Friday, September 21, 2012

Hari Membantah Kebiadaban!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ Ternyata kewujudan filem pendek "Innocence of Muslims" memberikan impak yg tersendiri. Aku ingat lagi - satu ketika dahulu dunia Islam pernah dikejutkan dengan penulisan buku "The Satanic Verses" oleh Salman Rushdie. Tidak lama dulu, penyiaran karikatur2 menghina Nabi Muhammad s.a.w juga menjentik sensitiviti umat Islam sedunia. Dan kini, giliran filem arahan Sam Bacile ini pula mencabar kesabaran kita. Seperti yg dijangka, semua pihak memberikan reaksi keras terhadap filem pendek ini. Kulminasinya, siang tadi selepas solat Jumaat belangsung dua demonstrasi di dua lokasi berlainan oleh Pemuda UMNO dan juga Pemuda PAS bersama Pakatan Rakyat - Pemuda UMNO di Masjid Jamek Kampung Baru dan demo oleh Pemuda PAS + PR di Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Amerika.