Friday, March 2, 2012

melayu jadi PM atau muslim jadi PM?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

"saya berpandangan bahawa tidak ada masalah jika Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang bukan dari kalangan org melayu, asalkan dia itu org Islam yg beriman dan beramal soleh". Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

ayat ini, walaupun simple, mengundang polemik. well, sekurang2nya dari pihak sebelah "sana". bagi mereka, nik aziz sudah diresapi anwaris. dah dikuda DAP. mengkhianati bangsa sendiri.

mana mungkin bukan melayu itu menjadi PM? nik aziz tak tau perlembagaan ke?

baiklah. mari kita bincangkan tentang "melayu". apakah takrifan melayu bagi UMNO? seseorg yg memeluk agama Islam dan mengamalkan adat dan budaya org melayu. tak percaya? check perlembagaan UMNO.

then apakah si cina atau india yg masuk Islam dan mengamalkan ajaran Islam (yg menguasai 95% kebudayaan melayu) itu tidak boleh digelar melayu? atau bagi UMNO, melayunya seseorg itu hanya apabila depa menyertai UMNO?

perdana menteri malaysia yg ketiga dan keempat, yg juga pastinya presiden UMNO, bukan berketurunan melayu secara hakikatnya. mereka berketurunan malabari - MAMAK - tetapi diiktiraf sebagai melayu. kenapa? sebab keluarga mereka menjadi "melayu" bertahun2 dulu? apa kriteria "melayu" ini sebenarnya? sampai sekarang aku tak faham.

malah kalau kita ingat lagi pendedahan yg dibuat dulu, UMNO telah membuka keahliannya yg terawal kepada seorg bangsa asing bernama dr Charles Joseph Pemberton Paglar. mamat ni melayu ke? keahlian no 6 pulak tu!

telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

nah, di situ dengan jelas menunjukkan betapa warna kulit dan keturunan itu tidak menjadi kriteria utama di sisi Allah swt. jadi kenapa ianya menjadi kriteria utama di sisi manusia? salahuddin al-ayubi, pejuang terhebat dalam usaha membebaskan bumi palestin, bukanlah org arab tetapi dia memimpin satu angkatan berbilang bangsa, suku dan keturunan dibawah satu lembayung, iaitu Islam. tidak ada sesiapa pun mempersoalkan bahawa salahuddin al ayubi ini berbangsa kurdi.

agaknya, kalau ada UMNO masa tu, mau depa protes kaw2 kot. bangsa lain - tak boleh tak boleh. cheh.

terima je la hakikat - melayu itu tidak semestinya muslim. dan bila melayu itu muslim, tak semestinya bertaqwa dan benar2 mengikut ajaran Islam. lihat saja PM2 yg pernah dan sedang kita ada. ada yg kaki pompuan. ada yg kaki seleweng (yg ni banyak). ada yg tak tertegur bini tutup aurat (semua sekali). ada yg hina hukum Allah dan hina Nabi (2 yg femes) dan pelbagai lagi. come on la...apalah sangat MELAYU itu di sisi Allah?

No comments:

Post a Comment