Sunday, April 8, 2012

Tahniah Aishah! Kami akan bersama-sama anda


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makin lama, makin ramai artis atau bekas artis yang menyatakan sokongan padu depa terhadap PAS dan perjuangan Islam yg dibawa oleh PAS. Akhil Hayy, Bob Lokman, Ringgo, Sham Kamikaze, Man John, Iwan Shahman - sekadar menyebut beberapa nama - dan ramai lagi yang sedang dan akan menyusul. Ada yang menyatakan sokongan secara jelas dan ada yang menyatakan sokongan secara sembunyi2. Begitu juga dengan bekas pegawai2 tinggi kerajaan yang mengalihkan sokongan depa terhadap PAS. Dalam kes Ariff Sabri dan Aspan Alias, depa sebenarnya menyokong PAS tetapi dek kerana malu dan takut kisah silam depa yang teruk masa dalam UMNO dulu (kaki club dll...perangai VIP UMNO yang standard) menjadi liabiliti kpd PAS, maka depa masuk DAP. Banyak lagi kisahnya.

Terkini, akibat bimbang negara akan punah dan akidah anak-anak muda tidak terjaga, Juara Lagu 1990 dengan lagu terkenalnya "Janji Manismu" Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, kini bertekad berjuang bersama-sama PAS bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa. Sebelum popular sebagai penyanyi solo di Malaysia, beliau merupakan anggota kumpulan "Tne Fan Club" di New Zealand.



Berceramah bersama pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman di Markas Tarbiah PAS Pusat, 4 April lalu, beliau berkata, agak lama beliau berfikir untuk terjun bersama-sama PAS, tetapi sekarang baru beliau membuat keputusan itu.

Katanya kepada 1,000 hadirin, terdapat beberapa peristiwa yang dilihat oleh beliau sendiri tentang gelagat para pemimpin Umno-BN menyebabkan beliau berfikir jauh, dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, beliau mahu akidah anak-anaknya terjaga.

Aishah yakin kesedaran masyarakat bandar begitu tinggi untuk mengubah kerajaan yang ada, tetapi beliau bimbang, maklumat tidak sampai ke kawasan luar bandar dan ini menyebabkan perubahan tidak berlaku.

Katanya, duit BR1M dan lain-lain bantuan pasti akan mengikat mereka untuk terus bersama BN, dan beliau bimbang pelbagai isu boleh dikelirukan kerana maklumat tidak sampai ke akar umbi.

"Kalau ibu saya masih ada, tentu dia terkejut dan marah. Macam mana saya boleh berceramah atas pentas PAS seperti malam ini," ujar beliau.

Aishah memberitahu, pelbagai kecaman ditulis pada dinding Facebook beliau kerana memilih PAS sebagai medium perjuangan, tetapi ini akan menguatkan lagi untuknya istiqamah pada jalan dakwah.

Ceramah 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' anjuran PAS Batu itu menampilkan juga Bob Lokman dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Vincent Lee.

Sekalung tahniah buat Aishah dari kami semua. Perjuangan dalam PAS penuh ranjau dan liku. Pastinya dia akan digam daripada TV selepas ini tetapi yakinlah dengan janji Allah bahawa rezeki itu di tanganNya, bukan di tangan manusia terutamanya manusia2 yang fasiq.

Kami akan bersama2 anda Aishah. Semoga ramai lagi akan mengikut jejak langkah anda. Dan ketika artikel ini ditulis, pelakon popular 80-an Dayangku Intan pun mengumumkan untuk bersama PKR.

And more to come.

No comments:

Post a Comment