Wednesday, March 7, 2012

Mashitah oh mashitah...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

satu ketika dulu, terutamanya masa aku masih student UIA, aku amat mengagumi dr nan sorang ni. dengan perwatakan keibuan, kelembutan tutur bicara, not to mention wajah yg cantik walaupun telah berusia membuatkan ramai student UIA baik laki mahupun pompuan mengagumi dirinya. dia disanjung tinggi. kalau nak buat perbandingan, sila bayangkan sanjungan terhadap dr muhaya ketika ini. inilah umpamanya sanjungan terhadap dr mashitah ibrahim.

apabila dia memutuskan untuk terjun ke arena politik dan bertanding atas tiket UMNO pada tahun 2004, dia masih lagi tidak dianggap serong kerana pada ketika itu, umum memerhatikan bahawa pak lah ingin membawa perubahan ke dalam UMNO supaya menjadi lebih Islamik. mashitahlah antara masterstroke pada ketika itu. punya hebat aura mashitah ni masa tu, dia mampu mengalahkan bekas imam besar masjid negara, datuk taib azamuddeendengan majoriti menghampiri 5,000 undi di baling.

after that, things went awry.

bermula dari detik inilah, belang mashitah yg sebenar terdedah. begitu banyak sekali kenyataan dan ungkapannya yg amat lari dari Islam dan fikrah Islamiyyah. berikut adalah beberapa contoh kekarutan yg dilakukan oleh mashitah -

1 - siapa boleh lupa "fatwa" klasik mashitah berkenaan "Wanita dibenarkan melacur"? mashitah antara lain mengatakan bahawa wanita boleh melacurkan diri jika kesempitan hidup atau darurat. Kenyataan tersebut yang telah disiarkan dalam ruangannya di akhbar Harian Metro pada 19 Jun 2005, jelas merupakan satu dakyah yang amat berbahaya dan boleh merosakkan umat Islam. Apa yang melucukan ialah kenyataannya itu muncul tatkala dia sering mengatakan bahawa dia akan memainkan peranan untuk memulihkan kembali akhlak golongan wanita di Baling khususnya yang didakwa telah jauh tersimpang dengan ajaran Islam.

2 - ketika serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun dia lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. Walhal, dalam kes tersebut remaja terbabit sememangnya berperlakuan sumbang, minum arak serta langsung tidak mencerminkan imej seorang remaja di sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini.

yg pelik, apsal masa tu tak de pun puak UMNO memekak marahkan mashitah yg kononnya "menghalang kerja2 menegakkan akidah"?

3 - dia dengan jelas juga pernah menyatakan "hudud tidak sesuai sama sekali dilaksanakan di malaysia". malah, semasa ucapannya di Rumah Persatuan Pelajar Negeri Sembilan Kaherah Mesir pada April 2006 yang lalu, antara lain dia menyatakan, "Adakah kita hendak hukum orang yang mencuri kita buat hukuman potong tangan sahaja? Adakah kita nak laksanakan hukum hudud potong tangan itu ataupun kita bagi kerja kat dia?" ini seolah2 menyatakan bahawa mashitah menganggap hududuLlah itu tidak mampu dan tidak dpaat menyelesaikan masalah jenayah.

dan banyak lagi yg tidak aku tertulis kat sini. makan ruang sangat.

terkini, mashitah bertindak sebgaai agen penyebar fitnah pula bila dalam ruangannya di sinar harian baru2 ni menembak isu khalwat dr badrul amin, mat sabu serta yg paling mengejutkan, memfitnah Tuan Guru Presiden PAS kononnya bawak lari anak dara org berusia belasan tahun. na'uzubillah.

aku tak tau la apa nak jadi dengan minah sorg ni. apakah kerana jawatan dan pangkat, dia sanggup melacurkan semua ilmu agamanya utk menjadi pengadu domba puak2 taghut dan menyesatkan umat Islam? dengan kening yg semakin dicukup rapi (walhal haram), anak tudungyg tidak dipakai hingga menampakkan hujung rambut, stokin yg tidak dipakai, make up berlebihan...aduh...

dr mashitah, insafla.

No comments:

Post a Comment