Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, April 4, 2012
Bandingkan GAJI kita pula dengan negara jiran!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selalunya kerajaan UMNO BN akan bandingkan harga petrol dengan negara jiran. bandingkan harga gula dengan negara jiran. Selalu mencanang kita jauh lebih maju banding certain2 negara.
Hari ni, jom kita bandingkan satu lagi benda yg pastinya UMNO BN tak berapa berani nak bandingkkan, iaitu PURATA TANGGA GAJI.
Sila lihat senarai yg aku sertakan di dalam blog ni. Ini adalah carta purata gaji negara2 di dunia ni mengikut kadar dolar US. Purata gaji dunia adalah pada kadar USD 1,480 sebulan.
Persoalan, dimanakah kita?
Ya - kita berada di bawah purata gaji dunia, dan ketinggalan berbanding Singapura, Jamaica dan Botswana. Maybe puak2 UMNO akan bising mengatakan "memang la gaji kita nampak sikit kerana kadar tukaran mata wang". Soalnya, apakah nilai tukaran mata wang Jamaica dan Botswana ke dalam dolar US tu jauh lebih baik banding kita? Ya, jawapannya tidak.
Aku ambil contoh lain - satu dolar US adalah bersamaan 7 dolar Hong Kong dan 3 ringgit Malaysia. But then, tangga gaji Hong Kong jauh lebih tinggi banding kita. Spain yg sedang mengalami krisis ekonomi pun jauh lebih baik tangga gaji depa banding dengan kita.
Apa maksudnya ni? Najib baru melolong beberapa hari lepas tentang PENDAPATAN PER CAPITA rakyat malaysia RM30,070. Tapi hakikat sebenarnya adalah berlaku PENGAGIHAN KEKAYAAN yang sangat ZALIM. Yang kaya (KRONI) mendapat laba dari harta rakyat, dan majoriti rakyat cuma makan sisa-sisa dari kekayaan negara mereka sendiri. Hakikatnya kita telahpun MEREMPAT di negara sendiri sebelum sesiapa pun menyentuh tampuk kuasa negara.
Kalau nak check source, layari sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment