Monday, March 5, 2012

jangan dihalangi hak mereka!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ} [النور: 22

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (an-Nur, 22)

ayat ini diturunkan rentetan drpd sumpah Abu Bakr as-Siddiq yg tidak mahu lagi memberikan nafkah kpd saudaranya yg ditanggunginya selama ini iaitu Misthah bin Utsatsah. sumpah Abu Bakr itu adalah rentetan drpd tindakan Misthah yg mempercayai fitnah bahawa puterinya yg juga isteri Rasulullah s.a.w, A'isyah r.a telah berkhalwat dan berzina dengan seorg sahabat Nabi s.a.w iaitu Safwan bin Mu'attal yg ditaburkan oleh ketua kaum munafiq iaitu Abdullah bin Ubay bin Salul, lalu Misthah bertindak menyebarkan berita fitnah tersebut sehingga menjadi buah mulut penduduk Madinah ketika itu.

Misthah adalah ahli keluarga Abu Bakr yg sememangnya miskin lalu selepas dia berhijrah ke Madinah, Abu Bakrlah yg menanggung kehidupannya sehari2 sehinggalah apabila Misthah terjerumus ke lembah pemfitnahan, Abu Bakr yg begitu berang - bukan disebabkan tuduhan ke atas puterinya tetapi berang terhadap tuduhan terhadap isteri Rasulullah - bersumpah tidak mahu lagi menanggung Misthah. lalu turunlah ayat ini yg menegur betapa tindakan Abu Bakr itu tidak patut. Abu Bakr yg pastinya taat kepada perintah Allah membatalkan sumpahnya itu dan kembali menanggung Misthah seperti biasa.

kenapa aku bangkitkan kisah ni? kisah ni ada dua pengajaran secara asasnya -

1) kita hendaklah sentiasa bersifat memaafkan dan berlapang dada
2) kita hendaklah berbuat baik terhadap semua org meskipun dia menyusahkan kita, malah jangan menghalangi hak org lain terhadap kita.

sememangnya sering kali kita kalau hangin satu badan dengan sesapa, kita akan seboleh2nya menyusahkan pihak itu atau paling cikai, "bo layan". sedangkan itu bukanlah akhlak yg diajar oleh Baginda Nabi s.a.w dan para sahabat. yg dituntut dalam Islam adalah kita hendaklah berbuat baik terhadap semua org walaupun kita disakiti atau dia sememangnya "tak sekepala" dengan kita.

itu baru cerita "berbuat baik". belum cerita hak lagi!

dalam komuniti kita pun sama. seandainya kalau kita naik pangkat sebagai contoh, dan ada kawan2 kita yg sekarang ini duduk di bawah kita - yg mungkin kita tidak begitu ngam dengan dia - kita akan sebolehnya menyusahkan org itu dengan bebanan kerja atau pelbagai perkara2 yg sememangnya didesign utk membuatkan insan itu "live the living hell".

dalam sosiomasyarakat kita pun begitu. berapa banyak guru2 atau kakitangan kerajaan yg diposting, ditukarkan kerja atau dinafikan hak mereka malah ada yg sampai diberhentikan kerja hanya semata2 tidak sefikrah dengan kerajaan yg memerintah. kalau pentadbiran yg berkait rapat dengan perjalanan kerajaan - mungkin para pegawai tinggi - itu mungkin boleh dimaafkan sekiranya pihak pemerintah mengambil mereka yg sefikrah dengan kerajaan pemerintah utk melancarkan kerja2. tapi bagaimana nasib penjawat2 peringkat bawahan? belum dikisahkan ttg diskriminasi2 lain lagi.

bagaimana pula dengan hak? rakyat kelantan misalnya dinafikan hak royalti minyak sekian lama walaupun jelas perjanjian pengalian petroleum 1975 itu memberikan hak royalti sebanyak 5% kepada semua negeri yg mempunyai minyak di perairan mereka. tak kira jumlahnya kecil atau besar, itu adalah hak. tetapi oleh kerana kelantan diperintah oleh pihak yg tidak sebulu dengan kerajaan pusat, maka hak itu dinafikan dengan pelbagai alasan yg karut marut.

itu juga yg berlaku di terengganu tahun 2004. secara tiba2, royalti minyak yg dinikmati oleh kerajaan negeri terengganu sekian lama tiba2 bertukar menjadi "wang ihsan" sejurus selepas PAS menawan terengganu. ini adalah satu bentuk diskriminasi. penafian hak yg sahih hanya kerana pentadbiran negeri itu tidak lagi sefikrah dengan pusat.

marilah kita hayati bait2 kalamuLlah dari surah al-A'raf ini -

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.(al-A'raf, 32-33)

kesimpulannya, adalah sesuatu yg dimurkai Allah apabila kita menyusahkan org lain walaupun org itu menyusahkan kita, apatah lagi menghalangi hak mereka.

No comments:

Post a Comment