Monday, April 2, 2012

Video murtad tak penting - kenapa Dr Rani berkata begitu?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rentetan daripada pendedahan video murtad oleh Hasan Ali semalam, Dr Abdul Rani Osman selaku PJ PAS Wilayah dalam komen ringkasnya berkata, "Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,
"

Menurutnya lagi, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

"Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan?
"

Aku rasa, kenyataan Dr Rani itu straightforward dan memperlihatkan terus ttg cara yg paling berkesan untuk mengatasi gejala murtad ini, tetapi malangnya kenyataan beliau itu dimanipulasi puak2 UMNO yg menuduh Dr Rani "lari akidah", "ikut telunjuk DAP" dan sebagainya. Malah, Hasan Ali sendiri ketika mengulas kata2 Dr Rani menyifatkan kenyataan itu membuktikan Dr Rani ketua parasit di Selangor kerana memandang rendah gejala murtad yang semakin meruncing.

Menurutnya, ahli PAS perlu tahu sifat pemimpin dipilih dan beliau menggesa pemimpin itu perlu disingkirkan dari barisan pimpinan Pas.

“Cuba bayangkan isu pengundi hantu dibandingkan masalah orang masuk Kristian, inilah contohnya ketua parasit dalam PAS di Selangor.

“Saya harap Dr Rani kembali kepada sensitiviti dan akal beliau, kembali kepada perkara pokok dalam Pas iaitu sebagai parti akidah, syariah dan akhlak bertunjang Islam,
” katanya.

Jom kita kaji, apakah rasionaliti Dr Rani berpandangan sedemikian (yang tentunya merupakan pandangan rasmi Majlis Syura dan bukan pandangan peribadi beliau)?

Semalam aku telah mengeluarkan satu artikel mengenai gejala murtad ini sejak dahulukala di Malaysia ini, dan aku telah berikan sedikit sebanyak punca permasalahan, kekangan, ketidak progresifan kerajaan pemerintah dalam menangani perihal gejala murtad ini serta kelompongan undang2 dalam melindungi akidah umat Islam. Dengan mempersoalkan "kenapa sekarang baru hendak memekak sedangkan perkara ini sudah lama", aku turut menggariskan beberapa contoh kes yg popular dan membangkitkan betapa kerajaan pusat sedia ada dan undang2nya kelihatan begitu mudah dimanipulasi - khususnya kes Jeshua Othman 1987.

Baik, mari kita kaji apakah kelompongan2 itu. Pertama sekali, dari segi sosiopolitik negara, tidak dapat dinafikan langsung betapa kerajaan pemerintah pusat ketika ini memainkan peranan penting menjadi penyebab mengapa gejala murtad ini makin menjadi2.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Rakyat mengikut agama pemimpin mereka". Jadi, kita lihat je la apakah "pengisian" yg dilakukan oleh pemerintah sekarang - hub hiburan, judi, arak, sekularis (mengasingkan agama dengan politik) serta kelonggaran undang2 berkenaan Islam dan syarak menjadikan kedudukan Islam itu sendiri terutamanya dari segi akhlak dan sahsiah semakin lemah dan tipis. Jadi tak mengejutkan bila banyak kes murtad sebenarnya bukan disebabkan oleh dakyah agama lain, tetapi akibat perkara2 yg menyedihkan seperti "penangan cinta".

Mari kita sentuh tentang "kelonggaran undang2" itu pula. Pertama sekali dalam hal ini, jom kita sentuh tentang kuasa Mahkamah Syariah. Jom kita fikirkan, apakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa yg cukup untuk menangani kes2 murtad ini? Rasanya tidak, dengan merujuk kes Suzie Teoh, Hartini Kamaruddin dan Azlina Jailani (Lina Joy). Ketiga2 kes ini menyaksikan campurtangan sivil menyebabkan kemurtadan depa menjadi legitimate (dalam kes Hartini, bapa yg cuba menyelamatkan akidah anaknya ditahan dan didakwa atas tuduhan menyerang). Nampak? Bukanlah satu kes terpencil di negara ini bila keputusan Makhamah Syariah boleh dicabar dengan mudah di Mahkamah Sivil dan selalunya, para peguam orang2 murtad ini menggunakan sivil untuk melawan kes depa.

Kenapa? Kerana depa mengambil kesempatan daripada wujudnya Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11(1) menyatakan setiap rakyat BEBAS memilih dan mengamalkan agama masing2. Inilah yg menjadi hujah depa yakni org2 murtad itu untuk melegitimitasikan kemurtadan depa. Cuma depa barangkali depa terlupa, perihal "melaksana dan mengamal agama" bagi Muslim adalah tidak sama dengan non muslim. Ini kerana kebebasan Muslim untuk mengamalkan agama Islam turut menyentuh tentang kebebasan mereka untuk "tidak menjadi murtad" kerana tidak menjadi murtad itu adalah sebahagian daripada ajaran islam. Jadi sesiapa yg mempertikaikan usaha Muslim melarang gejala murtad di kalangan Muslim sebagai menyekat kebebasan beragama, kita boleh katakan yang pertikaian depa itu adalah amat dangkal sebaliknya depa yg mempertikai itu boleh pula dituduh menyekat kebebasan Muslim tuk mengamalkan agama mereka.

Oleh itu, keengganan kerajaan dan hakim mengguna hujjah ini untuk menolak usaha pihak2 tertentu yang mempertikai serta menghalang usaha pihak muslim melarang gejala murtad adalah sesuatu yang menghairankan. Apakah para hakim dan penguasa yg sepatutnya bijak2 belaka tu tak mampu berfikir?

Selain itu, mari kita perhatikan pula Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan MENANGKAP DAN MENDAKWA pihak2 dari agama lain yg cuba mengembangkan agama mereka masing2 kepada Muslim, tak kiralah mereka menggunakan kalimah Allah atau tidak.

Apakah rationaliti di belakang peruntukan ini? Tentulah mereka yg menggubal Perkara ini menyedari pertukaran agama oleh seseorang Muslim kepada agama lain itu adalah salah di sisi agama Islam dan boleh ditafsirkan sbg menyekat kebebasan beragama Muslim. Jadi kenapakah Kerajaan jarang menguatkuasakan peruntukan ini ke atas pihak yg cuba memurtadkan orang2 Islam?

Yang ada kuasa untuk menguatkuasa Perkara 11(4) ini adalah Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menangkap mana2 pihak bagi tujuan pendakwaan di mahkamah sivil dan seterusnya membuat pendakwaan berdasarkan Perkara tersebut. Kuasa melaksanakan tangkapan bagi memenuhi tuntutan Perkara 11(4) itu terletak pada bahu PDRM dan Kuasa membuat pendakwaan menerusi Perkara yang sama di mahkamah sivil terletak pada bahu Peguam Negara, yang mana kedua-duanya di bawah Krjn Persekutuan.

Sekali lagi, mengapakah Perkara ini tidak dilaksanakan?

Inilah rasionalitinya mengapakah Dr Rani menyatakan bahawa "video murtad itu tidak penting dan perkara kecil", dan jika Hasan Ali ingin memerli Dr Rani dengan menyatakan "Dr Rani lebih pentingkan pengundi hantu banding gejala murtad", memang itu pun yg Dr Rani dan PAS lakukan. Kerana apa? Pengundi2 hantu ini jika tidak dibasmi, penipuan2 dalam SPR ini jika tidak dibanteras dan diperbetulkan, pastinya akan menyebabkan UMNO BN terpilih sekali lagi sebagai peneraju kerajaan Malaysia dan bila itu berlaku - na'uzubillah - bear in mind bahawa segala kebejatan dan kelompongan undang2 berkenaan murtad ini adalah hasil canaian depa selama separuh abad dan kembalinya depa ke tampuk kuasa pastinya TIDAK AKAN MEMBAWA APA2 PERUBAHAN kepada perjuangan membasmi gejala murtad di Malaysia ini. Lupa ke hakikat betapa 3 kali akta murtad ditolak mentah2 daripada dibahaskan di Parlimen?

Sebagai kesimpulan, seringkali aku katakan bahawa untuk membersihkan semak samun, kita jangan potong rumput dan lalang semata2 tetapi cabut sekali dengan akar2nya. Begitu banyak sekali akar yg patut kita sentuh seperti kebejatan agihan zakat, hal undang2, gejala sosial yg menjadi umpan kerajaan dan pelbagai lagi.

Betullah itu - ada perkara yg jauh lebih penting banding mendedahkan video murtad dan menambahkan kerisauan (malah kebencian dan kemarahan yg pastinya akan dibuai emosi) umat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment