Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 5, 2012
tidak semua perkara boleh ditakwil dengan akal...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
pada satu hari, seorg ayah dan anaknya berbual2 sambil beristirehat dalam sebuah dusun yg mengandungi pelbagai tumbuh2an. ada pohon kurma, tanaman tembikai, labu, rambutan dan sebagainya.
si anak berkata, "ayah, hasil tanaman kita ni mcm tak logik la."
si ayah bertanya, "kenapa kamu berkata demikian?"
si anak menjawab, "ye la. pohon kurma yg sedang kita berteduh ni contohnya kan besar. jadi kenapa buahnya kecil? kalau pohon besar, buahnya mesti besar la. tembikai pun sama. kenapa buahnya besar tapi pohonnya kecil? patutnya tumbuhan kecil buahnya mesti kecil la."
si ayah tersenyum lalui menjawab, "itukan hikmah kejadian alam yg Allah ciptakan."
tiba2 seketul buah kurma terjatuh atas kepala anak tersebut.
"aduh! terperanjat saya. buah kurma jatuh rupanya."
si ayah tersenyum lalu berkata, "itulah hikmahnya kejadian alam ciptaan Allah, anakku. hanya Allah yg Maha Mengetahui segala alasan penciptaan alam semesta ni.
kita sedang berteduh bawah pohon kurma ini. pohon ini besar, melindungi kita dari terik matahari. buatnya buah kurma ni sebesar buah tembikai - keras pulak tu - tak ke pecah kepala kita dihempapnya nanti bila buah itu gugur tiba2 tanpa kita sedari?"
si anak termenung panjang. si ayah menyambung, "tidak semua perkara yg ditentukan Allah itu mampu kita takwilkan dengan akal kita, anakku. sejauh mana kita berilmu, Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu."
apakah pengajaran dari kisah ni?
sememangnya dalam al Quran Allah menggalakkan manusia ini menggunakan akal fikiran - berfikir - akan segala apa yg Allah telah jadikan dan siapkan utk manusia atas satu sebab yg paling hak iaitu "menginsafi dan mengagungi kuasa Allah swt.
firman Allah, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti" (Ali 'Imran, 190-193)
manusia diciptakan Allah melebihi segala makhluk yg lain. Allah mengurniakan manusia akal yg mampu berfikir secara "independent" tanpa diprogram oleh mana2 program yg statik. tetapi sesungguhnya apalah sangat keupayaan akal manusia dalam menakwilkan segala apa yg Allah turunkan terutamanya dalam bab2 hukum hakam yg terdapat dalam al-Quran?
malah, kalau kita kaji balik, terdapat pelbagai perkara yg tidak mampu diterima akal dikisahkan dalam al-Quran seperti peristiwa isra' mi'raj, mukjizat para Nabi dan sebagainya. sesungguhnya itulah hasil dari Kebijaksanaan Allah yg Maha Bijaksana dalam menjadi, merekacipta dan menentukan sesuatu.
dan untuk merungkaikan lagi secara jelas ttg kalamuLlah ini, maka Allah telah turunkan para Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah, dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah penghulu utama dan Nabi yg teragung yg membawa agama dan risalah yg diredha Allah utk digunapakai oleh manusia sejagat hingga kiamat. maka segala hukum hakam Allah itu telah dicipta dengan sempurna oleh Maha Pencipta utk kita halusi, pelajari dan amali.
bukannya untuk kita alter hukum hakam itu, atau mempersoalkannya, mengikut suka suki akal kita. dan inilah yg berlaku.
golongan2 yg seringkali berpaksikan kepada akal semata2 - lebih dikenali dengan nama mu'tazilah - sememangnya sentiasa akan cuba utk mencari flaw atau kekurangan dalil2 yg qat'ie itu kerana bagi mereka, "eveything must be logical" - mcm mr spock. dek kerana "kiblat akal" itulah ada yg tergamak mengatakan "hukum Allah tidak sesuai di malaysia sebab berbilang kaum", "hukum hudud tak adil dan keras", "paksi hukuman Islam adalah keadilan dan hukum hudud ini tak adil" dan sebagainya.
kalau ikut pertimbangan akal yg logik, adil itu bermaksud saksama - sama rata, sama rasa. tapi kalau kita kaji sebenar2nya apa yg diajar dalam Islam, adil itu bermaksud "meletakkan sesuatu pada tempatnya". maka hukum Islam ni nak ikut logik akal atau fikrah Islamiyyah?
kalau kita kurang pasti dengan perihal agama terutamanya benda2 yg agak complicated seperti hal2 undang2 Islam dan sebagainya, bergurulah. carilah guru yg mursyid yg membedah kitab2 yg bersandarkan kepada dalil2 qat'ie al Quran dan hadis2 sahih (malah dalam sesetengah tempat, daif pun diterima). takwillah hukum Islam ini dengan iktikad "sami'na wa atha'na", dan bukannya mempertikaikan lagi hanya kerana ianya "tidak dpt diterima akal".
tidak semua perkara boleh ditakwilkan dengan akal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment