Sunday, March 25, 2012

Nik Aziz hina Nabi? Menjawab soalan ustaz Kazim part 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Memang pencacai UMNO BN beberapa hari ini galak dengan isu TGNA HINA NABI (?). Selain menjatuhkan imej pimpinan ulama dan nama baik parti Islam, ia juga dilihat lebih kepada suatu usaha untuk mengalihkan para pelayar lautan maya untuk tidak terus fokus kepada hujanan isu pendedahan keborokan dan penyelewengan UMNO/BN. Inilah hasilnya daripada dakyah seorang yang terkenal.

Sejarah isu Tuan Guru Nik Aziz Hina (baca : memulia) Nabi. Kenapa?

Isu panas ini sebenarnya sudah bertahun - sejak seawal 2008 oleh Ust Kazim walaupun ada usaha menyejukkannya dengan hujanan hikmah. Namun ia terus dinyalakan dalam beberapa siri lain. Terkini pada 12 Feb 2012 dia memarakkannya lagi dalam ceramah dengan penampilannya bersama Dato' Hasan Ali di Lahat, Ipoh, Perak.

Macam biasalah ust Kazim masih berminat menjadikan isu khilafiah malah hadis palsu sebagai alat pertengkaran dan perbahasan secara tidak wajar. Dia tetap tidak mempedulikan natijahnya apakah merugikan ummat Islam atau tidak, asalkan publisiti dirinya meningkat walaupun dengan memijak kepala seorang tok guru sedang mulutnya melaung supaya ummat Islam bersatu sedang dia memarak api perpecahan ummah. Halaka al mutanaththi'!

Kepada semua pembaca, bacalah tulisan balas saya dengan intonasi lembut justeru bukan saya menulis dengan muka merah padam, bahkan berkeadaan tergelak-gelak kecil dan tersenyum apabila mengingatkan hujahnya yang melucukan.

Misi kita menulis balas bukan untuk menjatuhkan sesiapa, atau membongkar kelemahannya, tetapi sekadar العمل بالمثل, iaitu membalas balik sekadar kemudaratan fitnah kosong yang telah dibuat ke atas parti saya (baca : perjuangan Islam). Kalau baik dia buat baiklah dia dapat dan kalau buruk maka buruklah dia dapat.

Diharap dengan cara penulisaun yang berunsur harotia juvenalia ini mampu mendesak Ust Kazim menjelaskan secara ilmiah mengenai kelahiran Nabi SAW yang terus bertahmid dan sujud mengadap kiblat ketika lahir sebagaimana yang disebut dulu sebelum rakaman di atas muncul. Dengan cara ini tiada alasan untuknya cakap hadis tu banyak, korang dah baca semua ke? So, lepas ni silalah keluarkannya. Ramai diluar sana nak tau apakah Ust Kazim yang tampaknya yakin dengan hadis yang dijadikan hujah itu mentakhrij hadis yang dibaca menurut kaedah yang betul.

Jangan untuk mengangkat imej sendiri, maka diperlekeh si penegur dengan kalimat 'BODOH' [w/pun berlapik bocor] dan menjerit-jerit 'pergi belajar balik pada pihak yang benar dan teraniaya' kerana sebelum itu kenyataan panglima Kazim yang memang jelas tak faham telah berbaur menyeru ummat Islam supaya menampar TGNA.

Apakah perbuatan tersebut kerana tidak mahu diCOP sebagai dangkal dalam ilmu hadis? Jika ya, apakah pula tidak risau dicop Nabi SAW pula sebagai pendusta hadis baginda? Malulah kepada baginda dan takutlah dengan ancaman baginda. Buatlah secara jujur, bukan main ngelat. Cara hujah yang duk ada dah sebelum ni bukanlah caranya. Jangan terus kelirukan lagi ummat Islam dengan hadis yang tak tau hujung pangkal statusnya. Kalau tak sanggup tak pa, semua orang ada salah. Mintak je maaf dari TGNA dan bertaubat. Beristighfarlah dan buktikan kesyukuran kepada Yang Maha Memberi Hidayah dengan tidak berhujah lagi dengan sesuatu hadis pun selagi tidak pasti ia hadis sahih daripada utusanNya Muhammad SAW. Apapun ramai yang menanti jawaban sebenar dari Ust Kazim sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir -- Lihat : Ibn al-Salah, 'Ulum al-Hadith, ms. 239]

Sabda Rasulullah s.a.w : "Jangan kamu berdusta ke atasku. Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10]

InsyaAllah kita akan menjawab persoalan dan membidas pertikaian yang menjadi isu kuliah TGNA yang dikatakan menghina nabi daripada rakaman video di atas. Kita telah menyalinnya dalam bentuk transkrip ucapan TGNA, soalan yang terpampang dan inti pertikaian. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjawabnya satu demi satu dalam bentuk unsur harotia juvenalia sebagai usaha untuk menyedarkan bukan hanya uploader video pencetus, ust Kazim yang menjawab sesedap rasa dan pencaci ulamak sekalian.

Tuan Guru Nik Aziz : Rasulullah SAW adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah swt sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di atas muka bumi ni. Entah berapa ribu juto trilion manusia ni. Ada seorang di atas dunia ni bernama Muhammad bin Abdullah SAW, beliau telah dilantik jadi nabi bila umur dia 40 tahun.

Soalan : Masa tu baru Allah nak pilih siapa yang nak jadi Nabi ???

Jawapan : Soalan ini nampak sangat berniat jahat. Agak2 la - dah la ditanya berdasarkan satu klip yang diedit dari kuliah yang berjam sampai tinggal seminit lebih je pastu terus nak menembak. Dahla bahagian yang diambil pun untuk keliru orang ramai.

Kenapa dia tanya "siapa yang nak jadi" sedangkan dah diberitahu TGNA bahawa Rasulullah SAW adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Bukan kerana ada kejadian dulu baru terfikir kemudian, yang tu dah tak sendiri dah, yang tu bererti dah terpengaruh dengan desakan keadaan dan keperluan kejadian. Fahamlah betul-betul apa yang dikata berdasar ilmu bukan berdasar nafsu. Dasar geng gila kuasa dan nama memang payah kira! Bahasa diguna pun jenis macam aci semawa diri je, ada hati nak jadi nabi pulak ke?

Nubuwwah adalah kurnia dan pemberian Tuhan, Allah memilih kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya. Allah mengkhaskan kepada orang-orang yang diingini-Nya, dan kenabian tidak akan dapat diperolehi dengan jalan ikhtiar atau usaha dengan kesungguhan dan kepayahan, juga tidak dapat diperolehi dengan jalan memperbanyak beribadah dan memperbanyak ketaatan, sebaliknya ia hanyalah kemuliaan murni daripada Allah.

Sebagaimana firman Allah:
“…..Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai kurnia yang luas.” [Al Baqarah : 105]
Sebagaimana firman Allah :
“Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al Hajj : 75]

Apa nak pertikai lagi hak Allah ke memilih atau nak suruh Allah kena ikut kehendak sesiapa? Baca elok-elok di atas. Apa pulak rasa jika dirinya dipertikai seperti ni dan siap diberi dalil-dalil lagi tu untuk menguatkan tuduhan ke atasnya? Apapun ini cuma CONTOH. Sedang dia menulis soalan tu mungkin tak berniat sebegitu. Maafkan cara sebegini, tetapi inilah sebenarnya kesannya apabila kefahaman si pendengar berbeza dari kehendak yang berkata atau menulis. Kesannya bukan pada empunya diri saja malah pada orang lain sekeliling apabila ia disampai-sampaikan. Sudah ratusan ribu view di Youtube dalam hal ini, apakah perlu diupload dan diedit-edit lagi?

Perhatikan pula ayat "Allah SWT sendiri tengok". Situ sudah ada jawapannya. Kena faham sifat Allah Yang Maha Melihat. Allah mampu melihat dalam iradahNya secara sempurna walau sebelum alam atau manusia ini dicipta, malah ia beriradah untuk mengatur sekalian ciptaanNya dari azali. Tegasnya TENGOK Allah al Khaliqul Bari tu tak sama dengan ciptaanNya tengok.

Pencerahan rujuk soal para malaikat dan jawapan Allah mengenai iradahNya yang mahu menjadikan manusia sebagai khalifah (Nabi Adam dan baninya). Dengan izin Allah para malaikat yang dah tau sebahagian sifat-sifat manusia walaupun belum dicipta bertanya mengenai kesannya. Allah jawab apa? "Aku lebih tau apa yang kamu sekalian tidak ketahui". Kita sebagai makhluk ni cuma tau kalau diberitahu kalau tak tengok. Nampak?

Berhati-hatilah kita semua dalam berkata-kata : ان الكلام لفي فؤاد وانما جعل اللسان على فؤاد دليلا
Sesungguhnya kalam yang sebenar itu adalah hati - akan tetapi lidah adalah untuk menggambarkan kandungan hati.

Bersambung part 2.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ujian dari Allah terhadap Nik Aziz, tapi dia ego dan memecah belah kan ummah. Mari kita sama2 berdoa pada Allah agar dibersihkan hatinya dari tompokan hitam.

    Ahli2 agama tak kira latar belakang politik, golongan ini diberi kelebihan oleh Allah untuk naik '70000' kali darjat dari abid Allah yang lain.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, penulisan yg terlampau panjang dengan lebih daripada separuh adalah emosi yang tidak dikawal

    ReplyDelete
  4. Perbetulkan hujah saudara tentang melihat dgn meneliti ayat Nik Aziz

    "Rasulullah SAW adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah swt sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di atas "MUKA BUMI" ni.

    ReplyDelete