Friday, March 30, 2012

Israel - Telunjuk UMNO lurus, tapi kelingkingnya berkait


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tak lama dulu, aku ada menulis mengenai perihal Malaysia mengikut telunjuk USA dan Israel berhubung Iran, dengan masa tu aku menulis ttg betapa Malaysia telah menghentikan eksport sawit ke Iran dan dalam masa yg sama, meningkatkan jumlah eskport minyak bahan tersebut ke Israel. Laporan Reuters menyatakan kononnya tindakan itu diambil oleh kerajaan Malaysia sebagai menyokong gesaan Iran menghentikan program nuklearnya - atas desakan Israel yg tak habis2 jaki dengan Iran.



Jika itu tak cukup, bagaimana pula dengan pendedahan terbaru oleh Bernama yg menyatakan Malaysia menghentikan import minyak bahan bakar mentah dari Iran mulai April ini? Apakah Malaysia betul2 mahu mengikut telunjuk Israel dan USA dalam hal ini? Apakah dalang di sebalik semua ni ialah Anwar Ibrahim yg kononnya UMNO dakwa sebagai "sahabat Israel"? Siapa sebenarnya yg menjilat punggung Israel sekarang?


Segalanya bermula sekian lama, tetapi kini diacceleratekan dengan perlantikan APCO Worldwide yg terbukti mempunyai link dengan Kementerian Dalam Negeri Israel sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia (dan penasihat UMNO dalam masa g sama). Dengan melantik APCO sebagai penasihat kerajaan Malaysia itu, Iran yang dianggap musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia.

Lebih dikesalkan lagi Malaysia sebuah negara yang berpengaruh di dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam masa yang sama menghentikan import minyak Iran.

Ini menunjukkan Malaysia tunduk terhadap lobi Israel dan Amerika Syarikat.

Bagi menunjukkan atau memperbodohkan rakyat, Tun Mahathir membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang kononnya memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit sedangkan Malaysia adalah negara yang merdeka.

Untuk mengimport atau tidak itu adalah hak negara kita kerana negara kita bukanlah tanah jajahan Israel atau Amerika Syarikat.

Tidak terfikirkah Najib dengan menghentikan import minyak dari Iran itu, negara kita yang dikatakan Negara Islam telah menindas negara Islam yang lain?

Tindakan Mahathir "membidas" USA hanyalah seperti "buruk muka, cermin dipersalahkan". Kenapa mesti menyalahkan pihak lain sedangkan kita ada hak kedaulatan kita yg tersendiri yg kononnya kita bangga2kan selama ni? Tidak ada sesiapa pun yg memaksa kita tunduk pada mana2 tekanan dan selama ini, kita seringkali kononnya "berkecuali" dalam segala hal. Mana perginya semua itu sekarang?

Jadi, benarlah kata2 kerajaan bahawa negara ini tidak dipengaruhi oleh mana2 kuasa asing hanyalah retorik dan penipuan semata2.

Puak2 UMNO bising, kononnya tindakan ini wajar kerana Iran adalah negara syiah dan sebenarnya USA dan Iran "berkawan baik". Kalau kawan baik, kenapa USA menggesa Iran diboikot? Dan jika ini kerana Iran adalah syiah, apakah syiah itu lebih teruk dari zionis? KIta ada kedutaan Iran di sini, dan tidak Israel.

Jadi, kenapa negara ni harus tunduk kepada tekanan Israel?

Nampak sangat, selama ni depa cuba menggambarkan Anwar sebagai "barua Israel dan yahudi" sedangkan hakikatnya? Telunjuk depa memang lurus, tapi kelingking depa berkait.

No comments:

Post a Comment