Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, April 15, 2012
Hina Raja-Raja Melayu - sebuah trivia...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya, seperti yg aku katakan sebelum ini UMNO telah menggunakan talian hayat terakhir depa utk menyerang PR - Raja-Raja Melayu.
Sejak sehari dua ni, kecoh tajuk utama paper2 depa (esp Utusan) membangkitkan ttg aduan seorg doktor kononnya dua pemimpin PR menghina Raja2 Melayu. Malah isu ini berlanjutan dari dulu sebenarnya. UMNO BN seboleh2nya cuba mengorek seberapa banyak "bukti" untuk menunjukkan betapa pemimpin2 pembangkang ni kononnya begitu undermine Raja2 Melayu.
Secara hakikatnya, ini adalah pembohongan yang amat nyata. Atau lebih tepat lagi, ianya ibarat meludah ke langit, terpalit kahak ke muka sendiri.
Sebagai trivia, meh aku lampirkan beberapa contoh dan bukti penghinaan pemimpin2 UMNO terhadap Raja2 Melayu dan kaum kerabat depa -
* Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
* Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli, bekas MB Perak) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Atas sebab itu, beliau mengkritik sultan Perak secara terbuka dengan menyatakan Sultan Perak tidak ada hak utk memaksanya melepaskan jawatan.
* Media pro Umno mengkritik Sultan Pahang secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang berselisih faham dengan baginda.
* UMNO membelasah Raja-Raja Melayu secara terbuka pada tahun 1983 kerana depa menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.
* Dalam Persidangan Agung UMNO yang sama juga, perwakilan UMNO meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Mingguan Malaysia muka surat depan.
* Satu demontrasi dan penyerahan memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan berhubung kes yang sama.
* Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
* Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Annuar Musa, sekaligus undermine Sultan Kelantan pada ketika itu.
* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (Berita Harian 11hb Jun 1993.)
* Tan Sri Muhammad Mohd Taib kata Ir Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Ahmad Said selepas pilihanraya 2008. Peristiwa yang sama menyaksikan banner "kami nak deris, natang" keudara live dalam TV. "Natang" tu tuju kat sapa? heh.
* Penyokong UMNO pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan?.
* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, sekaligus menafikan titah Raja Perlis.
* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. Berita Harian 3/2/1993.
* Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)
Itulah antara kes yang sempat dikumpulkan hasil bantuan rakan2. Sekarang bagitau aku, perlu atau tak kita tubuhkan Suruhanjaya DiRaja utk menyiasat semua ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment