Tuesday, April 10, 2012

Menyusur Sinar Bulan - Tertubuhnya Jemaah Islam bahagian 3


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke bahagian ketiga daripada siri “Menyurur Sinar Bulan” yang memperkatakan khusus tentang sejarah PAS yang sebenar berdasarkan fakta dan bukti yang sahih. Sebetulnya, setiap perkara data di dalam penulisan ini mempunyai glosari dan rujukannya tetapi tidaklah dapat aku menyertakannya kat sini atas sebab kekangan ruang, namun ianya boleh didapati jika korg membaca buku “Menegak Agama Membela Bangsa” susunan DR Ismail Said seperti yang aku disclosekan pada bahagian 1.

Bahagian 2 yang baru berlalu telah menghamparkan kita detik dan masa bagaimana PAS muncul hasil daripada persidangan Ulama sebanyak 3 kali. Sebetulnya, begitu banyak sekali tohmahan mengenai PAS yag perlu aku jawab terutamanya mengenai matlamat penubuhannya, nama parti itu, kedudukan Ahmad Fuad dan sebagainya tetapi apakah aku menulis ini semata2 nak ikut apa yang puak2 UMNO tohmahkan, atau aku hendak menceritakan secara jelas sejarah PAS ini mengikut kronologi? Ya – lebih perlu untuk aku menceritakan secara kronologi. Jadi bagi puak2 UMNO yang masih sakan nak memfitnah, harap bersabar. Aku akan jawab segala tohmahan korg seiring dengan perjalanan memoir ini.

Semoga Allah memberikan aku ilham dan kekuatan untuk terus mengongsikan sejarah PAS ini untuk tatapan generasi muda PAS dan negara amnya. Wallahu a’lam.

*****

Seperti yang telah kita kongsikan pada bahagian yang lalu, kita telah menyaksikan bagaimanakah PAS tertubuh selepas Persidangan Ulama Ketiga di Butterworth dan siapakah Jawatankuasa Eksekutif pertamanya. Aku ingin menyentuh lebih jelas tentang perihal nama persatuan ini yang sebenarnya mengalami pertukaran berkali2 lantaran masalah legislatif acuan penjajah pada masa itu.

Othman Hamzah mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada “Persatuan Islam Se Malaya” (akronimnya sama, iaitu PAS atas dasar mengambil ejaan jawi) atas alasan keahliannya adalah terbuka kepada umum dan tidak terhad kepada ulama. Asal saja org itu Islam dan baligh, dia layak menganggotai PAS. Ia juga meragui akan penyertaan ulama2 pada masa itu kerana jelas ketika persidangan2 ulama yang telah diadakan sebanyak 3 kali, kehadiran mereka tidak begitu memuaskan. Ini kerana ulama2 pada masa itu lebih selesa untuk duduk dan bergerak melalui pondok masing2 dan kurang berminat terlibat dalam hal siasah. Kerana tujuan penubuhan adalah untuk mewujudkan satu perikatan Islam, maka lebih munasabah jika nama ‘ulama’ digantikan dengan ‘Islam’.

PAS telah mengalami pertukaran namanya sebanyak 2 kali. Pertama, apabila Malaya telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, maka dalam mesyuarat agung tahunannya, ia ditukar kepada “Persatuan Islam Sa Tanah Melayu”. Perubahan “Malaya” ke “Tanah Melayu” diperjelaskan oleh Zulkifli Mohamad,

...perkataan Malaya itu ialah nama yang ditimbulkan oleh penjajah maka dengan lenyapnya penjajah dalam negeri ini sudah pada tempantnyalah nama Malaya itu dikikis dari nama persatuan kita. Ini sesuai dengan dasar kita untuk mengembalikan Tanah Melayu kepada hak dan kepunyaan bangsa Melayu”.

Pengunaan nama ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaya pada 12 Mei 1956, manakala nama PAS dalam bahasa inggeris pula ialah “Islamic Party of Tanah Melayu” dan bukannya Pan Malayan Islamic Party” seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja agung PAS pada 25 Januari 1959.

Namun begitu, ketika bertanding PRU pertama 1955, PAS terpaksa bertanding atas nama “Pan Malayan Islamic Party”. Kenapa?

Pertama, undang2 pendaftaran penjajah waktu itu mewajibkan setiap parti yang ingin menyertai PRU WAJIB MENDAFTARKAN pertubuhan mereka dalam bahasa inggeris. Ini menjelaskan kenapa walaupun PAS ditubuhkan pada tahun 1951, tetapi mereka hanya diberikan kelulusan sebagai parti politik pada 15 Jun 1955 – sebulan lebih sebelum PRU pertama. Atas dasar yang sama juga UMNO yang bermula dengan nama PEKEMBAR atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bertukar kepada United Malays National Organization atau UMNO yg kita ketahui hingga hari ini. Begitu juga apabila Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO, beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya atau nama inggerisnya Independent of Malaya Party atau IMP. Namun begitu, tidak seperti UMNO yang terus mengekalkan warisan penjajah pada nama mereka, PAS teguh dengan nama bercirikan Melayu dan Islam (berdasarkan akronim jawinya). Nama “Parti Islam Se Malaysia” yang kita gunapakai sekarang telah diluluskan penggunaannya pada 29 Julai 1972, berdasarkan keputusan mesyuarat agung tahunan PAS kali ke 18.

Jika ada pihak yang menyatakan kewujudan PAS adalah untuk memecahkan undi UMNO, sila jawab kenapa dalam masa yang sama British membenarkan kewujudan IMP (dan kemudiannya National Party atau Parti Negara) kelolaan Dato Onn, Perak National Party, Labour Party, Perak Malay League, dan Perak Progressive Party? Apakah juga bertujuan untuk memecahkan undi untuk UMNO? More of this pada bahagian2 yang akan datang.

Walaupun PAS ini lahir daripada tajaan UMNO, namun akhirnya ia muncul sebagai sebuah parti yang mempunyai identitinya sendiri dan berbeza daripada dasar perjuangan UMNO. Dalam hal ini, Nakhaie menyebut,

...walaupun penubuhan PAS itu hasil daripada tajaan UMNO untuk menampung kegiatan elemen2 Islam dalam parti tersebut yang berpengaruh, namun hasilnya tidak menguntungkan UMNO. PAS akhirnya muncul sebagai suatu jemaah yang mempunyai identiti sendiri”.

Penubuhan PAS disebabkan oleh beberapa faktor, terutamanya faktor dalaman UMNO itu sendiri. Ustaz Hassan Shukri dalam satu temubual menjelaskan bahawa PAS ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO ingn memperbetulkan perjalanan UMNO yang dikatakan terkeluar dari ajaran agama, umpamanya penganjuran loteri kebajikan yang jelas sekali bertentangan dengan Islam. Judi loteri ini telah ditentang oleh golongan ulama, sama ada dalam atau di luar UMNO. Memandangkan wujudnya tentangan terhadap sistem inilah maka ia telah membawa kepada tertubuhnya PAS. Keadaan ini ada dinyatakan dalam risalah yang bertajuk Masa Depan PAS Johor sebagai,

..salah satu sebab mengapa PAS ditubuhkan ialah sebagai protes kepada UMNO yang pada ketika itu hendak membenarkan judi dan loteri. Haji Ahmad Fuad Hassan dan haji Abdullah Fahim serta Haji Fadlullah Suhaimi telah bangun menentang sekeras2nya judi tersebut”.

Usaha memperkenalkan judi loteri ini telah dikemukakan oleh Kesatuan Melayu Kedah dan disokong oleh Perikatan Melayu Perak. Bagi menjayakan sistem tersebut, UMNO telah mengadakan Fund Fair. Mery Go Round, rumah hantu, roller coaster – got it?

Hal yang sama juga dijelaskan oleh bekas presiden PAS, Dato Mohd Asri Muda dalam memoir politiknya,

Dalam tahun 1952 sebahagian daripada pemimpin UMNO yang berjiwa Islam telah merasakan suatu kekosongan dalam bidang dan ruang gerakan politik jika Islam tidak disertakan bersama. Pada masa itu UMNO telah ada satu bahagian yang diberikan tugas bagi menangani urusan hal ehwal Islam yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan. Walaubagaimanapun, mereka masih belum merasa puas. Mereka mahukan sebuah badan yang berdiri sendiri sekalipun mereka masih menganggap bahawa hubungan dengan UMNO masih wujud”.

Penubuhan PAS juga ada kaitan dengan usaha mewujudkan penyelarasan dalam jabatan Agama di Tanah Melayu. Usaha2 ini ada dinyatakan dalam Persidangan Ulama2 SeMalaya kali kedua, persidangan yang sama menyaksikan cadangan membentuk PAS ini wujud. Persidangan itu menggariskan tiga keputusan yang dinyatakan, iaitu yang pertamanya mendirikan satu persatuan alim ulama yang bebas, kedua melantik jawatankuasa sementara bagi menggubal perlembagaan dan ketiga adalah meneruskan ikhtiar bagi menyatukan pentadbiran agama dalam Persekutuan Tanah Melayu. Mengikut Tengku Ismail Abdul Rahman selaku ketua Jabatan Islam Johor, keinginan untuk membentuk satu parti politik yang bebas dalam mencapai pemusatan hal ehwal Islam, maka penyatuan di kalangan pentadbiran agama Islam adalah amat penting. Penyatuan akan menjamin tercapainya islah yang diingini. Usaha tersebut disokong oleh Ahmad Fuad seperti yang dinyatakannya dalam Suara UMNO bertarikh 1 Jun 1951,

...Persatuan Ulama merupakan satu2nya jalan ke arah penyatuan walaupun persoalan agama dan perkembangannya berada di tangan Allah, namun ia tidak akan dapat dicapai begitu sahaja tanpa usaha dari segi barisan yang bersatu teguh”.

Kebimbangan terhadap dasar perjuangan UMNO juga berpengaruh terhadap penubuhan PAS. Kenyataan ini terbukti apabila Ahmad Fuad menggubal undang2 pembentukan PAS beberapa bulan selepas persidangan dijalankan, beliau memperbaiki atau menolak mana2 dasar perjuangan UMNO yang banyak bertentangan dengan pegangan alim ulama dan Islam.

Suara Islam pada 17 Mac 1957 telah menjelaskan sebab PAS ditubuhkan seperti berikut,

...tertubuhnya PAS lima tahun yang lalu adalah merupakan penyataan hasrat umat Islam negeri ini hendak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam memperjuangakn kemerdekaan tanah airnya dan hendak menentukan bahagiannya dalam membina dan membangunkan negaranya”.

Menurut Funston pula,

...the first political organization pursuing Malay-Islamic nationalism, a direct forerunner of PAS”.

Bekas ajk PAS Pusat, Ustaz Baharuddin Latif pernah menyebut bahawa parti itu ditubuhkan akibat keretakan yang ada dalam UMNO. Menurutnya,

Di kalangan pemimpin2 UMNO telah terdapat keretakan di antara golongan menyokong Dato Onn Jaafar dan di satu pihak dan kalangan yang menentangnya berpunca dari dasar Dato Onn yang mahu membawa penyertaan orang2 bukan melayu ke dalam UMNO. Di satu sudut yang lain terdapat perselisihan pendapat di antara Dato Onn dengan Raja2 Melayu berkaitan dengan melantik orang melayu menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British di bawah Pesuruhjaya Tinggi British yang disetujui oleh Dato Onn tetapi ditentang Raja2 Melayu. Di samping itu, Dato Onn juga merupakan orang yang paling kuat mahukan penyatuan pentadbiran agama Islam di seluruh Semenanjung yang juga tidak disenangi oleh Raja2 Melayu. Dato Onn masa itu di ambang hendak keluar UMNO dan menubuhkan parti baru iaitu IMP”.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 4

No comments:

Post a Comment