بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mungkin ada di kalangan puak2 UMNO tidak mahu dengar jawapan ulama yg berpihak kpd PAS. Sekarang dengarlah jawapan daripada Ulamak Muda UMNO dengan teliti sebelum membaca jawapan dan bidasan pada bahagian kali ini. Apakah depa ni akan mula menyanggah ulama ini pula? Berlapang dadalah. Yang benar tetap benar.
Walaupun kita sering mempersoalkan kefahaman Ustaz Fathul Bari dalam bab fiqh siyasah justeru banyaknya hukum yang bersifat mutaghaiyyirat (berubah-ubah) dan bukan semuanya bersifat thabitah di dalamnya walhal dia berada diluar dari kalangan ulamak yang membahaskan hal ini. Al Maklum lah UMNO mana ada syura nak buat keputusan apa-apa. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya. Apapun dalam hal ini kita menyetujui pandangannya dan begitu juga dengan banyak perkara lain lagi. Sekali lagi, yang benar tetap benar.
Tuan Guru Nik Aziz : Kerana Nabi Muhammad 'waktu dia beranak' tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Po kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad. Ada Mad ; -ore Melayu Kelate panggil Mad, Mad anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mad bin Abdullah di tanah Arab tu, 'waktu dia beranak' tu serupa jaa.
Soalan : Nabi Muhammad waktu kecil = Mamat budak kampung ??
Jawapan : 'Waktu dia beranak' (waktu dilahirkan) TGNA ulang sebanyak 3 kali even dalam rakaman yg disunting itu. Celah mana dia kaitkan ayat itu dengan "masa Nabi kecil" sedangkan dah diberitahu "waktu dia beranak" berulang kali? Sebelum beranak, waktu beranak dan setelah beranak adalah suatu masa yang berbeza.
Secara etimologi dan ethnologinya, budak dalam dalam loghat kelantan tidak hanya merujuk pada kanak-kanak sepertimana dalam loghat lain, budak dalam loghat Kelantan juga adalah merujuk kepada bayi. Remaja dalam loghat kelantan adalah anok mudo atau veron [diguna di daerah yang bersempadan negara jirannya - bukannya Juan Sebastian Veron]. Jadi, apakah soalan ust Kazim ini dipengaruhi oleh ketidakfahamannya berkenaan loghat pantai timur esp Kelantan? Loghat kelantan beza dengan loghat perak. Ingat tu. Di sini, kita akan cuba jawab dengan jujur dan tidak bersandarkan kepada etimologi dan ethnologi semata2.
Inti pertikaian Ust Kazim : Marah sungguh ... orang yang kata nabi .. budak .. bla bla. Sedang nabi lahir bla ... bla... surah ad Dhuha .. kitab Sirah Nabawiyah .. Dr. Eid al Qarni ..Bodoh.. pergi belajar balik.. taksub. membabi buta..marilah bersatu bla bla .. dan bla bla dan nabi lahir sujud dan mengadap kiblat bla bla ... jentik telinga dan kalau ada yang kata nabi sama dengan budak-budak tampar dia, pertahan nabi tu wajib ...
Bidasan kita : Banyak sangat pertikaiannya. Nak taip balik semua sekali pun naik muak. Apakah ini cara kamu menjawab dan menghurai? Dengan penggunaan dalil yang tak menepati landasan penghujahan ilmu Islam, memandai beristinbat walau guna dalil yang tak sahih. Carigali sumber hanya untuk tegak benang dan buat rumusan sesuka hati. Apakah itu bukan suatu fitnah kepada agama yang dibawa Nabi SAW? Nak pertahan Nabi SAW ke pertahan nafsu?
Ini namanya jenis manusia cari dalil untuk membenarkan pendapat sendiri yang diyakini secara membabi buta, malah taksub pada diri yang rasa yakin dan faham dengan kalam TGNA kemudian semangat berapi untuk membantah dan menyeru orang supaya menampar sesiapa saja yang dah dijeniskna kamu sebagai penghina nabi. Bahkan menyedihkan ucapan dan hasutan jahat itu dibuat tanpa siasat dan sandaran dalil yang kukuh. Membantah sesuatu yang tidak disebut sekalipun oleh kalam TGNA yang menyatakan penafian akan adanya Irhas.
Tidak dinafikan memang banyak sekali cerita-cerita yang dikhabarkan mengenai peristiwa keajaiban yang berlaku sekitar kelahiran nabi, akan tetapi sukar untuk memastikan kesahihannya. Sumber-sumbernya bukan saja dari kitab Sirah Nabawiyah karangan Dr. Sheikh Eid al Qarni terbitan Hidayah Publisher sebagaimana disebut. Malah disebut juga dalam kitab yang lebih mashur seperti Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Tabari, Mawahibu al-Laduniyya [Qastalani], Syifa [Qadi Iyaf], dan sebagainya.
Berkenaan dengan khatan Nabi saw, di dalam kitab Zaad al-Ma’ad, -1/53- Ibnu Qayyim al Jauzi telah mencatatkan 3 pandangan :
1. Beliau dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan.
2. Beliau dikhatankan oleh Malaikat yang membedah dada beliau semasa dibawah penjagaan Halimah.
3. Beliau telah dikhatankan oleh datuknya, Abdul Muthalib semasa berumur 7 hari, dan waktu itu dinamakan Muhammad.
Ibn Qayyim mengatakan pandangan yang mengatakan Nabi telah dikhatan semenjak lahir adalah tertolak kerana tidak wujud dalil sahih mengenainya. Peristiwa Nabi saw dibedah dada oleh Malaikat Jibril semasa berumur 4 atau 5 tahun terdapat didalam Hadith Muslim, akan tetapi perlakuan khatan itu sendiri tidak ada disebut dalam matannya. Justeru itu ulama’ lebih cenderung kepada pendapat Muhammad saw dikhatan oleh Abdul Muthalib kerana kelaziman orang arab akan mengkhatankan anak mereka semasa berumur 7 hari. Mana hebat ulama-ulama besar termasuk Ibn Qayyim al Jauzi dengan Ust Kazim?
Dah kalau nak pakai khilaf yang kata dah dikhatan pun renung-renungkanlah dulu mana asalnya hujah tersebut, then kalau jumpa esok jangan lak duk berkhilaf sampai memaki hamun secara membabi buta. Sedang ulama mahzab pun berkhilaf!
Memang wujud kisah irhas yang sahih sebagaimana di belah dada yang disebut dalam hadis Muslim tu. Rujuk kitab yang ada sumber rujukan kepada hadis-hadis. Kitab al-Raheeq al-Makhtum (ms 61 – 65) karangan Safiur Rahman al-Mubarakpuri yang sangat sarat dengan rujukan dan takhrij la satu demi satu dan sebarkanlah. Kelahiran baginda SAW juga ada di sebut dalam kitab-kitab agama lain. Ini cukup memadai untuk membuktikan kerasulan dan kemuliaan Rasul dan tidak usah-usahlah menyebarkan hadis-hadis palsu untuk menyatakan kemuliaan baginda.
Lagi satu, penggunaan dalil dari surah ad Dhuha untuk menyatakan kelahiran baginda tersebut tidak wajar untuk menguatkan perkara pelik dan mengarut yang disebut dan diulang, sedang menggunakan ayat Quran yang tak menyentuh persamaan peristiwa untuk menguatkan percakapan mengatakan masalah keajaiban-keajaiban yang tiada dalil yang sahih tu tidak diterima.
Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi SAW bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]
Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.
Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.
Ayat ini juga boleh digunakan untuk melarang manusia yang berlebih-lebih sikapnya terhadap Nabi saw sebagaimana orang-orang Nasrani mengangkat Nabi Isa as. Inilah yang dimaksudkan oleh TG Nk Aziz didalam petikan video diatas, menasihatkan agar umat Islam tidak berlebih-lebih menyambut Maulid Nabi, tetapi apa yang penting adalah memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang Nabi Muhammad saw bawa setelah beliau menerima wahyu semasa berumur 40 tahun.
Namun dilarang bagi mereka yang mahu menggunakan ayat ini untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw kerana baginda sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Jelas dalam ayat ini ada 2 sifat iaitu biasa kerana ada keharusan baginda bersifat seperti manusia biasa dan luar biasa apabila dalam sudut yang melibatkan nubuwwah kerana walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti manusia, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw.
Tidak mungkin seorang Tok Guru yang sangat menyanjung lagi memuliakan Nabi saw sanggup menghinanya. Haruslah kita mempunyai sikap “bersangka baik” terhadap beliau selagimana tiada bukti yang jelas. Dalam kes ini tujuan beliau jelas, melarang manusia berlebih-lebihan di dalam Maulid jangan sehingga terabai tugasan lain atau merasakan cukup dengan melakukan maulid namun meninggalkan ajarannya sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan terhadapan Nabi Isa as.
Nabi saw sendiri melarang umatnya dari melakukan apa yang dilakukan oleh orang Nasrani terhadap Nabi Isa as, sebagaimana dinyatakan dalam sabda beliau sendiri.
Daripada Umar bin al Khattab (r.a), dia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhadap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” [Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahaadith al-Anbiya # 3189]
Bersambung bahagian akhir.
Apa pasai tgna ckp yg Allah tgok dalam 4 ke 5 trillion manusia lalu mendapati Nabi Muhammad s.a.w yg layak menjadi Rasul? Sedangkan sebelom lahir lagi Rasulullah s.a.w kedunia,Allah telah mengutuskan malaikat jibril utk bertemu Fatimah dan menyampaikn berita bahawa beliau akn melahirkn Nabi akhir zaman iaitu Muhammad s.a.w. Perbetulkan jika saya salah.
ReplyDeleteSilap tu. Nama ibu Rasulullah s.a.w. ialah Aminah.
DeleteFatimah anak Rasulullah s.a.w. Macam mana anak boleh lahirkan bapa?
'Dengan penggunaan dalil yang tak menepati landasan penghujahan ilmu Islam, memandai beristinbat walau guna dalil yang tak sahih. Carigali sumber hanya untuk tegak benang dan buat rumusan sesuka hati. ' - mcm ckp pada diri sendiri jer...
ReplyDeleteKazim elias ni ustaz sampul. ustaz bermata duitan. kazim mana ada ilmu tapi kalau nak nyanyi lagi P.Ramlee bolehlah
ReplyDeletekenyataan nik aziz boleh buat org keliru...mcm ner kalau yg mendgr tu salah tafsir...rosak akidah..sapa nk tggung??
ReplyDeleteAde lagi kenyataan Tuk Guru yang memushkilkan masyarakat islam... Tuan sila semak dan terangkan jangan sembunyikan.. Ini mungkin ade kaitan dengan isu akidah..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=mOhnGXe-GgM... video nie panjang sikit daripada yang mereka perbesar2 kan itu... tapi Tuk Guru mungkin ade salah cakap pasal perlantikan Baginda menjadi rasul
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata mkn diri. Apa alasan atas terlepas kata tak penting, tetapi apa fahaman dan pandangan individu itu penting. Kalau sudah warna merah jangan kata putih ibarat sebahagian warna pelangi....
ReplyDelete