Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 12, 2012
Kak Ijat "berkorban", "dikorban" atau "terkorban"?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Drama skandal NFC menyaksikan babak baru apabila Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan TIDAK AKAN MENYAMBUNG KONTRAKNYA sebagai Senator seterusnya melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga apabila kontraknya tamat pada 8 April nanti.
Sakan puak2 UMNO meraikan tindakan itu kononnya sebagai "tindakan murni dan bermaruah" Kak Ijat lantaran dipalit isu skandal "Lembugate" yg begitu menggemparkan yg menyaksikan pendedahan demi pendedahan penyalahgunaan wang soft loan kerajaan bagi tujuan peribadi. Segalanya bermula hasil laporan audit negara yg menyatakan projek NFC berada dalam keadaan "kucar kacir". Bahkan, puak2 UMNO ni memekak kononnya mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meletak jawatan kononnya "ambil tindakan bermaruah" lantaran Anwar dihujani segala macam tuduhan moral.
Terbaru, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin turut tumpang semangkuk menyarankan Tuan Guru Mursyid al-Am meletak jawatan sebagai mengikut jejak langkah Shahrizat - citing case Arrifahmi dulu.
Berasas ke kata2 depa tu?
Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa Kak Ijat tak patut jadi menteri pun at the first place. Dia bukan MP. Dia kalah kat tangan Nurul Izzah masa PRU12 di Lembah Pantai. Bermakna, dia tak layak berada di Parlimen selaku wakil rakyat sebab dia tak mewakili rakyat di kawasannya pun!
Kedua, skandal NFC adalah skandal yg didedahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara, bukan semata2 rekaan pihak PR. Pelbagai laporan SPRM telah dibuat yg hingga kini belum menampakkan hasil siasatannya. Walaupun ada kambing hitam yg didakwa, tetapi itu bukanlah penyelesaiannya. Sama macam kes altantuya - kambing hitam didakwa sedangkan mastermind terlepas.
Ketiga, Anwar didapati tidak bersalah dalam dakwaan liwat dan hingga kini, tidak ada pihak yg berani nak dakwa Anwar berkenaan isu video seks. Jadi, Anwar tidak layak dibandingkan dengan kes Kak Ijat ni. Tambahan pula, sememangnya suami Kak Ijat secara blatant adalah pengarah NFC jadi di situ bisa menjadi "conflict of interest".
Kes Arrifahmi pula menyaksikan Ariffahmi MELETAKKAN JAWATAN dan bukannya MENUNGGU HABIS KONTRAK. Malah, Ariffahmi tak pula menyeret Pemuda PAS memana dalam mempertahankan dirinya. Tak payah nak selak2 kain. Nik Aziz sendiri tidak menghalang siasatan terhadap Arrifahmi dan terbukti, dia tak bersalah dalam apa jua pertuduhan. Jadi, kes ini juga tidak boleh dibandingkan dengan kes Kak Ijat.
Keempat, Kak Ijat senantiasa menafikan pengetahuan dan penglibatannya dalam isu NFC jadi kenapa dia mesti "letak jawatan"? Tetapi terbukti keikhlasan Kak Ijat dalam "berkorban" hanyalah separuh masak apabila dia mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO. Lepasla semua skali kok ye pun!
Kelima, apakah dengan "perletakan jawatan" Kak Ijat ni, depa harapkan agar isu Lembugate akan disenyapkan once and for all? Bagi aku, ini hanyalah satu taktik supaya rakyat melupakan isu Lembugate ni dengan pengunduran Kak Ijat. Cuma perlu diingat - Kak Ijat dan suaminya sememangnya culprit sdalam isu Lembugate ini tetapi SIAPAKAH YG MELULUSKAN PINJAMAN MUDAH RM250 JUTA TU KEPADA NFC? Dan apakah projek besar Kerajaan ini diberikan secara tender terbuka atau secara tertutup? Menteri manakah yg bertanggungjawab ke atas projek ini? Siapakah yg menganugerahkan projek ini kepada keluarga Kak Ijat? Semua ni harus juga dijawab dan bukannya semata2 mengorbankan Kak Ijat.
Jadi, kita harus sentiasa peka. Usah izinkan depa mengaburi mata kita menerusi "perletakan jawatan" Kak Ijat kerana pastinya, ada sesuatu yg lebih besar cuba disembunyikan. Jika tidak, masakan Najib boleh kata "tindakan Kak Ijat meletak jawatan (dia pun nak spin ka?) adalah baik" walhal dia pasti tahu yg "perletakan jawatan" ini pastinya akan membuatkan rakyat terfikir "memang betul la dia buat semua tu..."?
Timbullah persoalan - apakah benar Kak Ijat "berkorban" demi parti dan kerajaan serta integriti, atau dia "dikorban" untuk menutup isu ini daripada merebak lebih teruk, atau dia "terkorban" dek kerana pihak2 "belakang tabir Lembugate" ini cuba menutup jejak depa?
Sentiasa akan ada udang di sebalik mee. Dan pastinya, ada beza yg amat besar antara MELETAKKAN JAWATAN dan TIDAK MENYAMBUNG KONTRAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment