Thursday, March 15, 2012

Apakah Mahathir fikir dia lebih berakal dari Ulama Hadis?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه

Belum reda lagi rasanya isu Mahathir memperlekeh hudud secara terbuka di UNIMAS tak lama dulu. Kiri dan kanan hentam Mahathir termasuklah dari dalam Biro Agama UMNO sendiri. Aku sendiri secara komprehensif mempertikaikan kenyataan2 Mahathir yg aku kira boleh memberikan pengajaran yg salah dan sesat kepada rakyat khususnya yg beragama Islam.

Tup2, muncul lagi kisah Mahathir ni. Seorg pelajar Usuluddin tahun akhir di University of Yarmouk, Hilal Asyraf telah menghantar satu surat terbuka kepada Mahathir bagi menegur dan memperingatkan Mahathir betapa kenyataannya di UNIMAS itu adalah salah dan terpesong serta perlu diperbetulkan. Aku akan lampirkan surat itu di penghujung entri aku ni.

Ternyata, dalam jawapannya kepada surat terbuka Hilal itu, Mahathir sekali lagi menunjukkan sikapnya yg benar2 hanya berpandukan kpd akal dan enggan menerima ijtihad (malah hadis!) yg diibaratkannya sebagai "bercanggah dengan al Quran".

Berikut adalah jawapan Mahathir kpd Hilal (yg ditulis dalam bentuk soalan) dan sanggahan aku terhadap point2 Mahathir.

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.


Di sini dapat kita lihat Mahathir cuba "play safe" dengan menghalang Hilal daripada berhujah menyanggah soalan2nya. Sebab apa? Sebab Mahathir tak pernah pandai berhujah secara ilmu hakiki mengenai Islam, hanya berpandukan akal. Sudah pastilah akal manusia ni ada hadnya. Aku penah sentuh dulu dalam entri aku yg bertajuk "Tidak semua boleh ditakwil dengan akal".

3. Soalan :

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?


Sudah tentu yg utamanya al-Quran, kemudian hadith, kemudian ijtihad jumhur ulama mujtahidin dan seterusnya. Fatwa juga adalah bernatijahkan drpd pandangan ijtihad secara kolektif oleh para Ulama. Tetapi al Quran ada yg memerlukan penafsiran dan perbincangan teliti sbb banyak je ayat2 Allah berbentuk "kiasan" atau mutasyabihat.

Ada juga perkara yg tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran seperti "cara bersolat" sedangkan Allah memerintahkan kita bersolat. Hadis Nabi s.a.w juga tidak menerangkan secara detail ttg cara2 solat sebaliknya Rasulullah s.a.w bersabda, "solatlah sepertimana kamu melihat aku solat." Jadi, para Ulama terutamanya ulama Mahzab telah mengumpul, menganalisan riwayat2 mengenai cara Nabi solat dan dikumpul serta dipersetujui untuk dijadikan istibzal (tempat sandaran) bagi cara melakukan solat.

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

Tidak mungkin berlaku percanggahan antara kesemua sumber itu sbb pendapat ulama adalah berdasarkan kpd kajian menyeluruh depa terhadap al Quran dan Hadis Nabi. Depa ni bersifat penerang dan penjelas bukan penyanggah. Situ yg Mahathir silap.

Cuba kita fikir secara logik - apakah mungkin Hadis Nabi, kekasih Allah, yg ditugaskan untuk menyampaikan risalah2 Allah itu bisa bercanggah dengan al-Quran? Sedangkan A'isyah r.a berkata "akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran"! Dan mana mungkin pendapat para ulama yg bersusah payah mengumpulkan ratusan ribu hadis dan riwayat berkenaan Nabi s.a.w bisa memberikan pandangan yg bercanggah dengan Hadis Nabi dan al-Quran itu sendiri?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

Hadis sahih adalah hadis yg boleh digunapakai utk hujah dan hadis daif adalah hadis yg x leh guna utk hujah tp boleh digunakan utk amalan bagi mendapat fadilat dan pengajaran agar kita takutkan azab dan gemarkan akhirat. Apa masalahnya kat situ?

Imam Nawawi dalam kitabnya "al-Azkar" menyatakan dengan jelas, "harus bagi kita untuk beramal dengan Hadis2 daif untuk mendapatkan fadhilat dan memberi peringatan serta menggemarkan kita dengan akhirat, selagi ianya bukanlah hadis yg maudhu'".

Dalil imam Bukhari yg memilih sebilangan kecil hadis sebagai "sahih" menjadi bukti bahawa pemilihan hadis2 itu telah dilakukan dengan amat teliti dan berhati2. Jadi, mana mungkin hadis2 yg dipilih dengan teliti itu bercanggah dengan al-Quran seterusnya merosakkan Islam?

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

Rasulullah s.a.w bersabda, "jika seseorg penguasa itu berijtihad dan salah ijtihadnya, maka dia mendapat satu pahala. dan jika dia berijtihad dan benar ijtihadnya, maka dia akan mendapat dua pahala."

Dalam pengajian hadis, kalau ada satu ulama hadis mengatakan hasan dan ulama2 hadis lain semua mengatakan daif, maka hadis itu adalah hasan. Perbezaan pendapat mengenai hasan dan daif ini adalah khilaf dan khilaf itu adalah rahmat bagi umat Islam.

Jadi, tidak timbul jika kita mengambil sahih Bukhari bermakna kita menolak pandangan ulama mufassirin lain seperti Tarmizi, Baihaqi, Muslim dan lain2. Malah, kalau Mahathir kaji betul2, dia akan dapati 90% pandangan ulama2 ini adalah sama dalam bab hadis.

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

Perlu difahamkan bahawa umat Islam zaman dahulu mempunyai hati yg cerah dan mampu mengingat ribuan hadis oleh Nabi s.a.w. Malah, source kajian bukhari dan lain2 muhadisin dtgnya dari ribuan org yg berbeza. Apakah ilmu dia pasal hadis ni hebat sgt sampai boleh menyanggah keupayaan bukhari dll?

Sewaktu Khalifah Umar ingin membukukan al-Quran, tidak semua ayat al-Quran itu dikumpul dalam keadaan bertulis. Ianya dikumpul juga dari hafazan para sahabat yg menurut Umar "semakin sikit bilangan huffaz kerana ada yg meninggal akibat tua atau peperangan".

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

Inilah sebabnya kenapa Imam Bukhari hanya menerima sejumlah kecil sahaja drpd ratusan ribu yg beliau kaji dan selidik sebagai hasan. Hadis2 Nabi ini diperturunkan dari generasi ke generasi dan para sahabat, tabi'in. tabi' tabi'in ini begitu memelihara Hadis2 Nabi kerana keimanan depa terhadap Allah dan kecintaan depa terhadap Nabi.

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

Ada ke hadis yg bercanggah dengan al-Quran? hadoii...kat sini dah menampakkan sifat prejudis Mahathir ygt maybe bukan anti hadis, tetapi anti ulama. Seperti yg aku jelaskan tadi, hadis2 yg diriwayatkan oleh para ulama hadis ini bertujuan untuk menjelas dan menerang bukan menyanggah.

Aku tau, Mahathir cuba nak rujuk kepada hukuman rejam terhadap penzina yg telah berkahwin, sedangkan hukuman itu tidak dinyatakan dalam al-Quran, hanya dinyatakan dalam riwayat Nabi s.a.w. Then kalau hukuman itu tidak ada dalam al-Quran, tak yah hukum la? Macam tu?

Satu lagi - dia kata dia berpegang kuat pada Hadis asal saja tidak bercanggah dengan al-Quran. Ada je hadis yg mewajibkan pemakaian aurat dan dalam al-Quran juga terdapat beberapa ayat yg menyatakan kewajiban menutup aurat. Kenapa yg tu dia tak nak ikut?

