Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, April 10, 2012
Najib Menteri Wanita - penghinaan kepada wanita UMNO BN?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam satu keputusan yang bagi aku "menakjubkan", Najib Tun Razak telah melantik dirinya sendiri selaku pemangku Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tidak ada alasan yang kukuh diberikan selain daripada "ini adalah hak perdana menteri untuk mengawal selia mana2 kementerian atas keperluan". Puak2 UMNO juga menunjukkan contoh sejarah bilamana Tun Mahathir mengambilalih jawatan Menteri Kewangan sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalau Tun Madey ambil alih Menteri Kewangan tu, aku boleh fahamila rasionalitinya sebab ianya melibatkan satu bidang yang umum, iaitu kewangan. Tapi MENTERI WANITA?
Tak lama dulu ketika Khalid Ibrahim takeover portfolio agama berhubung pemecatan Hasan Ali daripada PAS, ramai yang gelakkan PAS. Dikatanya PAS adalah "Parti Adat Sukan" dan "PKR pun tak percaya PAS pegang Islam" walhal exco agama tugasnya hanyalah mengawal selia jabatan2 agama je. Tambahan pula, Khalid Ibrahim tu bukannya kafir.
Tapi cuba la digest - seorang lelaki (walaupun berbibir pink) menjaga hal ehwal wanita? Lain la kalau kementerian ini cuma bernama "Kementerian Hal Ehwal Keluarga dan Masyarakat".
Pertama sekali, bagi aku ini merupakan satu penghinaan kepada wanita2 yang berada di dalam UMNO dan BN. Cuba kita renung sejenak - Kak Ijat bukannya tiada timbalan. Apa gunanya Datuk Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga? Suruh je la dia pangku dulu jawatan itu - tambahan pula sebagai timbalan kepada Kak Ijat, pastinya Heng tahu selok belok kementerian itu dan tidak perlu lagi dibrief secara crash-course oleh kakitangan kementerian tersebut. Kerja pun jadi lancar. Lagipun tempoh PRU 13 dah tak lama lagi. Tak perlu melantik org lain sebagai senator baru untuk takeover kementerian - satu benda yang akan menyebabkan Datuk Kamilia Ibrahim melepas.
Cuma yang aku tertanya2, apakah rasionaliti sebenar Najib tiba2 berminat nak takeover kementerian wanita, keluarga dan masyarakat? Seperti yang aku nyatakan kat atas, tidak ada sebab sebenarnya untuk Najib ambilalih satu kementerian yang pastinya terdiri daripada 95% wanita sebagai kakitangannya (driver menteri of course la laki..). Takkan disebabkan Najib ni kaki perempuan kot? Itu bukan satu tuduhan, cuma satu andaian nakal.
Cuma yang aku nampak kat sini ialah kemungkinannya ada disebabkan oleh Program Permata. Seperti yang kita tahu, program permata yang dimiliki oleh Rosmah Mansor lebih sesuai jika diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Perletakan program ini dibawah seliaan Rosmah secara direct sebenarnya tidak patut dan tidak sesuai. Jika peruntukan berjuta2 diberikan kepada Rosmah berkenaan projek ini, pastinya akan menimbulkan kontroversi (dah timbul pun, selepas program itu diberikan peruntukan RM 110 juta dan diminta tambahan RM 100 juta lagi oleh Rosmah, padahal tak nampak pun apa rupa program tersebut). Kedudukan Najib sebagai menteri kementerian tersebut mungkin sebagai jalan untuk "menutupi jejak2 yang mencurigakan" lantaran kini segalanya boleh dibuat secara "sah dan patut".
Tambahan pula, faktor Kak Ijat masih patut diambilkira. Umum mengetahui satu kepelikan apabila Najib bersetuju Kak Ijat tidak terus menjadi senator tetapi dalam masa yang sama berkeras untuk mengekalkan Kak Ijat sebagai Ketua Wanita UMNO walaupun terdapat tentangan dari akar umbi. Kemungkinannya Kak Ijat tidak mahu Kamilia dinaikkan dan berpendapat Kementerian itu WAJIB menjadi milik UMNO. Pemangkuan oleh Heng pastinya akan membuka ruang untuk wanita dari parti2 komponen lain menuntut hak untuk menduduki kementerian itu. Jangan lupa - kementerian ini merupakan kementerian yang paling senang membuat untung bersih - peruntukan berjuta, tapi tak perlu banyak belanja.
Apapun, ini semua berdasarkan analisis dan pandangan aku secara peribadi. Semuanya dipupuk oleh kepelikan terhadap tindakan Najib yang tiba2 "berminat" untuk mendalami kaum hawa. Cuma aku risau satu je - Rosmah tak jeles ke? Aku takut, ada pulak org yg diC4 sekali lagi.
Apapun buat Najib, selamat menjadi ketua wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment