Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 10, 2012
hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni part 4
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dalam bahagian yg lepas, aku telah menjelaskan betapa kehadiran batu bersurat di terengganu serta sejarah Kesultanan Melayu Melaka menjadi bukti bahawa undang2 Islam telah diamalkan dengan jayanya di tanah melayu ini yg menatijahkan melaka sebagai negeri terhebat di dunia pada ketika itu.
sekali lagi, celah mana depa kata "kalau hukum Islam diamalkan, negara akan mundur"?
kali ini sebelum aku kembali ke dunia terkini, aku lampirkan serba sedikit tentang pengamalan undang2 Islam di melaka.
Di zaman kesultanan Melayu dalam abad sebelum datangnya British ke negeri-negeri Tanah Melayu terdapat beberapa kumpulan undang-undang Melayu. R.O. Winstedt telah membahagikan kumpulan undang-undang Melayu itu kepada 3 jenis
a) Undang-undang Minangkabau
b) Undang-undang Melaka
c) Undang-undang Islam
Di antara 3 jenis undang-undang ini, ternyata undang-undang Melaka mempunyai banyak pengaruhnya. Ia telah dikumpulkan pada mulanya di Melaka dan kemudiannya telah diubahsuaikan dan digunapakai di Kedah, Pahang, Johor, Riau, Pontianak dan Brunei. Undang-undang yang kemudiannya dinamakan Undang-undang Johor, Undang-undang Pahang atau Undang-undang Kedah adalah berasal dari Undang-undang Melaka.
Undang-undang Melaka adalah kumpulan dari beberapa undang-undang dan ia mengandungi;
1 – Undang-undang Melaka yang asal
2 – Undang-undang Laut
3 – Undang-undang keluarga Islam
4 – Undang-undang Jual beli dan acara Islam
5 – Undang-undang Negeri
6 – Undang-undang Johor
Undang-undang Melaka itu telah mula dikumpulkan pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424 – 44) dan dilengkapkan dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1458).
Bahagian Undang-undang Islamnya telah dimasukkan kemudian sedangkan Undang-undang Negeri mula dimasukkan pada awal kurun ke 16 Masehi, dan Undang-undang Johor disadurkan pada zaman Sultan Mahmud Syah (1761 – 1821).
Di dalam bahagian pertama Undang-undang Melaka lama, kita dapati pengaruh Undang-undang Adat masih kuat sungguhpun ternyata kesan Undang-undang Islam telah mula meresapi masyarakat Melayu. Selain dari memperuntukkan undang-undang mengenai hak dan keistimewaan raja-raja, perlantikan dan tugas menteri-menteri dan pembesar-pembesar, bahagian itu menyebut juga mengenai kesalahan-kesalahan.
Mengikut fasal 5:1 mengenai “orang membunuh dengan tidak setahu raja-raja atau orang-orang besar, jika dibunuhnya dengan tiada dosanya sekalipun, dibunuh pula ia pada buku Allah, maka adil namanya”. Tetapi di dalam adat terdapat beberapa kecualian;
a) 5.3 Adapun jikalau membunuh madunya, maka ia lari ke dalam kampung orang, maka diikutnya oleh empunya madu itu, maka berkelahi dengan empunya kampung itu, maka jikalau ia melawan, maka terbunuh yang mengikut itu, mati saja dengan tiada hukum lagi. Itulah adatnya negeri, tetapi pada hukum Allah, yang membunuh itu dibunuh juga hukumnya, kerana menurut dalil Quran dan menurut amr bil ma’ruf wan nahi anil munkar.
b) 8.3 Adapun hukum orang memaki orang: Jikalau abdi memaki merdehika digocoh hukumnya atau ditanggalkan giginya, itulah hukumnya. Adapun jikalau merdehika memaki isteri abdi, tiadalah lagi salahnya pada adatnya, kerana hukum anak isteri itu tiada dapat dipermudah-mudah pada hukum qanun, tetapi kepada hukum Allah bersalahan, yang membunuh itu , fardhu dibunuh pula, supaya jangan tertanggung haknya itu kepada kita.
Mengenai kesalahan zina pula, Undang-undang Melaka memerintahkan;
12.2 Demikian lagi menangkap orang, maka lalu diwati’nya perempuan itu, pun sepuluh emas dendanya kerana menggagahi orang. Demikianlah hukumnya atas pihak qanun hukumnya. Adapun tiada dapat ia menangkap dan menggagahi orang. Jikalau ada orang merdehika yang ditangkapnya itu, maka lalu diwati’nya perempuan itu, maka diberinya tahu kepada hakim maka dipanggil oleh hakim, disuruh kahwinkan. Jikalau ia tidak mahu kahwin didenda tiga tahil sepaha dengan isi kahwinnya adat hamba raja. Adapun pada hukum Allah, jikalau ia muhsan direjam. Adapun erti muhsan itu perempuan yang berlaki, jikalau laki-laki yang ada beristeri, itulah erti muhsan. Jikalau ghair muhsan, dipalu delapan puluh palu dengan hukum dera. Itulah hukumnya dengan tiada bersalahan lagi.
Mengenai orang yang menuduh orang zina, Undang-undang Melaka memperuntukkan;
12.3 Pada hukum Allah didera delapan puluh kali deranya. Jikalau pada hukum qanun didenda sepuluh tahil.
Bahagian Ketiga dalam Undang-undang Melaka menyebutkan tentang undang-undang Islam mengenai wali, ijab qabul pada kahwin, saksi, khiar, talak dan orang-orang yang boleh dikahwin. Bahagian ini adalah mengikuti undang-undang Islam dan ianya mungkin diterjemahkan dari kitab Abu Syuja’ iaitu At Taqrib.
Begitu juga Bahagian Keempat dalam Undang-undang Melaka menyebutkan Undang-undang Islam mengenai jual-beli, orang muflis atau bankrap, pinjam-meminjam, amanah, ikrar, murtad dan acara. Bahagian ini mungkin diterjemahkan dari kitab Abu Syuja’ iaitu At Taqrib, Ibn Al Qasim Al Ghazzi iaitu Fath Al Qarib dan Ibrahim Al Bajuri iaitu Hasyia Alal Fath Al Qarib.
Ada terdapat beberapa peruntukan dalam bahagian ini berlawanan dengan peruntukan di Bahagian Pertama dimana undang-undang adat telah disebutkan. Umpamanya ;
- Fasal 37 – 38 mengenai saksi-saksi dan acara adalah berlawanan dengan Fasal 14.
- Fasal 39 mengenai pembunuhan adalah berlawanan dengan Fasal 5 – 9.
- Fasal 40 mengenai zina dan liwat adalah berlawanan dengan Fasal 12.
- Fasal 41 mengenai memaki adalah berlawanan dengan Fasal 12:3
Jelaslah Undang-undang Melaka dalam bahagian ini memperuntukkan Undang-undang Islam mengenai pembunuhan, zina, tohmah dan minum arak.
Bahagian Kelima Undang-undang Negeri menyebut tentang tugas raja dan tugas rakyat dan tentang binatang yang masuk kawasan orang lain, hukum dapat barang yang ditinggal, rogol , rampasan, judi dan hutang.
Bahagian Keenam adalah tambahan yang dibuat di Johor mengenai hamba raja dan kesalahan anak-anak raja.
Pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah -
1 – Penentuan tarikh
2 – Undang-undang yang disuruh buat oleh raja adalah untuk negeri Islam.
3 – Terdapat peruntukan memberi kuasa kepada syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan ta’zir raja.
4 – Orang yang makan di khalayak ramai dalam bulan puasa ditangkap dan diberi makan rumput di hadapan balai atau dipukul atas kadarnya.
5 – Hukum berkaitan jual-beli, timbang-menimbang dan sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan nas “aufu mikyala wal mizana”.
6 – Menjelaskan peranan masjid.
7 – Segala hukum bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali.
8 – Sebutan tentang ‘tanah mati’ yang menjadi hak Allah Ta’ala dan seterusnya menjadi hak raja.
9 – Disebut 4 syarat raja-raja iaitu ;
a) Manis mukanya sentiasa bertitah pada segala hamba yang di bawahnya.
b) Titah tiada berubah-ubah
c) Kerja kebajikan disuruh segera kerjakan tiadalah kejahatan.
d) Kerja kejahatan disuruh beri jadikan kebaikan. Tatkala tetaplah 4 perkara ini Allah S.w.t menetapkan masanya raja-raja itu.
10 – Terdapat juga hukum-hukum bagi kesalahan membunuh, qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga yang haram, ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan hukum Islam.
Pengaruh British
Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris/British dan campur tangannya di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan undang-undang di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786, Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824.
Setelah itu, dengan perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat Residen British ini mestilah diikuti oleh Sultan. Perjanjian pertama yang dilakukan ialah Perjanjian Pangkor pada 1874 di antara Sultan Perak iaitu Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah dan pembesar-pembesar Melayu di Perak bagi satu pihak dan kuasa British yang diwakili oleh Sir Andrew Clarke bagi pihak yang kedua.
Penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor mulai Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai penasihat di Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang.
Penjajah Inggeris kemudiannya bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909.
Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke atas keempat-empat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada Siam. Dalam tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang demikian sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.
Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.
ternyata, undang2 Islam yg cantik itu telah dirosakkan dan dihapuskan secara sistematik oleh penjajah british yg sememangnya bertujuan untuk menghalang kemaraan Islam di muka bumi terutamanya area nusantara ni. Proses penyesuaian agama dan adat telah diganggu dan terbantut oleh pengaruh kerajaan British (satu cabang dari Illuminati).
Seperti yang disebutkan oleh R.J Wilkinson iaitu seorg scholar british di tanah melayu dalam bukunya, “Tidak syak lagi undang-undang Islam pada akhirnya akan menjadi undang-undang negeri Melayu jika undang-undang Inggeris tidak menghalangnya.”
akhirya, usaha british untuk menyingkirkan pengaruh Islam dalam perundangan negara menjadi kenyataan apabila depa berjaya memujuk UMNO untuk menggunapakai perlembagaan reid yg sama sekali bersifat sekularis bagi menggantikan undang2 Islam, dan hingga kini masih digunapakai. malah walaupun ada sedikit effort untuk menguatkuasakan undang2 Islam terutamanya menerusi usaha Allahyarham Tan Sri Ahmad Muhammad Ibrahim, ianya tetap tidak mampu untuk mengatasi kuasa perlembagaan sekularis reid ini.
jelas tak plotnya kat sini?
bersambung bahagian 5. insya Allah, aku akan kembali ke zaman sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment