Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 11, 2012
Membazir - rakyat ditegah, pemimpin diboleh?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya pendedahan terkini Rafizi Ramli mengenai belanja pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011 yg mencecah hampir setengah juta ringgit itu mencetuskan pelbagai reaksi. Rata2 rakyat sememangnya tidak terkejut dengan pendedahan terbaru ini malah hakikat bahawa segala caj dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga tidak begitu menghairankan. Yg menjadi takjub ialah kesungguhan puak2 UMNO menegakkan benang basah sampai melalut ke "baucar resit" la "L.O" la "siapa pegawai pengesah" la dan pelbagai lagi kekarutan. Malah, ada yg melalut sampai mempersoalkan "ini tidak semestinya bermakna ia adalah belanja untuk resepsi pertunangan anak Najib" atas alasan Banquet Event Order bill tu tidak menyatakan tempahan itu untuk "engagement reception".
Perlu diingatkan bahawa bill yg dihantar ke PMO itu bertarikh 17 Jun 2011. Melainkan Najib ada alasan yg amat tidak munasabah untuk menganjurkan dinner lain pada malam pertunangan anaknya (dan memang tak pun - wajahnya terpampang sebagai alibi kehadirannya kat majlis pertunangan tersebut) maka pastinya segala caj yg tertera di Order Bill ini adalah untuk perihal majlis resepsi tersebut.
Maka atas segala penafian dan penceritaan yg puak2 UMNO ini cuba lakukan, satu hakikat yang tidak mampu depa jawab - APAKAH PERIHALNYA SEGALA CAJ INI DIBILLKAN KE PEJABAT PERDANA MENTERI? dan KENAPA PIHAK YG MENGURUSKAN TEMPAHAN INI ADALAH SETIAUSAHA SULIT PEJABAT PERDANA MENTERI?
Dua soalan itu pun dah cukup untuk membuatkan kita berfikir.
Dan jikalau memang benar la kononnya Najib menggunakan duit sendiri utk majlis tersebut, jumlah RM400,000 itu sememangnya amat besar. Terlalu besar untuk apa jua majlis, let alone majlis pertunangan! Inilah yg disebutkan sebagai pembaziran. Satu cara untuk bermewah2. Dalam masa yg sama kita dimomokkan kononnya rakyat kena berjimat dek kerana kerajaan mengalami kekangan kewangan sehingga terpaksa menaikkan harga barangan, para pemimpin negara dari UMNO pula bebas berbelanja mengalahkan Qarun.
Tidak terdetikkah sedikit rasa malu dan bersalah dalam hati depa? Disaat depa menghanguskan duit sebanyak itu, rakyat yg kelam kabut undi depa masa PRU (dan bakal diminta untuk undi depa sekali lagi akan datang) BERATUR PANJANG UNTUK MENGECAP NIKMAT MENDAPATKAN BANTUAN RM500 SEORANG!
Kalau ini tidak cukup hina, tak tau la nak kata apa.
Yg menjengkelkan, ini bukan kali pertama. Banyak kali dah. Jom kita senaraikan serba sedikit perihal pembaziran pasangan dua seJOLI ni -
1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta
2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta
3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun
4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta
5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam
6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99
7) Cincin berlian - RM24 juta
8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
9) Gelang tangan - RM1.65 juta
10) Pendedahan kolumnis Sydney Herald mengenai Rosmah berbelanja sebanyak RM300,000 di Australia.
Itu secara peribadi. Bagaimana pula dengan perbelanjaan "melampau" atas nama "urusan kerajaan" seperti pemberian komisen tak munasabah berhubung pembelian Scorpene, MyEmail, ketirisan hasil laporan Audit Negara dan pelbagai lagi? Semua ni memuakkan.
Firman Allah swt, "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya". (al-Israk, 26-27)
Allah berfirman lagi, "Tidak syak lagi, Bahawa makhluk-makhluk Yang kamu ajak Aku menyembah-Nya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan sama ada di dunia ataupun di akhirat; dan Sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah, dan sebenarnya orang yang melampaui batas, itulah ahli neraka". (Ghafir, 43)
Apakah depa tidak melihat kepada pecontoh yg telah ditunjukkan oleh pemimpin2 zaman lampau? Salahuddin al-Ayubi misalnya, ketika wafat hanya meninggalkan harta sebanyak 1 dinar dan 4 dirham sahaja - even nak buat beli kain kafan dia pun tak mencukupi! Sampai kain kafan pun disedekahkan oleh salah sorg pembesarnya. Umar Abd Aziz ketika wafat dibunuh juga tidak meninggalkan harta yg banyak - hanya cukup2 untuk pengebumiannya sahaja. Kerana apa? Depa menyerahkan harta depa semua untuk rakyat dan kemaslahatan negara. Walhal dalam kes Umar Abd Aziz, tidak ada seorg pun rakyatnya yg layak menerima zakat! Allahu Rabbi...
Walaupun begitu, Rasulullah s.a.w ada bersabda, "sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu (anak / keluarga / isteri) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia".
Cuma dalam kes ni, jom kita insafi diri kita melihat begitu teruknya pembaziran dan pemborosan yg dilakukan oleh pasangan dua seJOLI ni. Tak kiralah sama ada depa pakai duit sendiri atau duit rakyat, bazir tetap bazir. Malah kalau benar depa pakai duit rakyat, itu lebih hina lagi.
Cuba tanya diri kita sendiri - tak kiralah kita sokong UMNO atau PAS - apa perasaan kita bila disaat banyak lagi rakyat yg tersepit hidup, pemimpin negara berbelanja seperti tidak ada sempadan? Cukuplah diri ini diperbodohkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment