Tuesday, March 13, 2012

Apabila datang berita dari si fasiq, maka selidikilah..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seringkali aku diminta untuk menjawab segala tohmahan oleh puak2 UMNO berkenaan PAS. Dengan menjadikan tohmahan terhadap kelantan sebagai bahan utama, puak2 UMNO ini terus menipu rakyat dan menaburkan fitnah kononnya PAS tidak membawa pembangunan dan memiskinkan kelantan. Dibandingnya depa dengan pembangunan fiskal melangit yg telah dibawa oleh kerajaan UMNO BN.

Dalam kes Imam Hoslan baling selipar misalnya, PAS digambarkan sebagai pihak yg menanamkan perasaan ekstremis kepada jiwa para pendukungnya sehingga tergamak melakukan tidakan yg kononnya tidak bertamadun dan ganas itu. Ahmad Said went futher bila dia melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Pelik apabila tidak ada pihak dari Jabatan Agama memana datang utk menangkap pucuk pimpinan PAS atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat, seandainya kalau benar PAS ini adalah Parti Ajaran sesat.

Apakah di Kelantan tiada pembangunan? Dan apakah yg dinatijahkan dari maksud "pembangunan" itu sebenarnya?

Pembangunan ada 2 jenis - ukhrawi dan duniawi. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar menyeimbangkan kedua2 jenis pembangunan ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w, "dunia adalah jambatan ke akhirat." Dalam ertikata lain, dalam pada kita menaburkan usaha untuk mengejar pembangunan fiskal seperti bangunan tinggi, FDI, pusat2 perniagaan dan sebagainya, pembangunan dalaman seperti nilai modal insan, nilai agama dan sebagainya. Dan dalam era globalisasi yg serba mencabar ini, pembangunan ukhrawi itulah yg lebih penting sebenarnya banding pembangunan fiskal.


Kelantan dituduh tidak membawa pembangunan tetapi ini disebabkan sekatan secara halus lagi terang yg dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap kelantan, hanya kerana depa berkerajaankan PAS. Apakah pembangunan yg disekat itu? Pemberian geran? Royalti minyak? Sekatan pelabur asing?

Bukan. Kerajaan pusat menyekat pembangunan Kelantan dengan satu cara mudah tapi amat efektif - meniadakan lebuhraya yg menghubungkan Kelantan dengan negeri2 lain.

Puak UMNO memekak, "itu je ke?" Ya, nampak saja kecil tetapi begitu besar natijahnya. Kita bukaklah memana kitab peradaban dunia, malahan kita bukak sejarah Kuala Lumpur ni sendiri pun. Apa punca sebenar sesuatu tempat itu menjadi pusat perdagangan terkemuka? Barangan yg didagang? Tempat strategik? Tidak. Jawapannya ialah kemudahan perjalanan dan laluan logistik untuk menghubungkan tempat dagangan itu dengan tempat2 lain. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dunia satu ketika dulu dek kerana Selat Melaka yg merupakan laluan paling ampuh para pedagang dari China ke India. Kuala Lumpur yg dibuka oleh Yap Ah Loy kerana bijih juga menyaksikan pembinaan penempatan dan laluan perjalanan yg memudahkan urusan logistik. Kemudahan logistik inilah yg pastinya akan membawa lebih banyak pelaburan dan peniaga untuk datang melabur dan berniaga di Kuala Lumpur.

Begitu juga perihalnya Kelantan. Tanpa kemudahan logistik sebegini, mana mungkin Kelantan mampu menikmati pembangunan dengan sempurna?

Kelantan dimomokkan miskin sehingga rakyatnya kena berhijrah mencari rezeki di luar Kelantan. Benarkah begitu? Tidakkan kita membaca sirah Nabi Muhammad s.a.w yg berdagang sehingga ke negeri Syam? KOta Mekah adalah kota yg begitu makmur pada masa itu - ditambah pula dengan kewujudan Kaabah yg menjadi tarikan utama Kota tersebut tetapi apakah bila Nabi s.a.w dan lain2 pedagang dari suku kaum Quraisy termasuklah Abu Talib, Siti Khadijah r.a, Talhah bin Ubaidillah dan lain2 dok pakat2 pegi ke kota2 lain untuk berdagang, bermakna Kota Mekah itu miskin dan tidak menyediakan banyak peluang rezeki? Tidak bukan?

Inilah sunnah yg diamalkan oleh rakyat Kelantan yg telah ditarbiyyahkan dengan ruh Islami oleh kepimpinan Ulama sejak 2 dekad lebih. Malah, kalau kita kaji rakyat Kelantan keluar bukan untuk bekerja sebagai despatch atau peon, tetapi untuk berniaga. Untuk membuka syarikat besar. Untuk menceburkan diri dalam bidang korporat. Kalau ada rakyat Kelantan yg berhijrah untuk bekerja, depa bekerja sama ada dengan org Kelantan yg berniaga itu atau menjadi pegawai2 tinggi dalam sektor kerajaan atau swasta. Jadi, apakah ini boleh dikatakan Kelantan itu mundur sangat sampai org kena mengemis?

Kaji dulu sirah tu.

Baru2 ni ada puak UMNO memekak kononnya di Kelantan dibina banyak kondo dan bukannya rumah murah mampu milik, kononnya ini menindas rakyat Kelantan yg takkan mampu membeli kondo2 tersebut seterusnya hidup merempat (sepertimana yg berlaku di KL sekarang ini). Soalan bodoh ingin aku tanyakan - apakah pemaju masih sanggup membangunkan sesuatu projek itu jika projek itu tidak diyakini akan mendapat sambutan? Depa sanggup rugi ke? Misalnya bina kondo tapi tak de siapa mampu beli? Dah tentulah semasa depa dok bina kondo tu, depa bina dengan pengetahuan bahawasanya rakyat Kelantan akan mampu beli! Tak de sapa nak bina benda yg tak de sapa nak beli aih.

Dan memandangkan rakyat Kelantan majoriti besarnya melayu Islam, maka ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan rakyat Kelantan berduit! Malah kalau kita rajin mengkaji, kita akan dapati bahawa memang benar dari segi volume urusniaga dan pembangunan, di KL lebih pesat tetapi nilai bersih tertinggi dari segi cash flow adalah di Kelantan. Tak ada sesiapa mampu menafikan hakikat itu.

Kerana apa semua ni mampu berlaku walaupun kononnya Kelantan digambarkan sebagai negeri miskin? Tidak lain tidak bukan adalah kerana rakyat Kelantan telah diterap dengan nilai2 Islami yg tinggi sejak 2 dekad yg lepas. Memang, tidak dapat dinafikan jenayah tetap berlaku di Kelantan, tetapi itu adalah lumrah. Dalam setandan pisang, pastinya ada yg busuk dan akan membusukkan yg lain. Iblis dan Syaitan akan sentiasa menggoda anak Adam utk melakukan kejahatan dan jika tempat itu disinari ruh Islami, lagi depa nak sesatkan. Zaman Nabi pun ada jenayah! Kalau zaman Nabi s.a.w yg serba hebat pun tetap berlaku jenayah (kalau tak, buat apa Allah turunkan ayat hukum) apatah lagi pada zaman sekarang ni.

Dari segi yg lain, jiwa Islami inilah yg mendidik pendukung2 PAS agar tidak bertoleransi dengan ketidakadilan. Tindakan Imam Hoslan membaling selipar itu adalah salah, tetapi ada kita kaji kenapa dia bertindak demikian? Ada kita cuba selami hatinya? Step into his shoes? Aku berani jamin, para pengutuk Imam Hoslan ini takkan mampu untuk berada di situasinya walaupun hanya sekadar 50% dari apa yg dialami oleh Imam dari Pandan ini.

Tohmahan terhadap PAS memang banyak, tapi bila tohmahan itu datangnya dari pihak yg fasiq dan menyokong kefasiqan, maka kalau ada insan yg masih lagi mengaku beriman kepada Allah, silalah kaji dahulu kesahihannya.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

No comments:

Post a Comment