Thursday, April 26, 2012

Gelombang Munajat PAS Kawasan Batu 22 April


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada 22 April lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu telah menganjurkan program Gelombang Munajat sempena PRU-13 bertempat di Surau Haji Hassan Shukri, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar yang kini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad.


Program yang bermula jam 7 petang itu merangkumi pelbagai agenda, dimulai dengan zikir munajat yang dipimpin oleh Ustaz Syafie dari KUIZM, diikuti solat maghrib secara berjemaah yang disusuli dengan tazkirah perjuangan oleh Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Batu yang juga Setiausaha Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya. Selepas solat isya', Ustaz Azhar Yahya memimpin solat hajat yang khusus meminta pertolongan Allah utk memperkasa dan mempermudahkan urusan PAS untuk menghadapi cabaran dan halangan semasa PRU-13 nanti. Selepas itu, beberapa sesi perkongsian taujihat disampaikan oleh para pucuk pimpinan yang diundang khas.

Antara pucuk pimpinan PAS yang hadir mengimarahkan majlis seterusnya menyampaikan taujihat adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Noor Muhammad; Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang juga AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin. Majlis yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Batu, Ustaz Farhan ini juga menyaksikan kehadiran Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Dato' Hj Suhaimi; Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Salbiah; Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu, Saudara Abu Bakar serta barisan kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan dan PAS Kawasan Batu. Majlis kemudian bersurai kira-kira jam 10.30 malam dengan sedikit jamuan ringkas.

Diharapkan, usaha yang tidak seberapanya ini mendapat limpahan rahmat dan berkat daripada Allah dan semoga segala hajat yang dipohon pada malam itu diperkenan dan dikabulkan Allah Rabbul Jalil. Semoga PAS terus kukuh menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini khususnya.

Takbir!

PENGERUSI MAJLIS BERSAMA-SAMA USTAZ AZHAR YAHYA

TEKUN MENDENGAR TAZKIRAH NUKILAN AL FADHIL USTAZ

CIKGU ISHAK BERSELOROH DALAM TAUJIHAT. OLD SCHOOL STYLE!

TAUJIHAT OLEH USTAZAH NURIDAH

AMANAT DAN PESANAN DARIPADA PJ WILAYAH PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment