Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, March 20, 2012
Tidak semua yahudi itu jahat dan tak patut dibuat kawan..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
berikut adalah tempelan artikel DrMAZA berkenaan "Islam dan Yahudi" yg disiarkan dalam Malaysiakini.
Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.
Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.
Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.
Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.
Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.
Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.
Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.
Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.
*** Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya. --> ayat ni paling menarik perhatian aku. Memerangi Islam bukan semata2 melancarkan serangan bersenjata ke atas org2 muslim dan mengebom masjid2 tetapi bila kita memperlekehkan hukum Allah misalnya, itu juga dikategorikan sebagai memerangi Islam. Wallahu a'lam.
Tolong jangan kelirukan antara Yahudi dan Zionis.
Di sini aku sertakan satu artikel dari majalah Mastika utk tatapan kita bersama -
PADA hari selasa 9 Novermber 2004, di hadapan Percy Military Hospital, Clamart di Paris, kelihatan sekumpulan lelaki yang bertopi, berjanggut panjang dan berpakaian kot hitam sedang mundar-mandir di perkarangan hospital tersebut. Mereka kelihatannya seperti sedang menunggu seseorang.
Beberapa lelaki bertopi dan berkot hitam dari golongan itu, kelihatan memegang bendera Palestin. Orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut, memandang pelik dengan tindakan sekumpulan lelaki itu.
Siapa sekumpulan lelaki itu? Apa yang mereka lakukan di hadapan hospital tersebut?
Mereka adalah orang Yahudi! Dan golongan itu sebenarnya sedang bersimpati dan menanti berita tentang keadaan Presiden Palestin, Yasser Arafat ketika pemimpin tersebut ketika dirawat di hospital tersebut akibat pendarahan otak akibat jangkitan kuman.
Mengapakah golongan Yahudi melawat Presiden Palestin? Pasti menimbulkan tanda-tanya, mengapakah golongan Yahudi yang sememang diketahui umum bermusuh dengan rakyat Palestin, kini melawat dan bersimpati dengan presiden Palestin.
Sebenarnya kumpulan Yahudi itu adalah dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jews United Against Zionism. Mereka hadir ke hospital tersebut, sebagai tanda simpati mereka terhadap pejuang dan pemimpin kemerdekaan negara Palestin. Malah mereka juga tidak ragu-ragu memegang bendera Palestin, sebagai bukti sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis.
Seorang Pendita yahudi dalam kumpulan tersebut, Mordechi Weberman mengakui tindakan mereka bersama rakyat Palestin menentang Zionis sememangnya menimbulkan banyak tanda-tanya di kalangan orang awam.
“Mereka bertanyakan saya, kenapa anda berarak disamping rakyat Palestin? Kenapa anda mengibarkan bendera Palestin dan mengapa kamu menyokong perjuangan rakyat Palestin? Sedangkan kamu adalah seorang Yahudi!?,”
“Saya menjelaskan kepada mereka, kerana kami dari golongan Yahudilah, maka kami bersama rakyat Palestin berarak dan mengibarkan bendera negara itu. Kerana kami Yahudilah, maka kami mendesak agar hentikan segala kekejaman terhadap rakyat Palestin,” jawab Mordechi.
Katanya lagi, Taurat mengajar kaum Yahudi agar bersikap adil. Taurat memerintahkan golongan Yahudi agar menegakkan keadilan.
Jadi, kata Mordechi lagi, inilah tindakan mereka bagi menentang kezaliman dan ketidak adilan yang berlaku sejak berpuluh tahun terhadap rakyat Palestin.
“Kami juga yakin, pelarian Yahudi yang berhijrah ke Palestin bukanlah dengan niat untuk menjajah. Bukan dengan niat untuk mendirikan negara yahudi. Bukan dengan niat untuk menghalau rakyat Palestin dari tanah air mereka.
“Golongan kami berhijrah ke Palestin untuk hidup bersama kaum muslimin, dengan keadilan dan saksama seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh pemerintahan Islam sebelum ini di Palestin,”
“Kami cuma mahu hidup dalam keadaan aman dan harmoni bersama golongan Muslimin seperti yang pernah tercatat di dalam sejarah satu ketika dulu,” Pendeta Mordechi memperjelaskan niat sebenar perpindahan beramai-ramai golongan Yahudi ke Palestin.
Tegas lelaki bertopi dan berjanggut panjang itu, apa yang mereka lakukan bukanlah mengharapkan sebahagian tanah yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1974 dulu. Malah katanya, PBB juga tidak berhak untuk memberikan cadangan tersebut, kerana tanah itu adalah kepunyaan dan hak rakyat Palestin.
“Kami tidak mahu apa-apa kecuali tanah hak milik rakyat Palestin dipulangkan kembali termasuk Jerusalem. Dan adalah lebih adil sekiranya membiarkan rakyat Palestin sendiri menentukan, apakah boleh atau seramai mana perlunya golongan kami untuk dibenarkan hidup dan tinggal di bumi bertuah ini,” tegasnya lagi.
Sepatutnya, tegas Mordechi, golongan Yahudi perlu meminta maaf kepada rakyat Palestin akibat kezaliman puak Zionisme. Zionis telah berlaku zalim. Mereka menghancurkan rumah-rumah rakyat Palestin dan mencuri tanah milik mereka.
Bahkan, golongan ini tanpa segan silu memperkudakan kitab suci mereka sendiri, Taurat, dengan memutar belitkan ayat-ayat di dalam kitab tersebut. Biarpun mereka tetap mengatakan bahawa Taurat itu sebagai kitab suci mereka, tetapi mereka bersikap melawan segala perintah sebenar dalam kitab tersebut.
Golongan ini hanya mempergunakan taurat sebagai alasan dalam usaha untuk memancing simpati masyarakat Yahudi lain menyokong tindakan mereka
“Kami mengisytiharkan diri kami sebagai pengikut ajaran kitab Taurat yang sebenar. Ajaran Taurat meminta agar kami bersikap ikhlas, adil, baik hati dan lembut sesama manusia,”
“Kami tidak takut untuk menyertai perarakan sebagai protes terhadap tindakan Zionis bersama rakyat palestin. Sudah beratus perarakan telah kami sertai. Malah kehadiran kami disambut mesra oleh kaum Muslimin dan para pemimpinnya,”
“Adalah satu pembohongan besar bagi rakyat Palestin, khususnya kaum Muslimin di seluruh dunia bahawa mereka membenci Yahudi. Mereka sekali-kali tidak membenci Yahudi. Tetapi mereka membenci ketidakadilan, sama seperti kami,” tegas Pendeta Mordechi lagi.
Sebenarnya ramai di kalangan orang-orang Yahudi ortodoks di serata dunia, tidak senang dengan tindakan segelintir golongan Yahudi berfahaman Zionisme , yang kebanyakkannya berkuasa dalam pemerintahan di negara Israel.
Golongan Yahudi ortodoks ini seringkali mengadakan demostrasi dan bersuara lantang, menentang keputusan golongan Zionisme ketika penjajahan Palestin pada tahun 1948, ketika peristiwa Shabra Shatilla, Deir Yasser, Iraq dan Lebanon.
Ramai tokoh agama Yahudi yang lantang mengecam tindakan zalim kelompok Zionis. Selain daripada pendita Mordechi, seorang agamawan Yahudi, Pendita Hirsh turut membantah tindakan Zionis dan berkata, sikap mengamalkan kasta , bersikap zalim dan sombong seperti yang dianjurkan oleh Zionis ini adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Nabi Musa
Manakala seorang lagi pendita Yahudi bernama E. Schwartz, seorang ketua sebuah organisasi Yahudi Ortodoks yang berpendirian anti Zionis, turut sependapat dengan Rabbi Hirsh. Kata Rabbi E. Schwartz, menurut ajaran Taurat, umat Yahudi tidak diizinkan untuk menumpahkan darah, mengganggu, menghina atau menjajah bangsa lain.
Seorang lagi Pendita Yahudi bernama Forsythe, mendedahkan, sejak bermula abad ke 19, iaitu pada abad yang sama munculnya fahaman Zionisme, kaum Yahudi semakin jauh meninggalkan agama dan perasaan takut kepada Tuhan mereka.
Akibat itu, kata Pendita Forsythe, kaum Yahudi dihukum disebabkan keingkaran mereka. Pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi ketika zaman pemerintahan Hitler, menurutnya adalah balasan Tuhan terhadap golongan itu.
Beritahu Pendita Forsythe lagi, golongan yang ingkar ini digelar sebagai Amalek di dalam kitab Taurat, yang membawa erti golongan yang seringkali melakukan kekejaman dan kerusakan di bumi ini.
Golongan Yahudi anti Zionis ini tanpa ragu-ragu menyeru semua golongan Yahudi yang beriman dan taat pada perintah Taurat, agar tidak takut untuk bersatu menegakkan keadilan. Kejahatan tidak akan bertahan lama kata mereka.
Harapan mereka, agar sejarah kehidupan yang aman dan sejahtera di antara golongan Yahudi, Kristian dan Muslim, di tanah suci itu dapat diulang semula. Seperti mana yang terlukis di dalam sejarah sebelum ini, di bawah pemerintahan Islam, Yahudi, Kristian dan Muslimin, hidup dalam keadaan bersaudara di bumi yang dianggap suci oleh tiga agama samawi.
Tercapaikah hasrat mereka untuk melihat kedamaian dan ketenangan di bumi Palestin? Hanya masa yang menentukannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cerita yg sama jugak ni di Malaysia... Walau pun ada segolongan melayu totok yg konon2nya memperjuangkan Melayu dan hanya utk Melayu padahal dia lah pengkhianat Melayu dan dalam masa yang sama puak2 yang totok Melayu ni jugak lah yang menuangkan racun racist dalam negara Melayu ni konon2nya Cina dan India ni kaum pendatang dan tak boleh nak bagi can hidup kat Malaysia ni... dalam masa yang sama ada jugak sekumpulan Melayu yg faham situasi sebenar yang faham totok Melayu ni sebenarnya semata-mata nak dapatkan political mileage utk kepentingan peribadi mereka sendiri... utk tempolok nafsu mereka sendiri... so bangkit lah Melayu yang berpandangan keadilan itu utk semua.... bangkit lah Melayu yang tidak ingin dijajah oleh bangsa Melayu itu sendiri... bangkit lah Melayu yang berjuang atas paksi Islam dan Iman untuk sama2 mendapatkan keadilan untuk semua tak kira Melayu, Cina dan India serta termasuk org2 asli ini tadi...
ReplyDeleteKorang fikir si Yahudi Zionist tu nak dapatkan Masjidil Aqsa apa semua tu untuk kepentingan Yahudi semua ke? Idaknye... itu semua utk kepentingan dan tempolok nafsu si Zionist tu semata-mata yang berlindung atas nama Yahudi...
setuju dengan pandangan kat atas
ReplyDeleteassalammualaikum,saya nak copy sikit and share sikit.thanks for pendapat anda.
ReplyDelete