Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, April 6, 2012
Ingat para imam ni kedarah duit sangat ke?!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siang tadi berlangsung satu majlis "Perhimpunan Perdana Warga Agama dan Qaryah Wilayah Persekutuan" yang berlangsung di PJCC. Macam mana aku tau? Aku terdengar siaran lintas langsung melalui IKIM.fm masa tengah nak siap2 utk ke kedai tadi. Tak pernah2nya aku berminat nak dengar apa jua program yg melibatkan kerajaan BN ni tapi kali ni aku tertarik pula nak dengar.
Tapi Allah je tahu perasaan aku selepas habis lintas langsung tu.
Seharusnya, ucapan2 dari dua dif kehormat yang aku dengar tadi iaitu ucapan pembukaan oleh Jamil Khir Baharom dan ucapan perasmian oleh Najib menyentuh tentang peranan para warga agama, masjid dan institusi qaryah dalam memperkasakan usaha membendung gejala sosial dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap agama. selayaknya la dengan nama "perhimpunan warga agama dan qaryah".
At least itulah yg aku harapkan masa aku meneliti bait2 ucapan Jamil Khir Baharom. Tapi? Ucapan beliau sarat dengan kata2 seperti
"kita dah menaikkan elaun para imam, jadi inilah sebabnya para agamawan sarat memenuhi ruang konvensyen sampai duduk kat tangga",
"disebabkan elaun imam naik, maka imam2 kita pun makin mewah. Masing2 paling kurang pun dah pakai Perdana V6. Imam Masjid Jamek Kampung Baru pula pakai mercedes."
apa ni? Aku menunggu dengan sabar kot2 dia nak menyentuh tentang peranan imam dan masjid tapi haram! Sekali pun dia tak sentuh. Malah, 50% ucapannya dihabiskan dengan memuji muja Najid dan pelan2 transformasi Najib sempena 3 tahun pentadbiran Najib as PM. Siap mention pasal ayat Najib "bak kata perdana menteri, kita perlukan pemandu yang bagus untuk membawa negara kita ke matlamat negara maju berpendapatan tinggi dengan sasaran pedapatan perkapita USD$ 15,000. Jadi buat apa tukar pemandu yang pastinya melelong, berhenti rehat lama2 kat R&R, pastu masuk simpang LGBT, simpang pluralisme..."
Ini majlis Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau majlis UMNO kutuk Anwar? Mana agenda agamanya? Semua cerita bab duit duit duit!
Bila Najib berucap, aku harapkan ada sedikit perubahan yang elok. Tetapi makin teruk! Malah, intipati ucapannya jelas memerli para imam seolah2 imam ini semuanya mata duitan. Ayat2 seperti "ada imam yang nak berhenti, tak jadi berhenti. Ada yang saya dengar, imam banyak yg baca doa lebih panjang. Semuanya gara2 dapat kenaikan elaun". Apa ni?
Kalau dia ni tak beragama, tak payah kutuk org beragama. Kalau dia ni anti sangat dengan ulama dan agamawan, jangan tunjuk sangat laaa..
Cuma satu je yang aku perhati - rata2 tepukan untuk Najib bila berucap amat2 hambar sehinggalah Najib seringkali memerli para agamawan' "ni tepuk betul ke atau tepuk terpaksa ni?" "ni sokong betul ke atau apa ni?"
Terus terang aku cakapkan, kalau beginilah sikap Najib terhadap agamawan dan para imam, jangan dia mimpi untuk menarik golongan ini menyokong depa dan jangan lupa, golongan inilah yg dekat dengan masyarakat.
Kalau ada pun agamawan yang dok sokong Najib lagi, depa ni adalah jenis yg jual agama untuk dunia.
Rasulullah swt bersabda dengan keras, "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)." Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.
Benda ni bebetul mengingatkan aku pada satu kisah yg diceritakan oleh al fadhil ustaz Imran al Malizi, ketika bekas menteri lembu datang ke Yaman utk satu program ramah mesra dengan pelajar Malaysia di Yaman. Satu kata2 beliau yg masih diingati dengan jelas oleh ustaz Imran, "Kita pakai tudung ke tak pakai tudung ke, tu tak penting. Yang penting, hati kena baik." Ustaz Jakim yg duk semeja dengan depa semua siap kata, "Saya begitu mengagumi pemikiran Datuk Seri."
Allahu Rabbi. Maka aku teruskan hari aku selepas lintas langsung itu dengan kemarahan dan azam yg semakin membuak2 untuk menjatuhkan UMNO BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment