Thursday, March 1, 2012

pimpinan PAS bukan Islam - suatu pandangan bukan gagasan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

besar sekali tulisan tajuk utama Sinar Harian baru2 ni yg memetik kenyataan mahathir yg menyindir MP kuala selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengenai pandangan beliau berkenaan "PAS mungkin bersedia mengadaptasi perubahan dalam struktur, termasuk menerima pemimpin bukan Islam" dengan mencadangkan "lim kit siang presiden PAS".

mahathir, anda dah kantoi hina hudud so better duduk diam2.

perkara ini juga mengundang ulasan daripada dua tokoh utama PAS iaitu tuan guru nik aziz dan juga KP, ustaz nasrudin hassan. nik aziz seperti yg pernah diutarakannya dahulu berkata "tidak ada masalah kalau bukan melayu memimpin PAS asalkan dia seorg mukmin yg bertaqwa" manakala ustaz din tantawi pula melahirkan ketidak setujuan beliau secara asasnya mengenai kemungkinan itu menerusi hujah dan nas yg tepat lagi padat.

ini hebatnya PAS. kalau berbicara, pasti melibatkan hujah dan nas. tadak citer liwat, china doll, kata2 shakespeare dan sebagainya.

perlu aku tekankan kat sini ialah pandangan dr dzul tu lebih bersifat "pandangan peribadi" berdasarkan pemerhatian beliau berkenaan politik semasa terutamanya politik di timur tengah, dengan menjadikan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai model. gerakan inilah yg menjadi model organisasi PAS sejak sekian lama walaupun sistem Kepimpinan Ulama yg diadaptasi PAS sejak tahun 1982 dikatakan bermula rentetan dari gerakan Masyumi di indonesia dan dijana lagi dengan revolusi Islam Iran. tapi secara asasnya, Ikhwanul Musliminlah yg menjadi benchmark kepada PAS.

dalam berbicara mengenai Ikhwan, pastinya PAS terutamanya golongan modern Islamist seperti dr Dzul tertarik dengan model parti yg diasaskan Ikhwan iaitu Al-Hurriyah wal-'Adalah. seperti yg kita tahu, Al-Hurriyah wal-'Adalah (depa guna lambang dacing sebagai simbol keadilan, tapi fikrah depa jauh berbeza dengan "dacing" di malaysia. hehehe) baru2 ini menang besar dalam pilihanraya mesir. inilah yg cuba untuk dipelajari oleh PAS - apakah strategi, teknik, taktik dan gerakerja yg dilakukan.

menyebut ttg Al-Hurriyah wal-'Adalah, tidak boleh dinafikan fakta bahawa meskipun depa ni merupakan parti berasaskan Islam yg bernaung secara terus bawah satu gerakan Islam tersohor di dunia, depa mempunyai sorg timbalan presiden BERAGAMA KRISTIAN iaitu Dr Rafiq al-Habib. mungkin inilah yg dimaksudkan dengan dr Dzul mengenai kehadiran seorg pemimpin bukan Islam dalam hirarki utama parti. tapi satu lagi fakta yg tidak boleh kita kesampingkan adalah HANYA 11% rakyat mesir yg beragama kristian dan selebihnya muslim.

bayangkan keadaan di malaysia - muslim hanya merangkumi 60% sahaja populasi negara dan selebihnya non muslim - tak kira apa bangsa pun. kalau kita mengambil dari segi logik sosiopolitik, sepatutnya kita lebih terkedepan dalam hal menerima org bukan Islam sebagai antara hirarki tertinggi parti. inilah yg dikongsikan oleh dr dzul.

PAS sememangnya telah berevolusi dengan begitu menarik sekali tanpa mengabaikan asas utama PAS iaitu pemerintahan ulama. PAS membuka pintu kepada golongan professional yg tidak beraliran agama untuk memegang tampuk2 utama parti dan berjaya menubuhkan satu dewan khas untuk golongan non muslim yg menjadi ahli PAS. maka pandangan dr dzul ialah mungkin satu slot Naib Presiden boleh diperuntukkan untuk golongan ini - dan berdasarkan fakta populasi negara kita yg telah aku buat perbandingan dengan mesir tadi, mungkin ini satu cadangan yg logikal.

cuma, sekali lagi ianya terpulang kepada keputusan dan pandangan pucuk pimpinan. ustaz din memberikan nas2 yg tepat dalam perkongsian beliau (ada aku post kat dalam blog ni) tentang mengapa beliau tidak begitu bersetuju dengan pandangan "pemimpin bukan Islam" ni. dalam entri kali ni, aku tidak berminat nak kata sapa betul dan salah. ini cuma pandangan masing2 berdasarkan ilmu masing2 dan aku meraikan semuanya. cuma aku cuba membicarakan hal "pemimpin bukan Islam" ni dari satu skop yg meraikan pandangan dr dzul supaya para pembaca tulisan aku ni mendapat idea yg jelas apakah yg cuba dikongsikan oleh dr dzul. apa pun yg diputuskan oleh pucuk pimpinan, aku akan meraikan. depa semua ni cerdik pandai dan berilmu serta dipandu oleh al-Quran dan Hadis.

kepada para pendukung PAS, jangan terikut2 rentak UMNO yg cuba melaga2kan pandangan dr dzul dengan pandangan para ulama dalam PAS. depa pastinya akan mainkan isu ni sampai kalut dan kita seharusnya tahu apakah asas utama pandangan dr dzul tersebut.

No comments:

Post a Comment