Tuesday, March 20, 2012

Menjawab tuduhan YB Pasir Salak - Pahang lagi teruk?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menjawab tuduhan mereka yang menyatakan rakyat Kelantan ramai berhijrah ke luar (dan sebahagiannya menjadi penjual tomyam di Pasir Salak). Sila ikuti fakta berikut :

Di dalam buku Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang diterbitkan pada Oktober 2007, dinyatakan bahawa :

Bilangan rakyat Pahang yang berhijrah keluar pada tahun 2003 ialah 23,460 manakala bilangan anak negeri lain yang masuk ke negeri Pahang ialah 23,410.
Manakala rakyat Kelantan yang berhijrah keluar pada tahun tersebut ialah 21,950 manakala anak negeri lain yang masuk ialah 24,460.

Fakta :
1. Bilangan rakyat Pahang yang keluar lebih ramai dari bilangan rakyat Kelantan yang keluar.
2. Bilangan anak negeri luar Kelantan yang masuk ke Kelantan mencari rezeki lebih ramai daripada yang keluar dari Kelantan.

(dipetik dari page facebook Tuan Guru Nik Aziz)

Jadi berdasarkan statistik ECER ini, jelas dan nyata bahawa rakyat Pahang lebih banyak keluar dari masuk, dan rakyat Kelantan lebih banyak masuk dari keluar.

Negeri mana yg miskin, tak de peluang pekerjaan serta tidak bagus ye?

Fine, puak pencacai akan kata "ini statistik lama". Ada sesiapa yg boleh memberikan dengan jelas statistik terkini?

No comments:

Post a Comment