Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, April 1, 2012
Yang mati masa pacak bendera tu penyokong UMNO rupanya...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
koleksi2 printscreen di atas menunjukkan betapa puak2 UMNO memainkan isu kematian dua org aktivis parti, Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, akibat terkena renjatan letrik ketika memasang bendera parti di Kampung Tengah, Bukit Panau malam Jumaat yang lepas, dengan menuduh depa sebagai aktivis PAS yg mati ketika cuba memasang bendera PAS dan DAP.
Masing2 dah memasang peluru dengan mengatakan "ini balasan Tuhan" atau "perjuangan yg tak diberkati" seumpamanya. Cuma yang peliknya, jika yg mati ni aktivis PAS, kenapa berita2 perdana yg sememangnya sakan mencari peluru untuk menembak PAS tidak mengambil kesempatan atas cerita ini?
Hasil dari pendedahan blog Anak Sungai Derhaka, sebenarnya yg mati itu adalah aktivis2 UMNO dan depa mati ketika cuba menaikkan bendera UMNO dan BN di kawasan tersebut. Ini dibuktikan apabila tohmahan atau fitnah puak2 UMNO yang memburukkan Ahli atau Penyokong PAS tersebut dinafikan oleh Bloger Pro UMNO sendiri yang melawat keluarga Allahyarham.
Malah, timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek juga mengongsikan kisah ini di dalam FBnya. Kalau yg mati tu penyokong PAS, kenapa dia perlu bersusah payah untuk hadir?
Menurut laporan Kosmo, salah seorang dari mangsa terbunuh selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau tersebut ialah Rosli Hussin, 47, merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Jasa ni adalah jabatan yg berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Logik ke ahli PAS dilantik sebagai Pegawai di Jabatan itu?
Tentang gambar yang disebarkan oleh Blogger Pro UMNO itu yang mengatakan kononnya itu adalah mangsa renjatan elektrik, juga bukanlah mangsa kejadian.
Ini kerana menurut laporan, kedua2 mangsa ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.
Perhatikan gambar ini -
Ini lebam kat telinga dan kaki ke? Ini dah kategori tangan hancur ni beb. Nak nipu pun agak2 la.
Begitulah jadinya bila puak2 UMNO ni dah ketandusan isu untuk menyerang PAS, maka apa jua perkara yg pada mulanya 50-50 akan dijadikan peluru untuk menembak PAS - walaupun akhirnya terbukti ianya memakan diri depa sendiri.
Apapun, al-Fatihah kepada kedua2 mangsa dan takziah kepada keluarga depa.
(source - Anak Sungai Derhaka)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment