Sunday, March 25, 2012

Nik Aziz hina Nabi? Menjawab soalan ustaz Kazim part akhir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengar dan fahami secara jelas - apakah TGNA tolak meraikan Maulidur Rasul dan menolak kemuliaan Nabi?



Tuan Guru Nik Aziz : Yang jadi masalahnya, yang jadi kita dengan dio ni peringkat rapat setelah 40 tahun kemudian, bilo dio jadi nabi dengan turunnya ayat "iqra bismi Rabbika .." sampai 30 juzu' dalam masa 23 tahun, naa.. Quran ni dibahagi-bahagi diagih-agih 23 tahun, maka ketika tulah sejak daripada turun "iqra' bismi Rabbika .." sampai ko "al yauma akmaltu lakum .." maka ketika itulah hubung kait kito dengan dio !

Soalan : Nabi mulia setelah turun Quran ???
Jawapan : Baginda adalah hamba Allah yang paling mulia disisi Allah dan penghulu segala Nabi.
Kalau benar TGNA menegaskan Nabi Muhammad saw hanyalah manusia biasa sepertimana kita yakni tiada Irhas, tanda nubuwwah yang ajaib secara total tanpa mempedulikan sahih atau tidak, maka barulah dikatakan menghina kedudukan Nabi saw sebelum penurunan Al Quran.

Intipati Pertikaian Ust Kazim : dia hanya jadi rapat dengan kita pada umur 40 .. (selingan: tengok dan selidik sendirilah segala ceramah Maulidrrasul oleh ust Kazim semenjak tahun 2008 sehingga buat kali terakhir, ada je yang nak dipertikainya mengenai TGNA - malas dah nak salin kalam fitnahnya. Dalil-dalil "sahih" yang ust Kazim guna untuk kupas isu TGNA tu seolah-olak nak membuktikan TGNA juga menolak sekali apa yang sahih tu adalah amat tidak bermaruah).

Bidasan kita : Lihat jawapan dalam video di atas, apakah TGNA menolak kemuliaan dan nubuwwah baginda semenjak awal yakni dari kecil?

Baginda manusia biasa pada suatu keadaan dan istimewa dalam keadaan yang khusus bukan seperti orang kebanyakan. Kena fokus skop tajuk dan fokus perbahasan dan bukan main pakai tembak je!

Jika diteliti secara jujur ucapan TGNA dalam isu 4 tahun lalu tiada pula disusuli dengan suatu kenyataan pun yang menafi adanya irhas bagi seorang hamba yang ditentukanNya semenjak azali bakal dilantik untuk bertugas secara rasmi sebagai nabi setelah berumur 40 tahun apabila baginda s.a.w menyampaikan wahyu. Bukankah makna Rasul itu utusan? Al Quran adalah penghubung kerana tanpa penurunan wahyu kepada baginda, maka tiadalah apa yang mahu diutuskan baginda kepada kita. Bagaimana ada hubungan dua hala antara utusan dan ummat tanpa suatu sebab yang jelas. Inilah yang perlu difahami bahawa hubungan rapat setelah ditugas secara rasmi pada umur 40 tahun.

Surah Albaqarah ayat 213 :

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ

"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu (semuanya berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan."

Dalam hal TGNA budak kampung dan sama dengan mad-mad kampung adalah cara TGNA yang perlu difahami. Dengarkan benar-benar rakaman yang disertakan di atas sejelasnya dan dengan hati yg terbuka.

Jika direnung sedalamnya dalam rakaman ceramah TGNA yg dikongsikan di atas, Maka akan ditemui beberapa perkara penting berkaitan kes ini. Cuma mari kita fokuskan kepada 2 perkara ini -

1. TGNA jelas menyebut perihal nubuwwah dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w sebelum zaman kejadian nabi Adam a.s. Malah mengukuhkan nubuwwah sebelum kelahiran baginda s.a.w dengan firman Allah berkenaan bakal pengutusan baginda SAW dalam kitab terdahulu.
2. Apabila menyentuh perihal Nabi Musa ketika diutuskan kepada Bani Israel, TGNA guna lafaz 'bukan orang biasa' yakni untuk merujuk kepada tugas kerasulan.

Jelas dalam isu ini TGNA juga bermaksud bahawa nabi s.a.w adalah sama budak biasa pada suatu keadaan dan berbeza pula dalam keadaan yang khusus bukan seperti orang kebanyakan kerana baginda adalah Nabi juga Rasul. Jadi, dalam hal ini mesti skop tajuk dan fokus perbahasan. Bukan main pakai balun je.

Pertikaian ust Kazim adalah berpandu pada ciri atau tanda nubuwah, bukan pada masalah keharusan seorang Nabi untuk memiliki sifat manusia biasa. Bidasan ini lari daripada kehendak permasalahan yang TGNA mahu sampaikan. 2 kali TGNA guna perkataan masalah dalam rakaman yang dikatakan TGNA "hina" nabi. Kaji betul-betul apa yang diistilah masalah dalam bahasa orang mengaji kitab. Kenapa orang yang bertaraf ustaz boleh lupa istilah masalah dalam bahasa orang mengaji sehingga lari tajuk perbincangan?

Sedang apa yang disebut oleh TGNA sebelumnya pula adalah masalah sifat keharusan seseorang hambaNya yang dipilih untuk menjadi Rasul untuk menyerupai manusia biasa, imma di saat sebelum atau selepas menerima wahyu dan keharusan ini tidak menyebabkan baginda menjadi hina. Kemudian TGNA sebut masalah kepentingan melaksanakan ajaran Rasul itu melebihi dari hal yang berkaitan dengan sambutan kelahiran.

Kesimpulannya, perkara yang berlaku kepada bakal rasul sebelum dilantik sebagai rasul ada 2 jenis -

1- Yang biasa tu adalah sifat harus bagi seseorang Nabi yang ada persamaan orang biasa.
2- Yang luar biasa tak sama itu adalah irhas dan mukjizat yang tak dimiliki orang biasa.

Berkenaan ucapan Ust Kazim yang telah berulang membidas Tuan Guru Nik Aziz dalam tempoh 4 tahun ini, tidak dapat tidak setelah dibuktikan hendaklah berpandu kepada 2 penjenisan di atas.

Dalam ertikata yang lain TGNA bercakap bab no 1 tanpa ada membuat penafian adanya Irhas dalam perkara yang no 2, bahkan yang ada adalah penekanan hakikat yang no2 iaitu mukjizat Al Quran yang perlu dilaksana. Ust Kazim bercakap yang no 2 sekadar bab irhas dan lupa ada yang no 1 sebab kemaruk nak tembak TGNA tanpa bertanya kepada tuan empunya badan apa yang dimaksudkan.

Ust Kazim menerusi gaya penilaiannya jelas tidak fathanah dalam bertabligh. Selayaknya dia bertindak dengan sifat amanah pada ajaran Islam dengan berusaha menerangkan kebenaran adanya sifat harus bagi Nabi. Nescaya dia akan tergolong sebagai mereka yang siddiqiin. Bukan menggunakan masa dalam tempoh 4 tahun untuk membelit-belit sesuatu yang tidak difahami sehingga ternampak jelas akan pengkhianatan dan pendustaan terhadap kaedah berhukum dengan sumber yang mesti diguna. Sebaiknya gunakan tempoh itu untuk mempelajari apa yang perlu untuk memantapkan ilmu sebagai pendakwah bukan jadi pendakyah yang ditegur tapi bersikap menolak mentah!

Kesimpulannya, jika benar ust Kazim ini jujur dalam ilmunya, dia akan berhusnul dzan dengan TGNA serta pegi jumpa TGNA personally selayaknya sebagai menghormati ulama yg jauh lebih tua dan berpengalaman - tanya sendiri intipati ceramah TGNA ni. Tak salah meminta pandangan fresh dari ladang - org akan lebih menghormati kita.

Diharap penjelasan yg tidak seadanya ini dapat menghuraikan sedikit kekeliruan yg dicanaikan oleh puak2 yg selama ini menolak hadis Nabi, menolak hukum hakam Allah dan puak2 yang tak pernah nak ikut hukum Allah. Allah berfirman dengan jelas dalam surah al Hujurat ayat 6, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Wallahu a'lam.

*** terima kasih dan tahni'ah diucapkan kpd Ustazthrash Mujahid atas base article dan ilmu2 hebat yg dikongsikan. Kalau nak tengok raw version oleh Ustazthrash Mujahid, layari http://ustazthrash4u.blogspot.com.

3 comments:

  1. Kenyataan nik aziz boleh buat org keliru....mcm ner kalau yg mendgr salah tafsir...tak ke rosak aqidah...

    ReplyDelete
  2. Isu ini sudah dijawap oleh ahli ilmu terkemuka...seperti ustaz kazim dan ustaz azhar idrus.....so...selesai....alhamdulillah .....walau bagai mana pon...ku undi /pangkah kedua2 nya(pas dan umno)..kerana kedua parti ini adalah orang2 islam...ku harap parti2 ini akan bersatu nanti...yg penting...isu diri kita sendiri bagai mana?...setelah di bangkitkan kelak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pangkah dua2 rosaklah undi beb.... hidup ini perlu ada prinsip dan pendirian yang benar itu islam ajar, klu kau makan pun kena pilih yang bersih bukan tempat yang ala kadar je kebersihannya... klu berserabut berpeganglah kepada quran dan sunnah, nak tahu kenalah belajar... info kat internet ni memang banyak pengampu dan pemecah balah fikiran orang(mcm saudara blogger kita ni..hehehe), tapi itu yang kita suka baca n tengok... baca dan faham quran jauh sekali jarang...
      tapi cita2 tinggi melangit nak masuk syurga, baguslah itu, tapi kenalah dengan caranya.
      bye...

      Delete