Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, April 12, 2012
156! Bagaimana sekarang?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada beberapa perkara yang pasti jatuh dalam masa terdekat ini - ekonomi dunia, moral, dan ranking bolasepak negara. ada beberapa perkara yang jatuh itu pasti akan naik semula - ekonomi dunia dan moral. Ranking bolasepak negara bukanlah diantaranya.
Ranking bolasepak negara jatuh lagi dalam senarai ranking dunia FIFA yang baru dikeluarkan - jatuh 4 anak tangga kepada kedudukan 156. Ini adalah kedudukan yang terburuk pernah dihuni negara pada tahun ini. Malah tak keterlaluan jika dikatakan ini adalah kedudukan terburuk negara dalam sejarah ranking dunia sejak ianya diperkenalkan. Kedudukan terbaru ini menyaksikan kita berada di bawah Nepal, Palestin, Samoa, Bangladesh dan sebuah negara yang aku tak pernah dengar namanya - New Caledonia. Even berdasarkan ranking itu, kita berada di kedudukan kelima dalam senarai pasukan2 Asia Tenggara. Best tak?
Juara Sukan Sea dan AFF sebenarnya hanyalah pasukan kelima terbaik Asia Tenggara secara hakikat.
Aku tak berminat nak embroil soalan2 yang biasa kita dengar setiap kali benda bodoh ni terutara. Aku malas nak bermain "blame game" dan tunding jari kat memana pihak secara rambang. Aku hanya ada satu tertuduh sahaja dalam kes ini.
FAM. Setepatnya? Jawatankuasa Tertinggi FAM terutamanya Presiden.
Kenapa aku kata macam tu? Baik. Cuba kita fikirkan sejenak -
Ketika pasukan Malaysia gagal bermain dengan baik, jurulatih acapkali bertukar. Kepimpinan atas masih lagi “kebal”.
Ketika ranking FIFA Malaysia jatuh, senaraian pemain dan jurulatih cukup goyah. Bila-bila masa sahaja boleh ditukar ganti. Tetapi, kepimpinan atas masih lagi “utuh” di atas sana.
Ketika pasukan Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang sebenar dan acapkali kalah dalam beberapa perlawanan, pemain dan jurulatih begitu teruk dihentam oleh kalangan peminat bolasepak Malaysia. Tetapi kepimpinan atas masih terus teguh bersama-sama jawatan masing-masing yang dilihat begitu “galat” untuk ditinggalkan mereka.
Jikalau mahu dibandingkan daripada infrastruktur dan kemudahan yang disediakan Malaysia lebih dilihat jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara seperti Bangladesh dan Nepal. Aku tak perlu membuat perbandingan dengan negara2 seperti Vietnam yang dahulunya menjadi lauk makan tengahari bagi pasukan negara, tetapi kini telah mencecah kedudukan 100 terbaik dunia. Ianya akan menambahkan sakit hati.
Terimalah hakikat - pengurusan FAMlah yang menjadikan semua ini realiti. Let's face it - selagi ada budaya "ampun Tuanku" dalam pengurusan FAM, selagi itulah bolasepak Malaysia takkan kemana2. Memang benar Sultan Ahmad Shah pernah membawa negara ke mercu kegemilangan - tapi bila tu? Berapa puluh tahun yang sudah? Dunia berubah beb. Semakin lama orang2 yang sama duduk di atas sana, semakin kuat kuasa depa dan pastinya, "absolute power corrupts absolutely". Inilah yang berlaku.
Aku juga malas nak ambil contoh penggantungan Annuar Musa akibat berselisih dengan pengurusan FAM. Datuk Ahmad Basri Akil (Allahyarham) yang kita tau merupakan seorrg visionary yang hebat dalam bolasepak negara juga menjadi mangsa "hang tak boleh lawan sultan". Sistem pemerintahan FAM amat bersifat diktatorial. Penuh bad politiking. Penuh cantas mencantas dan memasing berada di tampuk kuasa for the sake of power semata2.
Aku ingat lagi kononnya FAM nak bawak perubahan utk jawatan setiausaha agung - siap iklan dalam suratkhabar lagi. Alih2 apa jadi? Dilantiknya muka yang sama iaitu Ibrahim Saad jadi S/U. Bolasepak Malaysia tak kemana2.
Aku pernah suarakan benda ni ketika menjadi tetamu radio Bernama dulu - kita expect pemain dan coach semuanya professional, tetapi bagaimana dengan aspek pengurusan FAM dan persatuan bolasepak2 negeri? Apakah mereka ini professional? Apakah mereka memahami bolasepak sepertimana mereka yang sememangnya melibatkan diri dengan sukan ini secara first hand sejak berumur 5 tahun? Kita lihat di England - Gareth Southgate kini diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan yang begitu tinggi dalam FA England dan dia bukan orang yang pertama. Ramai lagi bekas pemain dan bekas jurulatih diberikan kepercayaan untuk mengisi jawatan2 teknikal yang penting dalam FA England dan kelab2 bolasepak Liga Perdana Inggeris. Di Bayern Munich umpamanya, pengerusi Bayern ialah Uli Hoeness, bekas jagoan Jerman Barat dan Bayern era 70-an. Sebelum itu Franz Beckenbauer yang memegang teraju itu.
Atas sebab itulah Lim Teong Kim, yang kini menjawat jawatan jurulatih pasukan remaja Bayern menyatakan bahawa beza professionalisme antara bolasepak Malaysia dan Bayern (Bayern ye, bukan Jerman. Kalau dengan Jerman, lagi la jauh panggang dari api) begitu ketara - bagaikan langit dan bumi. Sebab itulah pada ketika FAM sanggup berabis duit nak pujuk Teng Kim balik Malaysia, Teong Kim hanya menyebut "Danke, un no Danke".
Pastinya mereka yang membaca tulisan aku ini akan ada yang mengutuk aku dengan menyatakan "apa yang aku tau pasal bolasepak negara", "apakah aku merasakan diri aku ni lebih hebat banding sultan utk mengurus bolasepak negara". Meh sini aku bagitau - aku menulis berdasarkan pemerhatian selayaknya sebagai pemerhati bolasepak negara yang setia sejak zaman berzaman. Kalau ditanya kepada budak tadika sekalipun, pastinya depa akan bagi jawapan yang sama. Terimalah hakikat - Sultan Ahmad Shah dan pucuk pimpinan FAM sudah terlalu lama berada di puncak kuasa. Sistem yang sama dah digunakan berulang kali sekian lama - hanya ditweak sana sini sahaja. Ibarat kereta Datsun buruk - korg cuba la tukar radiator, pasang sport rim seumpamanya, ianya kekal Datsun buruk.
Sistem dan perjalanan liga kita kelam kabut. Kejap ada import player, kejap larang. Kejap liga banyak ni pasukannya, kejap dikurangkan. Aspek perjalanan liga dan pasukan2 yang bertanding juga caca merba - tak de sistem. Padahal kita sebenarnya dah ada satu sistem yang cantik pada peringkat sekolah2 rendah lagi tapi bila sampai ke level tertinggi, jadi hancur lebur. Insya Allah aku akan ulas benda ni pada entri akan datang mengenai cadangan aku terhadap sistem liga kita ni.
Tolonglah - tak guna kita ada fasiliti bernilai jutaan ringgit serba canggih sebegini kalau pengurusannya seantik stadium merdeka. Nak bolasepak Malaysia naik balik? Rombak semua sekali. Mulakan dari square one. Or else, kita mungkin akan menggantikan American Samoa sebagai pasukan tercorot di dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment