkenaan hal ni, Dato Tarmizi Mohd Jam yg merupakan blogger SanggahTokSago yg juga merupakan koresponden dan editor Harakah serta Naib YDP PAS Kawasan Batu turut memberikan respon yg aku kira agak keras juga terhadap puak2 UMNO ni. Berikut adalah komen beliau yg masih pekat telor Peraknya -
Puak2 UMNO bukan sahaja tak baca doa kat tokong, dgn alasan tak boleh sebab itu tokong dll - dalam surau pun haram depa idak baca doa sebab tak berapa reti, atau tak berope nak percaya dgn doa2 ni sebab tu pemikiran Islam mereka gelong sama naik macam Chua Soi Lek.
Sekalung tahniah kepada Cikgu Ishak sebab baca doa dalam bahasa Melayu, sami Budha pun minta "imam bacalah" - sami tu aminkan, orang Cina yg bukan Islam pun turut aminkan, orang Islam yg ikut Jelajah Warisan tu pun aminkan. Tang mana salahnya? Cuba minta juak2 Umno tu perjelaskan?
Sebanyak dua biji bas sekitar 100 orang dgn beberapa buah kereta sertai Jelajah Warisan melihat kawasan2 warisan yang cuba nak digodam pemimpin UMNO atas nama pembangunan - mula dari Kg Kerinchi, Jalan Sultan, Kg Baru, Kg Bandar Dalam dan berakhir di Tokong Mee Thor Gan Ampang.
(Perlu diperjelaskan bahawa bacaan doa ni berlaku di Jalan Sultan dan bukan di Tokong tersebut, seperti yg aku fahami drpd penjelasan Cikgu Ishak 2 bulan yg lepas. Jika aku tersalah, minta sahabat2 yg turut serta dalam ekspedisi itu memperbetulkan. Even kalau berdoa kat kawasan tokong pun tidak menjadi kesalahan pada syarak terutamanya doa2 yg bersifat universal dan utk kemaslahatan masyarakat. Rujuk jawapan Ustaz Idris Ahmad yg aku sertakan dalam entri sebelum ini.)
"Bangsa yang besar dan bermaruah adalah bangsa yang tahu menghargai warisan bangsanya" - adakah UMNO tahu ini? Adakah UMNO faham ini? atau UMNO lebih faham RM dan Kekayaan?
Tahniah juga kepada semua suratkhabar berbahasa Cina yang memberi liputan meluas kepada Jelajah Warisan ini sehingga menakut dan membimbangkan BN. Hinggakan ada reaksi spontan ekoran program ini dari pihak pemerintah.
Saya terima SMS ini dari seorang berbangsa Cina Jalan Sultan - "Untuk pengetahuan Cikgu (Ishak) dan kawan2 di Kg Banda Dalam, semalam (19 Mac) petang Najib suddenly inform saudara dari Jalan Sultan untuk bertemu hari ini. Nak buat public consultation, takkan acquire tanah, tapi enggan umum kepada public spt dijangkakan. Dato Ahmad Sarji dari badan warisan called semalam juga nak jumpa Jumaat ini. Nampaknya 18/3 dan bawa effect yg cepat. terima kasih semua". itulah respon Jelajah Warisan.
Inilah respon secara spontan oleh Dato Tarmizi berkenaan isu ni. Sebab tu aku katakan, kalau puak2 UMNO mahu pekung depa makin didedahkan dan kebobrokan depa menjarah kawasan2 warisan di KL ni terdedah, teruskanlah fitnah ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment