Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, April 6, 2012
Selamat jalan Kak Ijat. Bawalah lembu-lembumu bersama...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Esok 8 April. Esok akan berlangsung Muktamar Pemuda PAS Batu. Esok aku akan membentangkan usul kpd Dewan Pemuda PAS Pusat bagi mewakili Pemuda PAS Batu. Esok ada program Public Speaking Class yg akan dihadiri isteri aku.
Tapi semuanya tu tidak dapat menandingi satu lagi peristiwa penting yg bakal berlaku esok - Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri dan Senator secara rasmi.
Kalau nak diikutkan, antara banyak2 menteri dalam UMNO Kak Ijatlah yg paling perform. Kementeriannya iaitu Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga antara kementerian yang begitu hidup dan banyak sekali aktiviti. Almaklumlah, banyak sebenarnya aktiviti, program dan projek yang dapat dinasabkan dengan hal2 kewanitaan dan keluarga. Sementelah pula, kementerian ini sememangnya under Kak Ijat sejak dari mula. Jasanya terhadap wanita dan keluarga di Malaysia bolehlah dibanggakan.
Aku cuba bersikap professional di sini. Ye la - macam mana kita nak menentang UMNO pun, takkan la semuanya busuk belaka, ye tak?
Sebab itulah aku antara org yg agak kecewa bila satu skandal bodoh dan pecah amanah kubra mampu meranapkan karier politik Kak Ijat. Memang bukan lagi rahsia Kak Ijat banyak musuh politik - terutamanya selepas dia kalah kerusi Parlimen Lembah Pantai di tangan anak kepada wanita yang selalu dikutuknya berkenaan isu Anwar. Kekalahan tersebut, walaupun tidak menjejaskan jawatannya selaku Ketua Wanita UMNO, sedikit sebanyak menyebabkan dia tidak lagi "kebal" dari serangan dan pendedahan.
Segalanya bermula dengan laporan audit negara yang menyatakan projek NFC, iaitu sebuah projek berskala besar milik kerajaan bertujuan untuk menternak lembu2 komersil secara feedlot bagi menampung keperluan daging lembu tempatan - yang dibawah seliaan NFCorp iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak2 Kak Ijat - berada dalam keadaan yang "caca merba" dengan laporan menyebut hanya 8,000++ lembu terhasil dalam masa 3 tahun projek sedangkan sasarannya ialah 60,000 ekor lembu dibiakkan dalam tempoh 5 tahun projek. Dalam ertikata lain, projek tu amat2 terkebelakang dai segi penjadualannya.
Itu sahaja tidak mampu utk menjadikan kes ini sebagai skandal. Jumlah pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFCorp itu yang menjadikannya sebagai skandal.
Bermula dari situlah, NFC berada bawah teleskop semua pihak, baik kawan mahupun lawan. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli dan YB Zuraida Kamaruddin berhubung salahguna dana pinjaman tersebut - pembelian kondo dalam dan luar negara, perbelanjaan umrah, pembayaran kredit kad, urusan pembekalan daging ke restoran milik Kak Ijat di luar negara ang mencurigakan - benar2 menyentak dunia politik tempatan. Kak Ijat dalam usaha mempertahankan diri mengeluaran alasan2 yang amat dangkal sekaligus mengundang lebih banyak tanda tanya, seperti kenyataannya bahawa "tidak tahu menahu mengenai NFC", "saya tidak ambil tahu perihal perniagaan suami saya" dan "NFC tidak ada kena mengena dengan saya".
Timbul persoalan - walaupun jarang diutarakan - iaitu apakah kelayakan dan kredibiliti suami dan keluarga Kak Ijat dalam menguruskan projek ternakan berskala besar ini? Ini menjadi persoalan sebab projek NFC ini adalah projek kerajaan yang disubkan kepada sebuah syarikat swasta - dalam kes ini NFC. Ini bukan projek personal yang tidak melibatkan apa2 jua keputusan kerajaan!
Puak2 UMNO juga menyatakan benda yang sama, iaitu "dia pinjam duit, pandai2 la dia guna dan ganti balik." Inilah yang depa sering tersilap. Seperti yang aku jelaskan, ini bukan projek individu. Ini projek kerajaan, yang disubkan kepada individu. Aku bagi contoh mudah - kerajaan nak bina lebuhraya, lepas tu melantik PLUS Expressway sebagai pemegang konsesi untuk membina dan menguruskan lebuhraya tu. Dapat tangkap tak?
Apabila pendedahan mengenai pembelian kondo2 itu tersebar, timbul pula jawapan2 yang amat lawak daripada suaminya Kak Ijat - "ini adalah pelaburan jangka panjang", "kita tidak beli satu kondo dengan harga sekian, tetapi kita beli 2 kondo dengan harga sekian..." adeh. Kalau nak invest, invest dengan keuntungan yg didapati dari projek tu bukannya invest dengan modal yg diperuntukkan untuk projek tu. Inilah masalahnya org melayu kalau berniaga esp kalau meminjam duit dalam skala besar - kelabu mata. Pinjam RM200,000 kat SME Bank utk bukak bisnes runcit, RM150,000 abis buat beli mercedes. Tinggal RM50.000 untuk modal. Rolling bulanan sementara nak tunggu untung nak korek dari mana? Overhead nak cekau duit dari mana? Meminjam lagi?
Dalam usaha untuk menutup mulut, Diumumkan kononnya NFC mencatat keuntungan sebanyak RM600,000. Tapi selepas diselidiki, rupanya itu bukanlah keuntungan hasil NFC, tetapi hasil daripada dividen simpanan tetap bank.
Sudahnya, dek kerana tidak ada idea lagi untuk menyanggah segala tuduhan yang dikemukakan, Kak Ijat menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO dan kedudukannya selaku Ketua Wanita UMNO untuk membidas Zuraida dan Rafizi - tanpa memberikan sedikit pun fakta dan data yang menyanggah tuduhan mereka berdua dan masyarakat. Maka berlakulah aksi "selak kain" tunjuk cengeng. Dicanangkan bahawa "serangan ini adalah serangan terhadap wanita UMNO". Bila masa Rafizi serang wanita UMNO? Rafizi hanya serang NFC dan batang tubuh Kak Ijat semata2! Awat pi kait dengan Wanita UMNO?
Tapi Kak Ijat makin tersepit. Dalam persidangan Parlimen, Bung Mokhtar Radin bersuara lantang menggesa Kak Ijat melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti atas alasan "dia telah menjadi liabiliti buat UMNO". Ketua UMNO Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang sekian lama sememangnya mempunyai personal feud dengan Kak Ijat mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan serangannya terhadap Kak Ijat beberapa level. Tidak lupa pula bagaimana Raja Nong Chik yang sememangnya mencari2 ruang untuk bertanding Parlimen di Wilayah Persekutuan - yang sememangnya mengidamkan kerusi Lembah Pantai - bertindak seperti ular dalam semak; menyelinap menunggu masa untuk menerkam. Malah, Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim turut menembak Kak Ijat dengan menyatakan "kerana dialah, kami (wanita UMNO) dipanggil lembu di mana2".
Serangan demi serangan ini sememangnya menggugat bukan sahaja kedudukan Kak Ijat, malah UMNO dan BN itu sendiri. Cuma yang menjadi pelik, pimpinan tertinggi kerajaan seperti Najib dan Muhyiddin begitu keberatan utk menyiasat perihal NFC ini, malah Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa "kes NFC ini adalah individu, tidak perlu tubuh Suruhanjaya Di Raja untuk siasat...". Ini amat mencurigakan. Apakah benar dakwaan banyak pihak bahawa sememangnya banyak pihak yg terlibat di belakang tabir skandal NFC ini? Ini tidak mustahil kerana Muhyiddin, Najib dan Noh Omar memainkan peranan yang tinggi ketika penganugerahan projek ini kepada NFCorp.
Cuma, ketumbuhan yang kecil jika dibiarkan lama2 akan jadi barah. Lantas, Kak Ijat digesa juga oleh pimpinan tertinggi secara rahsia untuk at least melepaskan jawatan Menteri Wanita - tanpa mengorbankan jawatan Ketua Wanita UMNO, dan diberi cuti rehat selama 2 minggu sejak pertengahan Mac. Maka Kak Ijat pun mengumumkan untuk tidak lagi menyambung kontraknya sebagai Senator yang akan berakhir esok, berkebetulan pula dengan tamatnya cuti "sabbatical"nya.
Cuam yang menjadi persoalan ialah kesungguhan Najib dan Muhyiddin menangani isu ini. Kenapa begitu berat utk menendang Kak Ijat keluar sedangkan semua tau betapa kes lembu ini boleh menyebabkan UMNO BN tersungkur? Dengan pengekalan Kak Ijat selaku ketua wanita, ini bermakna depa masih mengiktiraf insan yang terbukti terpalit dengan skandal sebagai antara pemimpin dalam parti, walaupun kini Kak Ijat adalah liabiliti. Kenapa? Kenapa depa takut sangat dengan Kak Ijat? Apakah rahsia depa tersimpan rapi dalam tangan Kak Ijat, promping her to say "beritahu saya, pemimpin UMNO manakah yang tidak ada masalah?"
Apapun, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kepada Kak Ijat atas jasa2nya selaku Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Cuma, dalam perjalanan anda keluar dari pejabat itu, bawalah lembu2 anda sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment