Friday, April 20, 2012

Redha dgn hukumNya, syukur dgn nikmatNya, sabar atas balaNya - atau cari tuhan lain selainNya!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni aku ingin menyentuh ttg satu hadis Qudsi. Bagi sesiapa yg tak tahu apakah ikut hadis qudsi, hadis qudsi adalah firman2 Allah yang direct kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak bersifat wahyu, lantas tidak dianggap sebagai ayat al Quran.

Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman, "barangsiapa yang tidak redha dengan hukumKu, barangsiapa yang tidak sabar dengan balaKu, barangsiapa yang tidak bersyukur dengan nikmatKu, SILALAH KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT.KU, DAN CARILAH TUHAN LAIN SELAIN DARI-KU".

Keras firman Allah ni. Kenapa tiba2 pula aku nak bawa kisah ini sebagai pengisian blog pada hari ini?

Kita seringkali disogokkan dengan kata2 "sesiapa yang menentang kerajaan UMNO BN, dialah paling tidak bersyukur" dengan mendalilkan satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, "sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah". Sampai satu tahap, puak2 ini menyuruh para pendukung PR agar keluar dari Malaysia lantaran depa tidak "bersyukur" kepada kerajaan.

Siapa lebih besar, kerajaan UMNO BN atau Allah?

Baik, kita sentuh satu demi satu bait2 kata dalam hadis qudsi tu, bermula dari bawah iaitu "tidak bersyukur atas nikmat Allah".

Apa takrifan bersyukur? Bersyukur, dalam bahasa mudah yang difahami oleh kebanyakan manusia - dan salah pemahaman sebenarnya - adalah berterima kasih. Kenapa aku katakan ini adalah salah pemahaman? Sebab takrifan bersyukur sebenarnya adalah menghargai apa jua yang dikurnia dan diberikan kepada kita dengan penuh ikhlas kerana Allah semata2 WALAUPUN pemberian itu adalah pemberian dari manusia. Kita harus insaf; kalau tidak kerana iradah dan kekuasaan Allah, manusia itu jangan harap nak bagi satu sen pun pada kita.

Jadi segala nikmat kekayaan, kesenangan, keamanan dan apa jua yang kita nikmati yang kononnya hasil usaha kerajaan UMNO BN ini adalah KURNIAAN ALLAH SEMATA2. Tidak ada lain. Cuba tanya diri sendiri - kalau Allah tak mengizinkan semua ini, kita dapat tak walau secebis pun dari apa yang kita dapat sekarang?

Puak2 itu akan counter balik - kalau Allah dah izinkan, maknanya benda yang depa buat tu adalah betul. Jawapan itu salah. Orang Islam yang pi masjid dapat pi masjid atas keizinan Allah. Orang yang pi tempat judi juga dapat pi tempat judi atas keizinan Allah. Kalau Allah tak izinkan, org yang nak ke masjid tu mungkin mengalami kerosakan motosikal, lalu terkandas di rumah tak dapat pi masjid. Last2, dia solat kat rumah je. Begitu juga org yang nak pergi ke tempat judi, Allah tak izinkan dia sampai, Allah tentukan dia eksiden tengah jalan lalu mati, maka dia tak dapat pi tempat judi.

Meskipun begitu, apa jua yang kita lakukan ini adalah hasil pilihan kita sebenarnya - terpulang kepada keizinan Allah untuk menjadikannya kenyataan dan kebolehan. Begitu juga kes negara kita ni - sememangnya selama ni kita dapat mengecap pelbagai nikmat dan kemudahan tetapi itu bukanlah semata2 terpulang kepada bijaknya kerajaan UMNO BN - ianya terletak pada izin Allah. Kalau nak banding, USA adalah negara yang mempunyai kerajaan yang jahat terhadap umat Islam tetapi Allah izinkan depa menjadi negara kuasa besar di dunia kini. Bagaimanakah itu?

Jadi, bila kita dah faham apakah punca sebenar kejayaan dan kenikmatan yang kita dapat, iaitu segala2nya berpunca dari Allah, maka WAJIBLAH kita bersyukur kepada Allah. Bagaimanakah bersyukur kepada Allah? Cukupkah sekadar ucap "alhamdulillah"? Tidak. Cara bersyukur yang terbaik kpd Allah adalah "buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang", serta menggunakan segala nikmat yg kita dapat ni utk menegakkan Islam dan kalimah Allah di muka bumi ini. Allah bagi kita nikmat harta, maka infakkan kepada anak2 yatim atau jemaah Islam yang sedang berjuang. Allah bagi kita nikmat internet, maka gunakan untuk menyebarkan kebenaran. Allah bagi kita saluran demokrasi, maka gunakan utk menegur pemimpin yang curang atau menukarkan pentadbiran yang rakus dan rosak kepada pihak yang menegakkan Islam. Itu cara bersyukur sebenarnya. Bukan semata2 ucap "terima kasih kerajaan"!

"barangsiapa yang tidak sabar akan balaKu" - ini satu benda yang seringkali boleh menyebabkan umat manusia menjadi lari akidah. Bila kita mengharungi kesenangan, maka kadang2 kita boleh lupa diri. Kelupaan diri itulah yang menyebabkan sesetengah pihak bertindak menyelewengkan kesenangan itu, menyalahgunakan kuasa yang diberi, membazir, menjauhkan diri dan masyarakat dari Allah dan RasulNya dan pelbagai lagi. Tetapi apabila ditimpa bala, maka mulalah pihak2 ini menyalahkan org lain dan tidak muhasabah diri.

