Tuesday, March 20, 2012

Kalau banyak sokongan, kenapa terus menikus?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ini adalah paparan berita hari ni -

"Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam tadi.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.

"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?," katanya.

Semasa berita ini ditulis pada jam 11.35 malam tadi, pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu.

- Bernama
"

Hebat Datuk Seri Haji Najib. Pengikut di Facebook mencecah sejuta org. Kalau nak banding dengan friendlist aku, baru 1,500. Jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi. Hebat.

Cuma kalau benar sokongan terhadap dia dah banyak, apsal sampai sekarang terus berahsia berkenaan tarikh pilihanraya?

Kita carilah kat mana2 negara di dunia ni, masing2 mengamalkan sistem menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal dan pilihanraya itu pula sentiasa mengikut term. Sebagai contoh, pemilihan presiden USA misalnya akan berlangsung setiap 4 tahun sekali dan tarikh pemilihan utk penggal akan datang telah ditentukan awal2.

Sebab apa perlunya penetapan tarikh pilihanraya yg konkrit? Untuk memberikan ruang yg sama rata dan sama adil utk kesemua pihan yg bertanding melakukan persiapan, bahan kempen, strategi dan pelbagai lagi tugasan yg berkaitan dengan pilihanraya. Jangan lupa, wang yg banyak akan terlibat dalam proses ini jadi penetapan tarikh pilihanraya yg konkrit sedari awal mampu membantu kesemua pihak menjimatkan kos pengurusan dan perbelanjaan. Even kat Thailand pun depa buat mcm tu!

Tetapi di Malaysia ini tak begitu. Tarikh pilihanraya menjadi hak mutlak perdana menteri. Pilihanraya hanya akan diadakan setelah perdana menteri "mendapat ilham". "Ilham" perdana menteri itu pula adalah berdasarkan kepada laporan perisikan para spy PM berkenaan mood rakyat. Contohnya, kalau tempoh mandat telah berlangsung selama 3 tahun dan masih ada 2 tahun lagi tempoh mandat yg berbaki, tetapi jika mood rakyat masa tu memihak kepada kerajaan pemerintah dan PM, maka kemungkinan besar PM akan memanggil PRU pada ketika itu secara mengejut.

Ini adalah satu contoh ketidakadilan, kebejatan dan kecurangan.

Amalan menentukan tarikh pilihanraya menurut "firasat" PM ini adalah satu amalan yg terkebelakang. Ianya akan menyebabkan semua pihak yg bertanding - selain kerajaan pemerintah - akan berada dalam keadaan yg tidak ketentuan. Ini membuatkan depa terpecah antara hendak bersedia menghadap PRU atau menumpukan perhatian kepada tugas2 awam terutamanya bagi kawasan2 yg mereka menangi dan wakili. Sebagai contoh, ketidak ketentuan inilah yg menyebabkan Tuan Guru Presiden PAS terpaksa menjarah satu negara dalam rangka progam Lajnah Penerangan PAS Pusat bagi menghadapi PRU yg bakal tiba bila2 masa sedangkan pastinya masa ini boleh digunakan oleh Tuan Guru utk menumpukan perhatian kpd kawasan yg diwakilinya serta kelas2 kuliah di Masjid Rusila.

Usah kita fikirkan berapa banyak kos yg harus ditanggung oleh depa. Tapi kalau kerajaan pemerintah, senang cerita je - depa guna segala jentera awam utk berkempen secara percuma sepanjang masa! Di situ sekali lagi terdapat kebejatan dan kecurangan. Sememangnya di bawah UMNO BN, kecurangan ini diamalkan dan dibenarkan. Bila kita buat BERSIH, tahu lak marah!

Jadi Tuan Haji Najib, silalah berhenti dari jadi bacul dan umumkan tarikh pilihanraya itu lebih awal. Biar walau tarikhnya tahun depan sekalipun, asalkan anda umum lebih awal. Seandainya "sokongan" terhadap laman facebook anda dijadikan sebagai ukuran (dan anda begitu berbangga dengannya), maka tak seharusnya anda takut kalah PRU, kan?

Dan sekiranya sokongan terhadap anda begitu kuat, maka anda tak perlu takut utk menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berbahas (kita semua maklum anda anti perkataan debat). Sahutlah cabaran itu dan jika benar anda mempunyai hujah dan isi yg jauh lebih mantap serta meyakini bahawa gagasan Ketua Pembangkang itu semata2 "ilusi si gila" yg sering anda canangkan, maka anda tidak perlu takut. Kepetahan berbicara bukan kriteria. Yg penting fakta dan isi. Rakyat semakin bijak menilai.

Tapi kalau soalan dalam Sidang Parlimen pun anda tak mahu jawab dan mengelak, tak boleh kata apa la...

Jika sokongan terhadap anda begitu kuat, maka berikan ruang media kepada pihak pembangkang kerajaan pusat iaitu PR bagi membolehkan depa menyatakan pendapat dan pendirian depa secara telus. Anda tak perlu berlindung di sebalik media perdana dan media cetak lagi. Anda tidak perlu takut jika anda berada di pihak yg benar dan betul.

Kesimpulannya, kalau benar najib banyak sokongan, dia tak patut terus menikus.

No comments:

Post a Comment