Thursday, March 8, 2012

UMNO makin samseng!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

lama2 aku rasa mcm hidup zaman mafia lak dah.

cerita kesamsengan UMNO bukanlah baru. benda ni dah ada sejak zaman 60-an lagi - lebih dikenali dengan nama "geng tahan lasak UMNO" yg sememangnya menggunakan stail samseng utk menghalang rakyat dari merapati program2 pembangkang terutamanya PAS pada masa itu.

insiden2 samseng UMNO yg begitu mencambah sejak kejadian di jalan kebun 2 bulan lepas sememangnya merisaukan. tambah merisaukan, pihak polis seolah2 hilang taring dan menjadi harimau bapuk dalam menangani situasi ini. tangkapan semasa dan selepas kejadian sahaja tak mencukupi. bagaimana dengan pre-amptive measure? polis tak boleh menyuruh PR menghentikan siri program depa sebab ianya dijamin haknya oleh perlembagaan. tambahan pulak, polis sepatutnya bertindak mengawal situasi bukannya menghalang situasi hanya kerana perbuatan sebelah pihak.

terbaru seperti yg didedahkan oleh pengarah propaganda SAMM, Edyes menerusi blognya Edyesdotcom.blogspot.com, satu ugutan terbuka terhadap Chegu Bard dan penganjur program ABU pada 9 mac ini telah dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Seputeh merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Mohd Razlan bin Muhammad Rafii menerusi twitter.

poster program ABU 9 mac ini

Ugutan Razlan terhadap Chegu Bard


bukti menunjukkan jawatan Razlan dalam UMNO dan UMB

sila perhatikan ayat razlan itu - "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau" - apakah maksudnya? apakah mungkin razlan dan konco2 baculnya akan buat apa sahaja utk pastikan Chegu Bard "tidak balik Rembau"? apakah depa ingin tangkap Chegu Bard? ikat Chegu Bard? kurung Chegu Bard? pukul Chegu Bard? BUNUH Chegu Bard? segalanya mungkin bila dikaji ayat "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau" tu. takkan depa nak suruh Chegu Bard kahwin dengan org Seputeh kot supaya Chegu Bard tak balik rembau dan duduk honeymoon dengan isteri baru?

ternyata, UMNO cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda UMNO yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh UMNO sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan UMNO panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.

soalnya, bukankah depa selalu mencanangkan yg UMNO semakin mendapat sokongan rakyat? jika benar, kenapa perlu sebegini pengecut dan bacul? perlu diimbaskan kembali bahawa si razlan inilah orgnya yg membuat fitnah besar terhadap kerajaan PR selangor berhubung pembinaan gereja terbesar asia tenggara di bukit jalil dulu - yg akhirnya memakan tuan kaw2.

soalan terbesar - apakah dengan meneruskan taktik bacul sedemikian, depa ingat rakyat boleh kembali menyokong UMNO?

No comments:

Post a Comment