Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, March 20, 2012
Mengapa begitu sukar utk memahami natijah hudud?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekali lagi aku terpanggil utk membuka isu hudud untuk tatapan kita bersama. Sememangnya aku takkan jemu utk berbicara ttg hukum hakam Islam sebab mmg tanggungjawab kita utk tabligh segalanya mengenai Allah, RasulNya, hukum hakamNya dan pelbagai lagi.
Cuma kali ni, aku tak berminat utk terus menerangkan secara detail mengenai "apa" tetapi lebih kepada "kenapa" dan "bagaimana" serta "apa natijahnya".
Kalau ditanya "kenapa perlu laksana hudud", pastinya jawapannya begitu straightforward - kerana inilah ketetapan Allah. Firman Allah (sebahagiannya) dalam surah al Baqarah ayat 229, "Itulah aturan-aturan hukum Allah (nota - ditulis dalam al Quran sebagai "hududullah") maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Jelas di sini bahawa segala peraturan dan perundangan yg Allah turunkan sejak tahun ke-2 hijrah itu adalah merupakan ketetapan dan aturanNya, maka sebagai org yg mengaku beriman kpd Allah kita wajib melaksanakan segala perintahNya.
Soalnya, apakah hudud itu hendak dilaksanakan untuk menghukum semata2?
Hudud diletakkan di bawah Jinayat. Di bawah cabang Jinayat, ada lagi dua cabang selain Hudud iaitu Qisas dan juga Ta'zir. Hukum Hudud, macam yang kita tahu, adalah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Itu ketentuan Allah. Tiada siapa yang boleh ubah bentuk hukuman yang ditetapkan. Hukum Ta'zir adalah hukuman yang ditetapkan mengikut budi bicara pemimpin serta hukuman untuk kesalahan yang tidak dapat dihukum mengikut hukum hudud. Akta Buruh, Akta Cetak Rompak dan Akta Hutan Simpan adalah contoh undang-undang di bawah hukum Ta'zir. Ada sesetengah ulama meletakkan Qisas (hukum balas) di bawah hukum Hudud, ada sesetengah yang mengasingkannya. Contoh yang boleh aku beri untuk Qisas : Katakan aku dah bunuh seseorg, let say Najib. Kalau dah sabit kesalahan (cukup bukti dan saksi) dan aku didapati bersalah, family Najib boleh decide either nak Qisas atau maafkan aku dan aku hanya perlu bayar diyat. Kalau family Najib decide nak Qisas, aku akan dijatuhkan hukuman bunuh, sama macam yang aku dah buat pada Najib.
Setakat masa sekarang ni, Malaysia banyak melaksanakan hukum Ta'zir. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pun lebih menggalakkan kita supaya menggunakan hukum Ta'zir di mana antara lain Baginda Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya Imam yang membuat kesalahan dalam memaafkan lebih aku sukai dari Imam (atau pemimpin) yang membuat kesalahan dalam menjatuhkan hukuman".
Dari rencana tulisan Dr Yusuf Al Qaradawi, aku dapati Dr Yusuf ni mengatakan bahawa even Rasulullah sendiri menggalakkan kita avoid hudud ni. Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 16, "Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya." Perkataan "menyakiti keduanya" itu kita boleh rujuk kepada satu lagi firman Allah dalam surah an-Nur ayat 2, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."
Namun, walaupun Rasulullah sendiri menggalakkan kita elakkan dari mengenakan hukuman hudud, itu tidak bermakna kita tak perlu laksana hudud! Hudud itu wajib dilaksana bernatijahkan bahawa hukuman yg keras yg dikenakan itu boleh menakutkan org yg teringin nak melakukan jenayah agar terbantut niatnya. Jelas di sini bahawa hudud itu bukanlah semata2 untuk menghukum, tetapi lebih sebagai pengajaran. Rasulullah menggalakkan kita elak dari hukum mengikut hudud tetapi pada masa itu, hudud tetap merupakan hukuman utama dalam negara Islam Madinah. "Cuba elakkan dari menghukum ikut hudud" bukan bermakna "jangan laksana hudud langsung"!
Jelas, perlaksanaan takzir mengikut acuan manusiawi di Malaysia ini tidak cukup utk mengurangkan kadar jenayah. Indeks jenayah semakin tinggi. Kes2 penculikan kanak2 misalnya semakin menjadi2 sekarang. Apakah kita patut terus menaruh keyakinan kepada penyelesaian yg dioffer manusia sedangkan ianya terbukti tidak mampu mengatasi suasana?
Hudud bukan semata2 hukuman. Ianya complete dari perihal penuduhan, penyediaan bukti, saksi dan sebagainya. Begitu sukar sebenarnya ingin menghukum menggunakan hudud ini sebenarnya tetapi ianya setimpal dengan hukuman yg bakal dikenakan. Tapi puak2 penentang hudud ni hanya nampak tang potong kaki tangan je. Depa tak nampak natijah dan kesan positif akibat perlaksanaan hudud. Aku penah share dulu betapa kesultanan Melayu Melaka begitu gemilang dek kerana depa laksanakan hudud dan undang2 Islam.
Jadi tidak kiralah jika dalam negara itu terdiri dari org2 warak dan sufi semuanya, hukum Allah itu tetap diwajibkan utk dilaksana. Tidak dapat tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment