Sunday, March 25, 2012

Nik Aziz hina Nabi? Menjawab soalan ustaz Kazim part 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Al Quran ada jaminan Allah, hadis tiada jaminan. Malahan Rasulullah mengingatkan akan kemunculan hadis-hadis palsu dan penyebarannya. Pendeta Yahudi dan Nasrani mengubah kitab Taurat dan Injil dengan tangan-tangan mereka. Kaum Dajjaaluun dan Kaazibuun telah menyebabkan kemurnian hadis yang menjadi antara 2 sumber rujukan utama ajaran Islam tercemar. Malah amat menyedihkan di antara kaum muslimin yang dikenali baik menyebarkan juga hadis dusta tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Ya Allah selamatkanlah aku daripada bersifat sedemikian, aku mohon perlindungan dariMU dari kejahatan dan kecuaian diriku yang membinasakan .

Dalam suatu keadaan, hatta seorang mufassir (pastinya seseorang yang memiliki kriteria hebat dan melepasi syarat yang ketat) .. Namun jika ia didapati melakukan kesalahan menggunakan hadis palsu (pasti secara tidak sengaja) untuk menghuraikan ayat Allah, pasti penafsirannya pada ayat tersebut dipertikai bahkan mungkin ditolak jika tiada sokongan hujah lain yang menguatkan dan dia sendiri dianggap mufassir yang lemah. Maka apalah sangat jika dibandingkan dengan status al Hafiz walau dia memiliki ijazah takhsis Qiraat daripada jami'ah tertua di dunia sekalipun jika ianya berbuat sesuka hati..


Tuan Guru Nik Aziz : 'Waktu dia beranak' .. Jadi, 40 tahun sebelum dia ni beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah pun tak tahu anak dia ni akan dilantik jadi nabi".

Soalan : Kemuliaan Nabi Muhammad bermula di usia 40 tahun ???

Jawapan : Kaedah ada menyebut : لا ينسب إلى الساكت قول (Tidak boleh disandarkan kata-kata kepada orang yang tidak menyebutnya).

Apakah TGNA ada mempertikai kemuliaan Nabi pada usia sebelum 40? Apakah dikira menolak kemuliaan Nabi SAW sewaktu dilahirkannya kerana kenyataan bahawa Siti Aminah tidak tahu bahawa si anak akan dilantik jadi Nabi (tidak didatangi Jibril yang memberi perkhabaran bahawa dia mengandung dan akan melahirkan seorang yang akan dilantik sebagai Nabi)?

Semua kejadian Allah yang bernama manusia itu mulia disisinya mengikut pangkat dan darjat ketaqwaan masing-masing kepadaNya. Begitulah kemuliaan Nabi SAW juga tidak terkecuali sewaktu kecil bukankah setiap yang dilahirkan itu atas fitrah (Islam)? Apakah Islam itu bukan suatu kemuliaan? Dalam hal ini jika ada keajaiban seorang Rasul sama ada ia irhas atau mukjizat yang sahih pastilah TGNA yang dikenali sebagai berilmu tidak akan menolaknya.

Inti Pertikaian Ust Kazim : Mustahil Siti Aminah tak tau ..3 kali Jibril datang. bla..bla... dalilnya bla..bla.. dalam kitab bla..blaa... ini hukum.. wajib bla bla

Bidasan kita : Ust Kazim ni pun sejenis dengan puak yang suka duk sandar kata orang rata riti tak ikut aturan hukum sungguh. Padan ke dengan sandar soalan dalam uploader youtube dah la untuk subhat sekali pertikai TGNA? Ke dia tengok sendiri dan dia yg pi upload video tu kat internet? Kita yakin dia tau apakah itu sanad tapi seolah2nya dia kena belajar balik bab pentingnya sanad dalam penghuraian riwayat.

Kalau ada TGNA pertikai secara nyata, buktikan secara nyata kesalahan tersebut! Tapi bukan dengan cara diambil faham dari video yang disunting, ditambah lagi dengan kefahaman yang lemah dan menggunakan dalil merapu untuk menghukum. Tak cukup pertikai perjalanan parti yang memperjuangkan Islam secara tertib yakni yang dipantau dan dibahas perjalanannya melalui syura dan dewan ulamak, mursyidul Am kami TGNA pula dicop kamu sebagai penghina Nabi s.a.w?

Jika benar sangat tuduhannya itu manakah dalilnya yang sahih mengenai peristiwa Jibril bertemu Siti Aminah? Silalah takhrijkannya dengan jujur dan benar mengikut methodologinya. Itupun jika benar ianya ada dalam pengetahuannya. Kalau tidak mampu, jangan sekadar jual nama hadis dan menyebarnya berulangkali apalagi dalam majlis ilmu tanpa menyebut sanad dan mengambil kira statusnya adalah amat membahayakan. Sila rujuk video di part 1 mengenai perihal ini.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya,
عن عتبة بن أبي حكيم قال : سمع الزهري إسحاق بن عبد الله يقول : قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم ) : فقال الزهري : قاتلك الله يا بن أبي فروة ، ما أجرأك على الله إلا تسند حديثك ؟ تحدثنا بأحاديث ليس لها خطم ولا أزمة
Daripada 'Utbah bin Abi Hakim yang berkata : Az-Zuhri telah mendengar Ishaq bin Abdillah bin Abi Furah berkata : telah bersabda Rasulullah s.a.w.." Maka Az-Zuhri berkata: "Binasalah kamu wahai Ibn Abi Furah. Tergamakkah kamu melampaui ke atas Allah, melainkan hendaklah kamu menyandarkan hadith kamu tersebut (dengan sanadnya). Kamu meriwayatkan hadith tanpa sebarang rujukan dan sumbernya. [Makrifah Ulum Al-Hadith: 6]

Tunjukkan secara jelas dan insya Allah, kita pasti akan bersetuju dengan sesuatu yang sahih datangnya daripada Nabi SAW. Siti Aminah didatangi Jibril tu memang tak musatahil sebab pernah berlaku pada bonda-bonda Rasul Allah a.s sebelum baginda SAW. Dan tak mustahil juga sebab banyak lagi Rasul a.s yang lain tak disebut pun ada didatangi mimpi sebelum mereka dilahirkan. Yang paling mustahil sekarang adalah sesuatu yang tidak sahih dijadikan hujah.

Apakah ust Kazim suka untuk berkata begitu begini sedang intipati yang wajar disampai telah bersifat racun dalam diri para pendengar? Berbahas dengan hadis yg tidak jelas atau menyebarnya tanpa landasan yang betul adalah merosakkan agama.

Imam Abdullah bin Al-Mubarak berkata :
الإسناد عندي من الدين ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء ، فإذا قيل له من حدثك ؟ بقي
"Isnad (sanad) menurutku adalah sebahagian agama. Kalaulah tanpa sanad, sesiapa sahaja akan bercakap apa sahaja (dalam urusan agama). Jika ditanya kepadanya "siapa yang menyampaikan kepadamu (meriwayatkan kepadamu hadith-hadith dan ilmu agama), nescaya dia akan kebingungan (tidak mengerti kerana tidak pernah mempuyai sanad).

Jadi suka kita hendak bertanya kpd ust Kazim apakah pula hukum mempertahan hadis palsu akan peristiwa-peristiwa keadaan kelahiran Rasul yang tiada disebut? Apakah ini juga suatu penghinaan kerana mengada-adakan sesuatu yang bukan daripada baginda? Apapun wajib hukumnya untuk kita menghalang pendustaan ke atas Rasul dan merosak agama.

Bersambung part 3.

No comments:

Post a Comment