Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 3, 2012
hasan ali yg lebih sudu dari kuah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dah lama aku tak sentuh pasal "pejuWang akidah" nan satu ni. bukannya apa, aku tak nak kacau dia buat road show. dalam masa yg sama, banyak lagi isu yg lebih aula' utk aku sentuh banding mengisahkan org tua ni. kalau dia rasa aman bahagia dengan road shownya, bagus la.
alih2, dia memekak lagi. kali ni dia berura2 nak saman naib presiden PAS, Dato Mahfuz Omar berkenaan dakwaan mahfuz bahawa hasan ali ditaja Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM2,000 dalam siri2 ceramahnya. dan hari ni dia hit the headlines again - mendakwa "pemecatannya dari PAS akan menyebabkan PAS tumbang". pheh.
siri ceramah hasan ali bergerak ke serata malaysia - at least semenanjung. bukanmurah kosnya. dewan mesti disewa. kalau dewan tak disewa pun, peralatan2 lain seperti PA system, kerusi, stage, bumbung stage, flyers, banner dan sebagainya perlu disediakan. dia punya ke semua tu atau dia sewa? atau jika ada pihak yg sponsor, siapakah pihak tersebut? hingga kini persoalan tu tidak terjawab oleh sesiapa pun.
aku penah gak handle program2 PAS terutamanya jika melibatkan markaz tarbiyyah melewar. sewa dewan tu je dah RM1,500 (ada special price utk jemaah tapi tak perlu la disclose kat sini). upah petugas lagi, persiapan promosi lagi dan sebagainya. ingat murah ke? mahfuz takkan berkata2 tanpa hujjah dan bukti yg kukuh.
so kalau hasan ali rasa nak saman mahfuz, silakan. kalau dia berani.
siapa hasan ali ni? apakah dia presiden PAS paling berpengaruh? apakah pengaruhnya dalam jemaah sekuat pengaruh mursyid al-am? atau pengaruh tuan guru presiden? atau mungkin pengaruh mat sabu sekalipun? dia hanyalah ajk PAS pusat sahaja merangkap bekas pesuruhjaya PAS selangor. cuma mungkin dia glemer skit la sebab pengaruh Forum Perdana Ehwal Islam. tapi kalau ditanya kepada umum, depa lebih menyantuni Datuk Dr Haron Din atau Tuan Ibrahim Tuan Man banding hasan ali!
PAS pernah hilang yang di-pertua (presiden) satu ketika dulu iaitu Dato Asri Muda. pernah hilang naib YDPnya iaitu Ustaz Nakhaie Ahmad. pernah hilang anggota majlis syura iaitu Ustaz Mohd Noor "kasyaf" Idris. depa bertiga bukan sahaja keluar dari PAS dan buat road show kutuk PAS, tetapi menubuhkan parti sendiri (dato asri) dan bergabung dengan UMNO atau menyertai UMNO itu sendiri (nakhaie dan mohd noor) lalu menghentam dan menentang PAS kaw2. ada PAS lemah? ada pas tersungkur?
ya - akibat perpecahan itu, UMNO berjaya merampas kelantan balik pada tahun 1982. tapi apa jadi? 8 tahun sahaja hayat UMNO di situ sebelum kepimpinan Ulama dibawah teraju Datuk Fadzil Noor (almarhum) dan Tuan Guru Nik Aziz yg bergabung dengan Semangat 46 dibawah teraju Ku Li menyelamatkan kelantan dari dirosakkan oleh UMNO. kerana apa? kerana rakyat kelantan khususnya masa itu TIDAK MEMANDANG PEMIMPIN, tetapi MEMANDANG PERJUANGAN DAN ISLAM.
mutakhir ini, semakin ramai rakyat terutamanya generasi Y dan X yg celik agama atau mula mendekati agama - terima kasih kepada fenomena internet yg mempopularkan ustaz azhar idrus dan ustaz don daniyal. semakin depa dekat dengan agama, semakin depa mula menyantuni PAS. inilah yg ditakuti oleh UMNO.
lantaran itu, hasan ali memainkan peranan kononnya "dia adalah wajah perjuangan sebenar PAS" yg lari dari PAS lantaran "PAS makin terpesong dek parasit". dalam hujjahnya mengenai "PAS akan tumbang" tu, dia menyatakan isu israel, anwar dan kristianisasi yg tidak dibendung oleh PAS akan menjahanamkan PAS.
ingin aku tanya si tua ni - masa dia jadi exco dulu, dia rajin betul serbu gereja, kedai arak dan kelab2 malam yg kemudiannya dengan muka sedih, dia mendakwa "saya dihalang dari menegakkan akidah". sekarang dia dah bebas lepas. ada group sendiri. APSAL DIA LANGSUNG TAK KELIHATAN MENYERBU GEREJA LAGI? APSAL DIA TAK MENYERBU KEDAI2 YG JUAL ARAK LAGI? apakah dia hanya serbu utk mendapat nama atau dia menunggu ada jawatan baru nak "menegakkan akidah"? pejuang apa tu?
mengenai israel, mana dia sewaktu bantahan rakyat malaysia terhadap kemasukan kargo israel yg menggunakan pelabuhan malaysia? mana dia sewaktu pendedahan mengenai hubungan dagangan kita secara terus dengan israel? apsal dia membisu?
dan terkini, mahathir secara jelas dan nyata memperlekehkan hukum Allah dan menghinanya secara LIVE di hadapan para penonton di UNIMAS. mana dia? apsal dia tak bersuara? kalau benar dia pejuang akidah, kata2 mahathir itu sendiri mampu memesongkan akidah! mahathir siap kata hukum hudud tu keras la tak adil la apa la - MANA DIA PERGI? DUK RALIT KIRA DUIT DERMA CERAMAH KAA??
sudah2la hasan ali. anda seperti kulat yg tak tahu malu. menumpang kasih atas sebatang pokok yg subur kukuh, dan bila pokok itu menyisihkan anda kerana anda merosakkan struktur pokok tersebut, anda tuduh pokok itu yg hampir tumbang.
sememangnya anda ni pejuWang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment