بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam usaha untuk memperendahkan kredibiliti perjuangan Anwar Ibrahim memansuhkan PTPTN dan menggagaskan pendidikan percuma di peringkat tinggi kepada rakyat Malaysia, Tun M dengan lantangnya berkata "Anwar hipokrit" kerana kononnya ketika Akta PTPTN dibentang dan digubal pada tahun 1997, Anwar adalah Menteri Kewangan dan TPM pada ketika itu.
Dari satu segi, ianya adalah betul dan tepat. Tapi satu perkara yang Tun M terlupa nak sebut - Tun M adalah PM Malaysia pada ketika itu. Siapa manusia paling berkuasa di Malaysia? PM atau TPM?
Maka, semua penafian dan penjelasan Tun M tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran Tun M yang ketika itu merupakan Perdana Menteri. Si tukang bentang usul pulak ialah siapa? Yaa...tak lain tak bukan, abang Ah Jib Gor kita yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan dialah menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
Jika kita berkesempatan merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.
Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
So, siapakah yg sebenarnya menipu? Siapakah yg sebenarnya pelupa? Atau lebih jelas, siapakah yg cuba menyembunyikan fakta?
Cuma bagi aku, tak kira siapa pun yang menggubal dan melaksana PTPTN ni, ianya sudah tidak relevan dan sememangnya patut dimansuhkan. Kemudian, sama ada ingin memperbanyakkan biasiswa atau terus mempercumakan pendidikan tertinggi di IPTA, itu adalah soal lain yang terpulang kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan.
PTPTN asalnya diwujudkan untuk menjadi alternatif kepada para pelajar yg berpotensi utk berjaya dalam pelajaran tetapi tidak mampu dan dalam masa yang sama depa tidak layak untuk mendapatkan biasiswa. Tetapi apabila kerajaan mula secara berperingkat menghapuskan biasiswa, akhirnya sesuatu yg sepatutnya sekadar "alternatif" akhirnya menjadi SATU2NYA pilihan depa.
Ya, dari satu segi, kerajaan dpt menjimatkan wang tetapi kita lihat je la apa yg berlaku kepada "wang yg dijimatkan" itu - ketirisan melampau saban tahun, pembaziran, penyalahgunaan dana rakyat utk perkara peribadi, kroni dan pelbagai lg. Ini bukanlah satu perkara yg patut. 70% bajet negara dihabiskan utk belanja pengurusan. Jika kita hendak memberikan pendidikan percuma utk rakyat, hanya 5% tambahan belanjawan diperlukan. Apakah ini tidak mampu dilakukan?
Masanya utk najib membuktikan bahawa benar2 rakyat didahulukan. Jika tidak, ada pihak lain yg jauh lebih dari sudi utk mendahulukan rakyat.
No comments:
Post a Comment