Apakah maksud bala? Bala itu adalah perkara yang diturunkan oleh Allah sebagai pengajaran kepada individu, kaum atau negara atau sesiapa sahaja agar depa, atau orang2 yang menyaksikannya, mengambil iktibar daripadanya. Bala ni tak semestinya berbentuk tsunami, gempa bumi, wabak penyakit dan sebagainya. Hilang undi dan pengaruh dalam pilihanraya juga adalah bala yang diturunkan Allah terhadap sesatu pihak. Jika pihak2 yang kehilangan undi, pengaruh dan kuasa ini redha akan apa yang Allah turunkan pada depa, depa akan bersabar, akan husnul dzan, akan berlapang dada serta mengambil pendekatan "rakyat tolak kita kerana kita buat silap. Allah dah menegur kita menerusi bala ini (kalah PRU) @ hilang sokongan @ hilang pengaruh sampai rakyat nampak mcm menolak kita. Maka kita harus muhasabah diri." Ini baru namanya sabar dengan bala.

Yang tak sabar inilah yang menyebabkan daftar pemilih dicacamerbakan, IC diberi kepada warga asing, menyebar fitnah dan penipuan, merasuah rakyat, merampas kuasa (seperti di Perak), dan sampai tahap depa melakukan keganasan dan provokasi fizikal terhadap pihak lawan. Semua ini berlaku takkan tak bersebab. Sebabnya ialah depa sedar bahawa depa semakin hilang pengaruh dan sokongan - ini merupakan bala Allah kepada depa - tetapi depa tidak sabar dengannya lalu merencanakan pelbagai perkara2 bodoh untuk memastikan depa kekal berkuasa. Ini maksudnya tidak sabar.

Lihatlah apa jadi di Dataran Merdeka, mengambil contoh terdekat. Atas ketidak sabaran depa terhadap teguran Allah itulah mendorong pihak2 yang terdesak ini melakukan keganasan fizikal ala samseng utk menghancurkan pihak musuh. Sedangkan, depa gagal untuk muhasabah diri depa. Rakyat membantah depa pastinya bersebab. Dan itu mmg hak rakyat. Redha je la. Bila dah sabar, hati akan tenang, lalu muhasabahlah. Bila dah muhasabah, perbaiki. Allah turunkan balaNya sebagai satu medium peringatan, malangnya depa sentiasa mencari cara untuk tidak sabar atas semuanya.

"Barangsiapa yang tidak redha dengan hukumKu". Inilah yang paling obvious. Pihak2 ini seringkali menyatakan depalah pejuang agama sejati. Depalah pendukung akidah. Depalah itu depalah ini dan pihak lain sesat. Depa berdiri megah membinya empayar atas bumi ini - tetapi depa enggan melaksanakan undang2 dan hukum hakam Pemilik sebenar bumi ini. Depa berbangga dengan undang2 dan hukum hakam manusiawi yang depa rekacipta (dalam kes Malaysia, ceduk) dan dalam masa yang sama, pihak2 ini menolak penggunaan hukum hakam Allah atas alasan tidak lagi relevan, tidak sesuai untuk masyarakat majmuk, tidak moden dan sebagainya.

Aku berbalik kepada contoh yang aku berikan awal2 tadi - pendukung2 PR digesa untuk tinggalkan Malaysia jika tidak mahu taat kepada kerajaan UMNO BN yang kononnya membina Malaysia ini sejak merdeka. Satu contoh lain ialah kalau kita duduk sesebuah tempat, dan tidak mengikut undang2 tuan punya tempat itu, maka sewajiblah kita akan dihambat keluar dari tempat itu, kan?

Sekarang bagitau aku - bahagian manakah atas bumi Allah ini, malah seluruh alam semesta, yang bukan tertakluk bawah kekuasaan Allah swt? Kita semua tahu jawapannya.

Dan jika demikian, kenapa pihak2 ini masih lagi berdegil utk tidak mengikut hukum hakam Allah? Tidak mengikut syariat yang ditetapkan Allah? Depa bukan sahaja menolak hukum hudud yang digariskan dengan jelas oleh Allah swt, tetapi depa juga menolak hukum hakam lain yang jelas termaktub dalam al Quran - aurat yang terbuka, pembaziran, penyelewengan, rasuah, penipuan, pecah amanah, judi, arak, hub hiburan dan pelbagai lagi larangan Allah yang depa "halalkan" atas nama undang2 negara. Besar mana sangat undang2 Malaysia ini dengan undang2 Allah?

Jika kita enggan ikut undang2 Malaysia, kita akan dihalau keluar dari Malaysia. Jika kita enggan ikut undang2 Allah, jauh sekali menegakkan undang2 Allah, bagaimana?

JIka kita melawan pemerintah negara, maka kita akan dicop sebagai penderhaka kepada negara dan kerajaan lalu dihalau keluar Malaysia. Jika kita melawan titah perintah Allah, maka apa yang sesuai utk dicopkan kepada kita? Jika kita tidak layak duduk di bawah naungan langit Allah kerana sebab ini, maka mana lagi yang dapat kita pergi?

Sesungguhnya, jangan kita lupa bahawa segalanya adalah milik Allah, hatta nyawa dalam badan kita ini pun. Bila2 masa je kita akan dijemput kembali kepadaNya maka jangan la kita lorat sangat. Kalau kita dihalau keluar dari negara, insya Allah kita dapat tinggal di negara lain secara suaka politik atau pelarian. Kalau Allah tak redha kita duduk bawah langitNya, mana lagi kita nak pergi?

Antara kerajaan Malaysia dengan Allah, fikir sendiri la mana satu lebih besar dan utama.

No comments:

Post a Comment