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Disebabkan Allah kurniakan akal kpd manusialah lahir org2 seperti khalifah umar yg memerintahkan alQuran dibukukan, bukhari dan muslim dll yg merawikan hadis sebagai panduan manusia. Dan seperti yg pernah aku tulis dalam blog aku, tak semua perkara boleh ditakwil dgn akal. Atau kita akan jd muktazilah. Apakah Mahathir menyatakan yg dia lebih hebat dr Imam Bukhari dan lain2 hingga mampu mempertikaikan hasil kajian depa?

Akal manusia diberi untuk sentiasa memikirkan keagungan Allah, bukan untuk mempertikai hukum hakamNya. Situ kena jelas.

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya. - Chedet

Kesimpulan dari semua ni, aku dapat rangkumkan bahawa Mahathir adalah seorg yg muktazilah, yg hanya menggunakan skop akal sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada rasionaliti. Ini cukup bahaya. Dia maybe bukan anti-hadis tetapi dia adalah anti-ulama. Kenyataan2 beliau yg dilihat begitu anti ulama sepanjang tenure pemerintahannya kini bukan lagi kejutan. Malah, disebabkan "terlalu guna akal", inilah orgnya yg memperlekehkan sunnah Nabi s.a.w yg berjanggut dengan menyatakan "zaman Nabi tak de pisau gilette"!

Tolonglah pantau org tua ni, wahai jabatan agama.

Wallahu a'lam.

*******

ini adalah surat Sdr Hilal Asyraf buat Che Det

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.

Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara ‘Islam’ untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Kita ketepikan dahulu persoalan ‘Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan’. Sebab nampaknya, persoalan ‘Apakah Hudud Itu Daripada Allah’ pun tidak diketahui rupanya.

Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?

Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya ‘budak Usul’, atau ‘budak akar’ di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.

Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang “Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama’ Fiqah?”. Saya tidak layak untuk membahaskan “Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud.” Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.

Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama’.

Ini hukum mencuri:

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!”

Kemudian hukum zina pula:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Surah An-Nur ayat 2.

Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:

“Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.

Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.

Kemudian hukum murtad pula:

“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.


Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik” Surah An-Nur ayat 4.

Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.

Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.

Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.

Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.

Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?

Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.

Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.

Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama’ yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.

Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.

Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.

Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.

Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama’-ulama’ Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.

Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.

Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.

Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: ”Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir.” Sebenarnyalah.

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. “ Surah Al-Maidah ayat 44.

“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 45.

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.

Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.

Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.

Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.

Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.

Sampai di sini sahaja nota do’if saya.

Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.

Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.

Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,

Hilal Asyraf
http://langitilahi.com


SUMBER -

http://mahathir-mohamad.blogspot.com
http://langitilahi.com
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/03/melampau-mahathir-hina-soheh-bukhari.html

4 comments:

  1. Salam, mana jawapan tun mahathir? Tkut ker? Xleh nk jwb pstu suruh org jwb soalan die lak.. Nk pusing ker?

    ReplyDelete
  2. aku harapkan saudara Hilal Asyraf sudah menyanggah mahathir sebab ini perdebatan mereka berdua. aku cuma menyanggah sekadar yg aku mampu utk tatapan kita semua

    ReplyDelete
  3. salam...buatlah solat taubat solat istikharah solat hajat minta pd Allah tunjukkan ssiapa sebenarnya Tun Mahathir...jgn kerana org itu dr zahir tidak berserban tidak berkopiah tidak berjanggut tidak pegang tasbih 24 jam kita senang2 hukum org itu kafir atau sesat bila berbicara soal agama...jgn kita pula rasa berbangga diri bila dh belajar agama tinggi2 hafal kitab itu kitab ini konon2 kita jelah yg tahu soal agama..semua ilmu itu hak allah dan allah yg tentukan siapa yg benar2 sampai kepadaNYA...walaupon belajar ilmu agama setinggi mn pn kalau tidak mendapat redha Allah tetapi mendapat laknat sia2 aje...

    ReplyDelete
  4. Mahatir sebenar nya mengunakan cara Kaml ahtaktu , mhathir adalah klon kamal ahtaktu

    ReplyDelete