بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
salasilah pengajian Maulana Asri Yusof
Apakah Ust Kazim akan membodoh dan menyuruh untuk "belajar balik" pula kepada Maulana Asri Yusof al Hafiz, seorang tokoh ulamak hadis yang menjadi rujukan pada bidangnya, malah bukan hanya terbatas di negara ini? Apapun belajar tidak akan terhenti sebatas bergelar ustaz, malah ia adalah suatu kewajiban buat semua selagi tidak terhenti nafas yang dipinjamkan Allah. Sila rujuk kepada video penerangan detail Maulana Asri ini.
Tuan Guru Nik Aziz : Jadi para hadirin semua, ambo nak sebut sebagaimana ambo sebut pada minggu lepas. Kita menyambut maulud nabi-maulud nabi ni kerja tak sudah. Jangan berasa bila kita dah buat maulud nabi ni kita sero selesai masalah, boleh berlunjur terik .. JANGEEY !!!
Soalan : Sambutan maulud salah ???
Jawapan : Dalam suatu khutbah Jumaat Tuan Guru Nik Aziz menekankan mengenai hakikat kecintaan kepada Rasulullah SAW. Di mana dalam rakaman Nik Aziz jelas beliau tidak melarang pun, lihat ucapan beliau di minit 1:34, "Bagi saya kalu nak sambut maulud, BOLEH teruskan tapi kena reti..."
Dan renung dalam kesimpulan beliau berkenaan maulud. Di akhir ucapan pula tok guru membuat kesimpulan bahawa, "terpulanglah nak sambut maulid besar-besaran pun...tetapi jangan dilupa hakikat sebenar menyambut baginda itu adalah bukan kerana dirinya tetapi kerana wahyu (al-quran) yg dibawa olehnya yg menyebabkan kita kenal Allah, kenal nabi dan sebagainya..." [Kedah - 21 Mac 2008]
Inti pertikaian Ust Kazim : Orang tak mau .. tolak Maulud gitu gini .. tak tau gitu gini bla bla tak faham lembab..
Bidasan kita : Ini berbalik kepada soal fiqh aulawiyyat. Utamakan fokus kenapa dan apa alasan ada ulama tak mau buat sambut Maulid cara yang duk di amal masyarakat. Fahami penjelasan mereka yang mempertikaikannya. Mereka hanya mempertikai majlis Maulud yang tidak dapat difahami akan kepentingan atau hakikatnya yang sebenar. Mereka bukan kata JANGAN BUAT LANGSUNG.
Persoalan ini yang perlu difikirkan bersama - Apa guna kita menyambut kelahiran baginda tetapi dalam masa yang sama kita lupakan atau menolak sunnah dan syariat yang dibawa oleh baginda SAW ? Apakah Allah akan terima amalan dalam majlis maulud dalam keadaan kehidupan dan selepas maulud tetap sama je ? Kalau tak faham lembab ! Semoga Allah beri keampunan dan petunjuk kepada kita semua.
Sekadar satu renungan - macam ni ke sambut maulud?
Maulana Muhammad Asri Yusoff https://www.facebook.com/MMAYUSOFF
ReplyDelete