Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, March 22, 2012
Berhenti berbalah pada benda yg tak sepatutnya!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sepatutnya aku hendak menulis mengenai banyak isu terkini dalam dunia politik tanahair pada ketika ini, seperti isu Najib dicabar oleh Julian Assange untuk berdebat dengan Anwar dan Raja Petra secara "threesome", isu Najib mempengaruhi keputusan mahkamah berkenaan Felda dan dalam masa yg sama, aku nak melawat kembali sahabat kita yg dah lama kita terlupa mengenainya iaitu Saiful Bukhari Azlan.
Cuma, siri perdebatan aku dengan beberapa puak UMNO mengenai isu2 khilafiah agama menarik perhatian aku kali ini.
Apa itu khilaf ulama'? Khilaf di sini bukan bermaksud "silap" tetapi lebih kepada "perselisihan dan perbezaan pendapat antara para ulama' mengenai sesuatu isu" terutamanya perkara2 yg tidak qat'ie dan tidak mempunyai nas yg sahih dan sarih. Berikut disebutkan tujuh sebab kenapakah berlakunya khilaf sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam kertas kerjanya bertajuk Perbezaan Pendapat di Kalangan Mazhab :
- Perbezaan Fahaman Dan Akalan Serta Kemampuan Dalam Menghasilkan Ilmu.
- Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu.
- Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu Bahasa Arab.
- Khilaf Dalam Masalah Berhujah Dengan Sumber-Sumber Fiqh.
- Khilaf Pada Kaedah-Kaedah Usuliyyah.
- Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim.
- Khilaf Dengan Sebab Bertentangan Dalil-Dalil.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Khilaf di kalangan ummah aku adalah satu rahmah." Walaupun hadis ini tidak hasan, tetapi ianya juga tidak dikatakan sebagai maudhu' lalu boleh dianggap sebagai dhaif, maka ianya boleh kita jadikan amalan.
Kenapa aku bangkitkan hal ni? Rata2 umat Islam skang esp kat Malaysia ni terlalu bising akan perkara2 yg tak qat'ie dan bukan bersifat syara' seperti perihal sambut maulud, bacaan al Quran pakai speaker, mimpi Aminah mengenai Nabi s.a.w sewaktu mengandung dan sebagainya. Perbincangan ini pula sering membawa kepada natijah "sesat menyesat" dan yg lawaknya, ianya tak melibatkan "mufti2 kedai kopi" sahaja, bahkan melibatkan para ustaz yg layak kita gelar ulama'! Mereka ini juga terembroil dalam polemik sesat menyesat, sanggah menyanggah dan tuduh menuduh perihal benda2 khilaf ni.
Sebagai satu contoh, ketika Tuan Guru Nik Aziz berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w ketika lahirnya adalah sama seperti budak kampung lain pada zamannya, sakan org mengamuk kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina Nabi s.a.w. Soalnya, depa yg dok kata Tuan Guru Nik Aziz hina Nabi ni faham ke tak maksud perkataan beliau tu?
Nabi Muhammad s.a.w sememangnya seorg Nabi dan Rasul yg paling unggul, tetapi baginda juga manusia biasa. Lahir keluar ikut perut ibundanya juga. Bila lahir, tetap tak boleh berjalan terus bahkan tetap kekal di pembaringan seperti bayi2 yg lain adanya. Tetap perlu disuapkan susu. Tetap dihantar menyusu ke rumah ibu susuan. Tetap tak mampu berjalan sehingga umur Baginda mencecah setahun lebih atau 2 tahun. Tetap tidak mampu beristinjak sendiri ketika bayi. Nah, ini maksudnya "Nabi Muhammad ketika lahir adalah sama seperti budak2 kampung baginda yg lain"! Ini namanya "sifat harus seorg manusia". Tetapi dalam masa yg sama, Tuan Guru Nik Aziz tidak menolak atau mempertikaikan "kemuliaan dan tanda2 kenabian Rasulullah" pun. Tuan Guru Nik Aziz hanya menjelaskan ttg perihal Rasulullah juga adalah manusia biasa sama seperti manusia lainnya, dan baginda bukanlah alien atau malaikat.
Depa dok pertikai ttg "Nabi lahir terus terkhatan tak sama mcm budak lain". The thing is, terdapat khilaf ulama mengenai hal ini. Sila rujuk buku Biografi Agung Rasulullah s.a.w susunan Rusydi Ramli al Jauhari yg menyatakan dengan jelas terdapat 3 perbezaan pendapat antara ulama mengenai perihal khatannya Rasulullah. Ada yg menyetujui pendaoat dah automatik terkhatan, ada yg kata dikhatankan oleh datuk baginda, ada yg kata sebelum itu - ini semua khilaf dan terpulang kepada kita utk keluar dari khilaf ikut mana satu. Ketiga2 pandangan ini tidak merendahkan martabat Nabi s.a.w.
Begitu juga perihat sambutan Maulud Nabi. Bila Kelantan tak mahu mengadakan sambutan maulud secara berarak, sakan puak2 ni bising mengatakan bahawa "berarak sambut maulud tak nak, berhimpun BERSIH nak" dan seumpamanya. Maulud ni adalah bidaah hasanah. Kalau nak buat, buat. Tak nak, sudah. Tak de sapa syariatkan wajib buat maulud whatsoever. Ini juga terdapat khilaf dari kalangan ulama'.
Yang afdhalnya bukan sekadar memperingati Nabi s.a.w sempena 12 Rabi'ulawal je. Kita kena ingat Nabi 24/7 365 hari setahun. Kita kena selawat ke atas Nabi sepanjang masa malah ianya adalah rukun dalam solat. Yang dituntut adalah utk melaksanakan segala suruhan Nabi s.a.w dan tinggalkan tegahannya kerana kalam Nabi adalah wahyu. Bukan dok sibuk nak berarak sambut maulud Nabi!
Dan pelbagai lagi perkara2 yg khilaf yg dok dibisingkan sangat sampai tak mampu nak taip kat sini sebab ianya akan menjadikan entri ini terlalu panjang. Cuma cukup sekadar aku kata begini - tak perlu berbalah berkenaan perkara khilafiah sebegini. Tak perlu kita bising2 pasal perkara yg bukannya syariat ini. Tak perlu kita bergaduh2 kerana perkara2 yg bidaah dan seumpamanya. Berhenti berbalah pada benda2 khilaf, benda2 bukan syarak, benda2 yg x qat'ie. Balah bodoh mcm ni la yg melemahkan ummah.
Banyak lagi isu umat Islam misalnya pergaulan bebas, aurat, judi, arak, zina, hiburan lagha, maksiat, penyelewengan, pembaziran, rasuah yg patut kita tackle. Nun, hutang negara kita dah hampir mencecah 55% KDNK, dalam ertikata lain kita ni hampir bankrap. Itu patut kita bising. Pemimpin dok pulun harta negara mcm mak bapak depa punya - itu patut kita laungkan. Ada pihak yg dok perlekeh hukum Allah, kata hukum Allah tu tak de dalam al Quran, rekaan manusia, hukum Allah tu tak adil dan keras, ulama'2 muhadisin mujtahidin mcm Imam Bukhari tu tak boleh dipercayai dan sebagainya - ini yg patut kita sanggah dan tentang. Berlaku adil dalam urusan agama ini. Apa itu adil? MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA. Dan bukan tempatnya utk kita debat, bahas dan sanggah menyanggah mengenai perkara khilafiah sebegini.
Cukup2 la tu. Berhenti memesongkan fikiran sendiri. Banyak lagi tugas kita yg lebih aula' utk kita buat. Kadang2, dalam usaha kita utk menitikberatkan perkara khilafiah dan perkara2 yg tidak qat'ie, fardhu kifayah pun kita tak lepas.
Apa guna jadi muslim kalau mcm tu? Bacalah dan pelajarilah buku "Apa Erti Saya Menjadi Muslim" susunan Syeikh Fathi Yakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment