Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, April 30, 2012
Polis mengganas kerana khabar angin! Patut ke?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Meskipun BERSIH kali ini menyaksikan jumlah tangkapan yang sedikit banding BERSIH 2.0, menyaksikan kawalan kemasukan ke pusat bandar tidak seketat mana, ugutan yang diterima pun tidak segerun mana, tetapi BERSIH kali ini menyaksikan tindakan yang jauh lebih barbarik dan lebih tidak bertamadun oleh polis dalam menangani peserta2 demonstrasi - depa tidak tangkap sangat, tetapi membelasah habis2an secara "lumberjack".
Apakah itu lumberjack? Sesapa yang suka tengok WWE tau la lumberjack ni apa, iaitu berpuluh2 orang belasah sorg sampai lembik.
Kenapa sampai jadi begitu? Disebabkan provokasi? Disebabkan suka suka? Disebabkan dendam kesumat?
Jawapannya - kerana khabar angin.
Ketika haru biru selepas tembakan tear gas itu, tersebar khabar di kalangan anggota polis kononnya 3-4 org anggota polis cedera dibelasah demonstran dan sorg drpdnya telah meninggal dunia. Sahabat2 aku yang bertugas sebagai team medical pernah pada satu ketika terperangkap di tengah2 FRU utk merawat peserta dan dia mendengar dengan jelas arahan daripada komander pasukan polis itu, "kalau dapat, jangan belas kasihan. kita lawan sampai habis!".
Ini menjustifykan kenapa tindakan polis begitu kebinatangan masa BERSIH 3.0. Peserta ditangkap secara rawak dan dibelasah tanpa belas kasihan. Seorang mangsa bernama Hamidi dibelasah oleh kira2 20 orang polis ketika dia sedang minum di kedai mamak dalam kawasan Masjid India. Dia sedang melepaskan lelah ketika beberapa polis gegar kedai tu dan tiba2 menunjuk ke arahnya sambil menjerit, "yang pakai baju kuning tu! Sini!" Kemudian, secara tiba2 polis2 itu berkata "Korg dah pukul kawan2 aku, korg dah bunuh sorg kawan aku!" Lalu dia pun dibelasah walhal dia tidak tahu menahu apa2 pun.
Yang bestnya, kebanyakan mangsa belasahan tidak ditangkap, sebaliknya selepas dibelasah, depa dibiarkan merata2 oleh polis. Ini berlaku kepada sebilangan org. Wartawan juga tidak terlepas dari sikap "bersultan di mana beraja di hati" polis2 ini. Ntah berapa org wartawan dipukul hanya kerana depa merakam gambar keganasan polis memukul peserta. Unit Amal, malah pembantu perubatan yang cuba utk membantu mangsa pukul diberikan amaran agar tidak masuk campur atau "kau pun akan kena juga nanti".
Inikah standard SOP polis? Dan kenapa ini tidak disiarkan oleh media? Kenapa hanya "keganasan peserta BERSIH" disiarkan? Apakah polis diberikan lesen bebas untuk "belasah sesuka hati"?
Semalam aku dah berjanji yang aku tidak mahu sentuh sangat hal keganasan sebab aku tanak lari fokus daripada isu sebenar iaitu 8 tuntutan BERSIH, tetapi ini bagi aku tidak boleh diterima. Lebih menyakitkan hati, twitter dan facebook rasmi polis pada hari yang sama menyatakan "kematian pegawai polis itu tidak benar sama sekali". Jadi, apakah justifikasi polis membelasah peserta seperti binatang?
Aku juga nak tekankan di sini, tindakan polis melepaskan gas pemedih mata walaupun telah jelas nampak peserta2 demonstrasi mula beredar selepas tembakan water cannon dan tear gas awal adalah amat berlebihan. Saksi kejadian yang bersembunyi dalam premis CIMB Bank jalan Tun Tan Cheng Lock berkata tidak kurang dari 20 tembakan gas dilepaskan walaupun JELAS PESERTA TIDAK MAMPU BERSURAI LEBIH AWAL DEK KERANA KESESAKAN YANG BERLAKU. Apa ini? Ingat kami ni lipas ke? Kepung kami, lepas tu spray habis2an sampai kami mati katak? Dah la ada beberapa situasi menyaksikan polis menembak tear gas itu pada kedudukan 90 darjah! Tindakan polis membuat barricade di kawasan2 yang tidak diwartakan sebagai larangan berhimpun juga dipersoalkan hingga apabila Init Amal cuba mencari laluan keluar, dikatanya Unit Amal rempuh polis.
Come on la - fikir logik. Peserta2 ini datang dengan pengetahuan bahawa satu dunia memerhatikan depa. Apa saja depa buat - baik atau buruk - pastinya akan ada lensa kamera yang memerhati tidak kira la lensa professional atau rakaman telefon bimbit. Depa ni semuanya bekerja, makan gaji, ada yang student, dan yang pastinya depa ini mempunyai keluarga. Depa tidak sebodoh itu utk melakukan keganasan dan kemusnahan dengan mengambilkira risiko yang bakal depa tanggung jika perbuatan depa itu "caught on camera". Paling cikai pun, polis boleh mengenalpasti depa dan akan mendakwa depa jika sabit kesalahan. Bermakna, puak2 yang melakukan kerosakan itu sebenarnya tidak kisah kalau wajah depa ditangkap ketika melakukan kemusnahan sebab depa MEMPUNYAI KEPENTINGAN TERSENDIRI YANG KEBAL DARIPADA SEBARANG TINDAKAN. Akan datang, aku akan compile gambar2 puak pemusnah ini dan publish secara umum untuk membantu pihak polis tahan depa ini.
Kepada pihak polis terutamanya yang termakan khabar angin itu, FIKIR BALIK APA YANG KORG DAH BUAT. Perbuatan korg menyuraikan keadaan di Dataran adalah patut bagi aku, cuma apa yang berlaku selepas itu adalah pure insanity.
Jangan salahkan rakyat kalau PDRM tidak dihormati langsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment