Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 19, 2012
Titah Paduka Sultan Selangor dituju pada siapa?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Utusan malaysia hari ni menyiarkan petikan titah Sultan Selangor yg berkisarkan poin "Pertahan Rizab Melayu". Secara serius, aku tak dapat digest mengapakah Utusan yg selama ni begitu sakan menembak PR menggunakan tajuk tersebut sebagai main cover. Apakah terdapat mana2 kes penukarmilikan tanah rizab melayu di Selangor kpd entiti asing di bawah seliaan kerajaan negeri? Rasanya tak de.
Antara lain titah baginda, "Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu."
Tidakkah depa terfikir bahawa titah baginda sultan ini berkait rapat dengan apa yg berlaku di Kampung Baru?
Satu Malaysia sudah tahu tentang pelan kerajaan Malaysia utk menukarkan Kampung Baru, yg bukan sahaja merupakan tanah rizab melayu tetapi lebih kepada "perkampungan org melayu" kepada lot2 komersil atas nama pembangunan. Mengikut RUU Kampung Baru, 75% akan dibangunkan menjadi pusat komersil dan hanya 25% akan dijadikan kawasan kediaman, dengan pemegangan sebanyak 40% akan dibuka kepada entiti asing. Ini adalah kecurangan, satu lagi bukti jelas bahawa kerajaan UMNO BN begitu rakus menarah tanah rizab melayu.
Bagi membuktikan lagi kerakusan itu, RUU Kampung Baru 2010 yg ditarik balik oleh Menteri WP, Raja Nong Chik itu tidak bertahan lama kerana ianya digantikan dengan RUU Kampung Baru 2011 yg diluluskan tak sampai seminggu ia dibentangkan, tanpa sempat penduduk Kampung Baru meneliti dengan jelas akan RUU terbaru tersebut. Kenapa ianya mesti diluluskan secara tiba2 dan tergesa2? Apakah kerajaan UMNO BN terliur kerana hakikat bahawa Kampung Baru itu terletak di pusat bandar, bersebelahan kawasan KLCC dan "segitiga emas KL" pastinya penukarmilikan (atau penjualan) tanah2 tersebut kepada entiti asing bisa membawa pulangan yg menakjubkan?
Jika rancangan rakus ini menjadi kenyataan, apakah nasib tanah rizab melayu dan perkampungan melayu terbesar di ibukota ini? Apakah nasib para pemilik tanahnya? Penghuninya? Even nenek aku pun duduk kat Kampung Baru! Di saat Petaling Street diberikan peruntukan berjuta ringgit utk dibaikpulih dan dikekalkan menjadi "chinese heritage" dan menjadi tumpuan pelancong serta warisan dan perkampungan india di Brickfields juga diberikan layanan yg sama, kenapa tidakan sebegitu tidak dilaksanakan ke atas Kampung Baru? Jaki benar ke kerajaan melayu ni terhadap tanah dan org melayu?
Aku percaya, Sultan Selangor sebenarnya address isu ini secara hakikatnya kerana walaupun Kampung Baru ini terletak dalam KL, Kelab Sultan Sulaiman yg menjadi hideout Sultan Selangor sejak zaman berzaman terletak di situ. Nevertheless, KL adalah sebahagian dari Selangor satu ketika dahulu sebelum dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1975 jadi sebarang isu di KL adalah rapat dengan rakyat Selangor, apatah lagi Sultannya.
Kampung Baru hanyalah satu daripada berpuluh2 (malah beratus - banyak je yg tak direkodkan) pencabulan tanah rizab melayu secara rasmi dan berlesen oleh kerajaan UMNO. Apa objektif tanah rizab melayu ni sebenarnya? Terdapat dua objektif utama :-
•Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
•Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Tapi hakikatnya? Jom kita teliti sedikit senarai pencabulan tanah rizab melayu oleh kerajaan. Dan memandangkan Malaysia ini tidak pernah diperintah oleh pihak lain selain UMNO, maka kerja siapa semua ni?
1) 22,000 ekar (Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL). Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.)
6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.
10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara - PR atau UMNO?
12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
16) Tanjong Pagar yg menjadi persinggahan terakhir KTM dan menjadi satu2nya tanah rizab melayu yg tinggal di luar negara telah digadai oleh pentadbiran Najib demi mendapatkan pegangan entiti 60% di Marina Court.
17) Gunung rizab melayu iaitu Gunung Ulu Kali yg sepatutnya dibangunkan sebagai settlement org asli telah diserahkan secara percuma kepada Lim Goh Tong dan Genting Berhad untuk dijadikan pusat perjudian terbesar asia pasifik.
Itu hanyalah sebahagian sahaja fakta penjarahan dan pencabulan tanah rizab melayu oleh UMNO. Tanya pada diri kita, titah Sultan Selangor tu sebenarnya ditujukan kepada siapa?
Utusan tertembak diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment